Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dato' Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (lahir 1956) adalah bekas Adun UMNO Kubu Gajah (2008-2013).Beliau adalah penulis di Berita Harian sejak 2002 dan kolumnis 'Oriental' , ketua editor Berita Perak (1988-1999) dan penasihat Jabatan Pengarang Mingguan Watan. Beliau adalah bekas ahli parlimen Larut (1999-2008) . Beliau juga adalah Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) Perak , JK Kelab Penyokong Barisan Nasional (BN BBC); Pengerusi Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan dan Pengrah Lembaga Urusan Tabung Haji (2001-2004).

Dato' Seri

Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar

SSAP
Ahli Dewan Negeri Perak untuk Kubu Gajah
Dalam jawatan
2008–2013
Didahului oleh Mohd Jafri Mohd Yunus
Digantikan oleh Ahmad Hasbullah Alias
Majoriti66 (PRU-12)
Ahli Parlimen Larut
Dalam jawatan
1999–2008
Didahului oleh Mohd Zihin Mohd Hassan
Digantikan oleh Hamzah Zainuddin
Ahli Dewan Negeri Perak untuk Batu Kurau
Didahului oleh Abdul Manan Mohd Ali
Digantikan oleh Mohd Jafri Mohd Yunus
Butiran peribadi
Lahir1956
Meninggal dunia9 Jun 2017 (61 tahun)
Parti politik

Beliau juga Pengarah Ken Holdings Berhad , Muhibbah Engineering (M) Bhd dan lain-lain. Beliau Meninggal Dunia pada 9 Jun 2017 di hospital KPJ Ipoh.

Krisis UMNO Larut[sunting | sunting sumber]

Beliau menjadi Ketua UMNO Bahagian Larut dan bersaing dengan Dato Hamzah Zainuddin yang kini menjadi ahli parlimen Larut. Ketua UMNO Bahagian Larut, Raja Ahmad Zainuddin menolak pencalonan Hamzah di Larut atas alasan Hamzah tidak layak bertanding kerana menjadi anggota bahagian itu selepas 31 Disember 2007. Jelaks sekali Hamzah melanggar Perkara 6 3(8) Perlembagaan UMNO. [1]

Akhirnya Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membenarkan Hamzah bertanding sebagai Ketua UMNO Bahagian Larut berdasarkan Perlembagaan UMNO. Kes ini sama dengan kes Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir bertanding di Kulim/ Bandar Baharu, Kedah setelah bertukar dari UMNO Bahagian Baling. Kes bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Osman Desa juga dibenarkan bertanding di UMNO Bahagian Sik setelah bertukar dari Kepala Batas, Pulau Pinang. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad dibenarkan bertanding apabila bertukar ke bahagian Parit Sulong, Johor. [2]Hamzah adalah Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan pernah menjadi Ketua UMNO Bahagian Ipoh Barat. Hamzah mendaftar ahli di UMNO Cawangan Sungai Bayur, Selama.[3]

Pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Raja Ahmad Zainuddin bertanding dan menang pilihan raya sejak 1999 lagi diP056 Larut dengan majoriti 4009 undi . Beliau menewaskan Dr. Muhammad Nor Manuty dari (Keadilan). Sebelum ini parlimen Larut disandang oleh Datuk Mohd Zihin Mohd Hassan (BN).

Dalam Pilihan raya 2004 sekali lagi beliau menang di P056 Larut menentang calon PAS Kamaruddin Awang Basir. Raja Ahmad Zainuddin mendapat 18,421 sementara Kamaruddin Awang Basir (Pas) mndapat 10,983. Majoriti sebanyak 7,438.

Raja Ahmad Zainuddin bertanding dalam Pilihan raya 2008 di DUN N6 - Kubu Gajah, utara Perak pula. Jumlah pengundi yang keluar 8336 undi. (75.9%) Undi rosak 174 . Jumlah keseluruhan undi 10985. Keputusannya Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (BN - UMNO) mendapt 4114 undi dan menang dengan majoriti 66 undi sahaja.Saingannya Mohd Nazri Din (Pakatan Rakyat - PAS) mendappat 4048 undi.

Beliau mempersoalkan penerokaan Hutan Simpan Chikus yang dikatakan telah diteroka sejak 20 tahun lalu tetapi tiada tindakan undang-undang diambil oleh kerajaan negeri Perak . Padahal Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hanya menjadi Menteri Besar Perak setahun lebih sahaja.[4]

Diperintah bayar saman fitnah[sunting | sunting sumber]

Pada 30 Oktober 2011, di Hakim Datuk Ahmad Zaidi bin Ibrahim membenarkan tuntutan Plaintif Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dengan kos ke atas Raja Ahmad Zainuddin (Defendan Ketiga) di atas penerbitan berita fitnah yang diterbitkan oleh akhbar Mingguan Watan Bil 17, Ahad 21-27 Disember 2008 bertajuk “ Siasat Pemimpin-Pemimpin PAS Kelantan Seleweng Ekuiti PKINK” .

Pada 14 November 2011, Mahkamah Tinggi Kota Bharu memerintahkan Raja Ahmad Zainuddin membayar membayar gantirugi kepada kepada PKINK.PKINK diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin dan Encik Hisham Fauzi dari Tetuan Hisham Fauzi & Associates .Dato Raja Ahmad Zainuddin diwakili oleh peguam Dato Hafarizam Harun , Faizal dan Badrul Hisham dari Tetuan Ong-Hanim & Badrul .[5]

Persatuan Bola Sepak Perak[sunting | sunting sumber]

Raja Ahmad Zainuddin seorang pengurus pasukan Persatuan Bola Sepak Negeri Perak dan Bekas Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) (1990-an). Di bawah kepimpinannya slogan 'kejor yeop kejor' beberapa kali bergegar di Stadium Merdeka.

Pada 2010, Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah telah melantiknya sebagai Jawatankuasa Kewangan dan Jawatankuasa Pertandingan FAM bagi penggal 2010-2014.[6]

Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar pernah digantung selama 3 tahun pada 1991 kerana mengkritik FAM. Datuk Ahmad Basri Mohd Akil digantung selama 4 tahun (2001) dan setahun lagi pada 2006 .Orang ketiga yang digantung ialah Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa digantung dua setengah tahun. Mereka digantung mengikut Perlembagaan FAM 4.5.8 (I) dan 4.5.8 (III). Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM pada 4 Februari 2012 sudah mengingatkan supaya hal-hal FAM tidak disebarkan kepada media sebelum berbincang dengan jawatankuasa tersebut.[7]

Beliau pernah mencadangkan Malaysia membuka pintu kepada pemain bola sepak dari negara ASEAN, beraksi dalam liga tempatan atas tiket pemain tempatan seperti yang dibuat oleh liga di negara-negara Kesatuan Eropah (EU).

Beliau mencadangkan Persatuan bola sepak negeri mengambil-alih pengurusan stadium di setiap negeri supaya dapat menjana pendapatan bagi mengisi tabung persatuan dan tidak hanya mengharapkan bantuan kerajaan negeri.


Raja Ahmad Zainuddin juga mencadangkan Selama yang terletak dalam kawasan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) perlu dinaik taraf menjadi sebuah daerah bagi mempercepatkan pembangunan di kawasan itu.Kampar yang diisytiharkan sebagai daerah ke-10 negeri Perak pada 21 Mei 2009 ternyata maju. Pembinaan Lebuh Raya Jelas menghubungkan Jelapang-Selama-Batu Kawan akan membantu Selama untuk maju.Begitu juga dengan Pusat Pengeluaran Kambing Boer Negara .[8] Kolej Risda hendaklah dibina berhampiran pusat ternakan haiwan antara Ladang Sungai Segar dan Pondok Tanjung.

Beliau mengalami kemalangan jalanraya dan dirawat di Hospital Selama . Kereta yang dipandunya terbabas. Rakannya patah tangan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]