Raja Ashman Shah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Raja Ashman Shah
Yang Teramat Mulia Raja Kecil Sulong Perak
Raja Kecil Sulong Perak
Pemerintahan16 Mac 2010 - 30 Mac 2012
Didahului olehRaja Iskandar Dzurkarnain
Diikuti olehRaja Ahmad Nazim Azlan Shah
KeputeraanRaja Ashman Shah ibni Raja Azlan Shah
(1958-12-28)28 Disember 1958
George Town, Pulau Pinang, Malaya
Kemangkatan30 Mac 2012(2012-03-30) (umur 53)
Bukit Damansara, Kuala Lumpur, Malaysia
Pemakaman30 Mac 2012
Makam Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak
PasanganNoraini Jane (k. 1991)
AnakandaRaja Eminah Alliyah
Raja Ahmad Nazim Azlan Shah (Raja Kecil Sulong Perak)
Raja Bainunisa Safia
Nama penuh
Almarhum Raja Dato' Seri Ashman Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah
KerabatKesultanan Perak
AyahandaSultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah
BondaRaja Permaisuri Tuanku Bainun
AgamaIslam

Almarhum Raja Dato' Seri Ashman Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah (28 Disember 1958 - 30 Mac 2012) ialah bekas Raja Kecil Sulong Perak yang dilantik pada 16 Mac 2010.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Raja Dato' Seri Ashman adalah anakanda ketiga baginda sulung dan putera bongsu Sultan Perak daripada lima adik-beradik iaitu Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah, Raja Dato’ Seri Azureen, Raja Dato' Seri Eleena dan Raja Dato' Seri Yong Sofia.

Perkahwinan[sunting | sunting sumber]

Raja Ashman berkahwin dengan pelakon filem Yang Berbahagia Dato' Seri Noraini Jane pada 26 September 1991.

Mereka dikurniakan seorang putera dan dua orang puteri :

  • Raja Eminah Alliyah (lahir pada 17 September 1992)
  • YTM Raja Kecil Sulong, Raja Ahmad Nazim Azlan Shah, (lahir pada 10 Mac 1994)
  • Raja Bainunisa Safia (lahir pada 3 April 1997)[1]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Raja Ashman Shah mempunyai :

Keagamaan[sunting | sunting sumber]

Dalam bidang keagamaan, Raja Ashman pernah menuntut ilmu kesufian dengan Sheikh Nazim Al-Haqqani - tariqat Naqshabandiah Aliyah dan di kurniakan Ijazah dalam pengkhususan (permission of initiating seekers, teaching the masses and channelling divine energy). Beliau juga dilantik sebagai perwakilan utama Gerakan tariqat tersebut di Malaysia.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Raja Ashman Shah mempunyai beberapa peranan utama dalam bidang profesional :

  • Pengarah Eksekutif Syarikat Dreamland Holding dari 1990 hingga 2012.
  • Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Haqqani Malaysia dari 1994 hingga 2012.
  • Pengerusi Syarikat Dwitasik Sdn Bhd dari 1994 hingga 2012.
  • Pengarah Urusan Syarikat KKB Engineering Sdn Bhd dari 1994 hingga 2012.

Kemangkatan[sunting | sunting sumber]

Mangkat pada 30 Mac 2012 pada jam 1:30 pagi akibat serangan asma. Datuk Seri Raja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah (54 tahun) mangkat di kediamannya No. 25, Jalan Setia Kasih 5, Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Setiausaha Sulit kepada Sultan Perak Kol Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor menjelaskan bahawa jenazah dibawa ke Masjid Ubudiah, Bukit Chandan di Kuala Kangsar. Solat jenazah diadakan di Masjid Ubudiah dan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Chandan.[3]

Terasul dan gelaran[sunting | sunting sumber]

  • 28 Disember 1958 - 11 Mei 1987 : Yang Amat Mulia Raja Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah [4]
  • 11 Mei 1987 - 19 April 1988 : Yang Teramat Mulia Raja Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Raja Kecil Bongsu Perak Darul Ridzuan
  • 19 April 1988 - 10 Mac 1998 : Yang Teramat Mulia Raja Dato' Seri Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Raja Kecil Bongsu Perak Darul Ridzuan
  • 10 Mac 1998 - 16 Mac 2010 : Yang Teramat Mulia Raja Dato' Seri Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Raja Kecil Tengah Perak Darul Ridzuan
  • 16 Mac 2010 - 30 Mac 2012 : Yang Teramat Mulia Raja Dato' Seri Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Raja Kecil Sulong Perak Darul Ridzuan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ The Royal Ark, Perak, p.16
  2. ^ Blazing trails in halls of Academia
  3. ^ Raja Ashman anakanda Sultan Perak mangkat akibat asma
  4. ^ Raja Ashman Shah's death with decorations details of the members of the Perak succession

Pautan luar[sunting | sunting sumber]