Raja Ahmad Niza Raja Ismail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Datuk Raja Ahmad Niza Raja Ismail adalah bekas wartawan akhbar arus perdana Utusan Malaysia. Beliau juga Presiden Kelab Veteran Utusan Melayu (KVUM).

Beliau menjadi penerbit majalah "Nada UMNO Selangor" .Majalah ini banyak menghentam pemimpin PAS terutama Abdul Hadi Awang, Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat, Hassan Ali dan lain-lain.

Penulis cerpen[sunting | sunting sumber]

Pada 16 Mei 2004, Raja Ahmad Niza Raja Ismail menerima anugerah sastera kategori cerpen menerusi cerpennya bertajuk 'Sedingin-dingin Bilik Menteri'.[1] Hadiah itu sempena Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2003.

Pengerusi KVUM[sunting | sunting sumber]

Raja Ahmad Niza menjadi Presiden Kelab Veteran Utusan Melayu (KVUM). Tabung Kemanusiaan Kelab Veteran Utusan Melayu (KVUM) dengan kerjasama Datin Seri Rosmah Mansor telah berjaya mengumpul derma RM100,000 pada 26 julai 2011. Majlis amal itu telah diadakan di K. Club, Taman Melawati, Kuala Lumpur. Pengerusi Eksekutif Kumpulan Glomac Bhd. - Tan Sri Mohamed Mansor Fateh Din telah menaja nyanyian amal Rosmah.

Turut hadir ialah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan - Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin, Pengerusi Eksekutif Media Prima - Datuk Johan Jaaffar, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan - Datuk Abdul Aziz Ishak, Tan Sri Mazlan Nordin, Datuk Khalid Yunus , Tan Sri Jins Shamsuddin, Datuk Mustapha Maarof , Datuk Yusof Haslam, Tan Sri Mohamad Mansor Fateh Din dan Datuk Rosnah Abdul Majid.[2]

Raja Ahmad Niza menyeru Mohd Hata Wahari supaya meletakkan jawatan sebagai wartawan di Utusan Malaysia jika tidak selari dengan perjuangan akhbar tersebut untuk menyedarkan orang Melayu[3]. Hata tidak perlu 'cari makan' di syarikat akhbar tersebut jika mahu 'menggigit' organisasi yang telah banyak berjasa itu.Utusan Malaysia perlu menjaga lebih 1,000 pekerjanya berbanding seorang dua individu yang membuat angkara.Cabaran itu disambut dan kini Hata Wahari menyertai DAP.

Ahli perniagaan[sunting | sunting sumber]

Raja Ahmad Niza adalah pengerusi syarikat biocareer International (BCI). Syarikat Mibelle Biochemistry dari Switzerland bekerjasama dengan Scientist Mibelle AG Biochemistry dan Biocareer. [4]

Syarikat Glomac Berhad turut menderma kepada Kelab Veteran Utusan Melayu Malaysia (KVUMM) yang dipengerusikan oleh Raja Ahmad Niza. Majlis penyerahan cek turut disaksikan oleh Dato’ FD Iskandar FD Mansor, Tan Sri Dato’ FD Mansor dan Tan Sri Zainuddin Maidin.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]