Raja Ali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Almarhum Yamtuan Muda Riau V Raja Ali Ibni Almarhum Yamtuan Muda Riau III Opu Daeng Kemboja.

ialah Yang di-Pertuan Muda Riau V. Beliau dilantik oleh Sultan Mahmud Shah III, Sultan Lingga-Riau selepas kemangkatan Raja Haji semasa menyerang Belanda di Teluk Ketapang, Melaka pada tahun 1784 dan beliau bergelar Sultan Ali Riayat Shah.

Belanda telah menyerang Riau pada 30 Oktober 1784 secara tiba-tiba sehingga menyebabkan perbalahan antara pihak Melayu dengan Bugis. Raja Ali sendiri terpaksa keluar dari Riau dan pergi ke Siantan.

Pada tahun yang sama, Belanda telah menandatangani perjanjian dengan Sultan Mahmud untuk menerima naungan Belanda ke atas Riau. Sejak saat itu, Belanda telah berjaya menanamkan pengaruhnya di Johor-Riau yang sejak penubuhannya pada tahun 1528 tidak pernah dijajah oleh bangsa Eropah.

Perjanjian itu menyebabkan jawatan Yang di-Pertuan Muda dimansuhkan dan tugas Yang di-Pertuan Muda memerintah Riau diserahkan kepada Engku Muda Muhammad.

Jawatan Yang di-Pertuan Muda dikembalikan semula kepada Raja Ali pada tahun 1795 oleh Inggeris yang mentadbir Melaka bagi pihak Belanda ketika berlaku Perang Napoleon di Eropah.

Pada tahun ini juga dibuat penetapan kawasan pemerintahan antara Sultan Mahmud Shah III dan Yang di-Pertuan Muda iaitu Yang di-Pertuan Muda mentadbir Riau dan Sultan pula mentadbir kerajaan yang berpusat di Lingga.

Kemangkatannya[sunting | sunting sumber]

Baginda mangkat di Pulau Bayan pada tahun 1806 dan digelar Marhum Pulau Bayan[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • R.O. Winstedt (1992). A History of Johore. The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society (MBRAS). ISBN 9839961462.
  • Abu Hassan Mohamad Sham (1993). Puisi-puisi Raja Ali Haji. Dewan Bahasa Pustaka(DBP). ISBN 9836239715.
  • Virginia Matheson Hooker (1998). Tuhfat Al-Nafis. Yayasan Karyawan dan Dewan Bahasa Pustaka(DBP). ISBN 9839510029.


Penyandang Terdahulu Yang Dipertuan Muda ke-5
1784 – 1806
Penyandang Kemudian
Raja Haji Raja Ja'afar