Raja Azman Raja Petra

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Raja Azman Raja Petra (32) adalah anak pemblog terkenal Raja Petra Kamaruddin.

Dia tinggal di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, Selangor.

Kesalahan mencuri[sunting | sunting sumber]

Raja Azman mengaku bersalah mencuri dan memiliki motosikal curi serta melakukan pecah rumah di sekitar Shah Alam.

  • Motosikal jenis Yamaha RXZ itu milik Mohd Syaiful Setapa, 24, seorang operator pengeluaran, membabitkan kerugian RM8,000 di Seksyen 19 Shah alampada 9.30 pagi 20 Mac 2009.Dia juga juga memecah masuk ke dalam rumah Mohd Syaiful dan mencuri beg duit mengandungi kad pengenalan, wang tunai RM20, cukai jalan, kad-kad ATM Maybank dan BSN serta lesen memandu Syaiful.
  • Turut dicuri ialah telefon bimbit dan seutas jam tangan bernilai RM3,850 milik pelajar Saipul Adli Mohamed Yunus, 21, di rumah mangsa di Seksyen U2 pada 10 pagi 24 April 2009.
  • Raja Azman juga memiliki sebuah motosikal curi kepunyaan pelajar Ahmad Firdaus Jalaluddin, 23, bernilai RM6,000 di rumah mangsa di Seksyen U2,shah alam pada 10.00 pagi 24 April 2009.

Majistret Shah Alam, Norkamilah Aziz mengenakan ikat jamin RM10,500 dengan seorang penjamin. Bapanya Raja Petra Kamaruddin tidak hadir semasa prosiding.[1]

Suhakam siasat[sunting | sunting sumber]

Pada 25 Februari 2010, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyiasat kes Raja Azman Raja Petra di Penjara sungai Buloh.Pesuruhjaya Suhakam, Datuk N siva Subramaniam akan meninjau keadaan dia di penjara. Media melaporkan dia menelan sebilah pisau cukur dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh .Tangannya ada kesan kelar. Doktor memutuskan pembedahan tidak perlu kerana pisau patah dua itu akan keluar secara semula jadi.Dia dikawal ketat dengan digari ke katil serta dikawal oleh pengawal penjara di Hospital Sungai Buloh. Ketua polis Gombak Abdul Rahim Abdullah mengesahkan Raja Azman ditemui lemah oleh warder Penjara Sungai Buloh selepas insiden itu.[2]

Abdul Rahman Taib dari Jabatan Penjara Malaysia memberitahu bahawa Jabatan Penjara telah menubuhkan satu Lembaga Siasatan dan membuat laporan polis.[3]

Raja Petra menulis di Malaysia Today bahawa Raja Azman tersiksa fizikal dan mental oleh pihak berkuasa penjara.[4]

Jaminan RM10,500[sunting | sunting sumber]

Pada 2 Mac 2010, blogger Zorro iaitu Bernard Khoo telah membayar RM10,500 sebagai ikat jamin Raja Azman. Peguamnya, J Chandra dan Amarjit Singh Sidhu memberitahu bahawa Bernard merupakan rakan Raja Petra. Raja Azman ditahan sejak 19 Mei 2009 selepas gagal membayar ikat jamin.

Rujukan[sunting | sunting sumber]