Raja Azureen binti Sultan Azlan Muhibbuddin Shah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Raja Azureen
Yang Teramat Mulia
Pasangan Dato’ Sri Mohd Salleh Dato’ lsmail
Putera-puteri
Abdul Latiff Mohd Salleh
Azlin Mohd Salleh
Nurlin Mohd Salleh
Abdul Azim Mohd Salleh
Nama penuh
Raja Azureen binti Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
Ayahanda Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Ghafarullahu-lah
Bonda Tuanku Permaisuri Siti Bainun binti Mohd Ali
Keputeraan (1957-12-09)9 Disember 1957 (umur 59 tahun, 11 bulan dan 10 hari)
Pulau Pinang, Malaysia
Agama Islam

Yang Teramat Mulia Raja Datuk Sri Azureen binti Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah (dilahirkan pada (1957-12-09)9 Disember 1957 di Pulau Pinang, Malaysia) ialah puteri sulung dan kedua daripada baginda bertiga kepada Sultan Azlan Shah, Sultan Perak yang ke-34 bersama isterinya, Tuanku Bainun.[1]

Kehidupan Awal[sunting | sunting sumber]

Raja Azureen telah dilahirkan di Pulau Pinang pada 9 Disember 1957. Beliau merupakan anak kedua daripada lima beradik. Beliau mempunyai dua adik beradik lelaki dan selebihnya perempuan. Kekandanya, Raja Nazrin Shah merupakan Raja Muda Perak dan kemudiannya menaiki takhta sebagai Sultan Perak ke-35 selepas kemangkatan ayahanda beliau.

Gelaran hormat bagi
Raja Azureen
Coat of arms of Perak.svg
Gaya panggilan Yang Teramat Mulia
Gaya pertuturan Yang Amat Mulia
Gaya pilihan Engku

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Raja Azureen mendapat pendidikan rendahnya di Marion Convent, Ipoh, Perak dan meneruskan pendidikan menengahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas (CBN) di Kuala Lumpur. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajarannya ke Universiti Syracuse, di New York, Amerika Syarikat dan berjaya memiliki Ijazah Sarjana Sains (BSc) dalam bidang Matematik dan Ekonomi pada tahun 1979. Raja Azureen meneruskan lagi pengajiannya ke United Kingdom di peringat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pentadbiran Perniagaan daripada Pusat Pengajian Perniagaan, Universiti London, England pada tahun 1982. Kepintaran beliau tidak dipersoalkan kerana umum mengetahui bahawa keluarga Sultan Azlan mempunyai taraf pendidikan yang tinggi.

Kerjaya dan Penaung Diraja[sunting | sunting sumber]

Raja Azureen telah dilantik menjadi Presiden Kolej Kejururawatan dan Kesihatan Masterskill yang terletak di Cheras, Malaysia pada Mac 2007. Pada bulan Jun tahun berikutnya,kolej terebut telah dikemaskinikan menjadi Kolej Universiti Sains Kesihatan Masterskill (MUCH) dan Raja Azureen telah dilantik sebagai Chancellor MUCH yang pertama di Masterskill Educational Group Berhad. Beliau juga telah menjadi Pengarah Bebas Bukan Eksekutif dari Ogawa World Berhad sejak 8 Februari 2007. Beliau turut menjadi sebagai Pengarah RAS.Sdn.Bhd.[2]

Beliau juga telah terlibat secara aktif dalam pelbagai aktiviti amal dan kebajikan sosial merangkumi pelbagai organisasi dan menjadi penaung diraja :-

  • Presiden bagi Persatuan Kebangsaan Malaysia untuk Tuli.
  • Penaung bagi Riding for the Disable (RDA) - Organisasi yang membantu kanak-kanak kurang upaya dengan mengadakan terapi menunggang kuda.
  • Penaung untuk Sahabat Perpustakaan Negara Malaysia.
  • Penaung bagi Perak Ladies Club di Selangor dan Kuala Lumpur.
  • Presiden Pusat Seni Mempertahankan Diri Dunia

Kehidupan Peribadi[sunting | sunting sumber]

Raja Azureen telah melangsungkan perkahwinannya dengan Yang Berbahagia, Dato' Seri Mohammad Salleh bin Dato' Ismail, iaitu seorang pegawai bank merangkap perunding perniagaan, pada 8 September 1979 di Kuala Lumpur. Pasangan ini telah dikurniakan empat cahaya mata, dua putra dan dua putri :-

  • Abdul Latiff bin Dato' Seri Mohd Salleh
  • Azlin binti Dato' Seri Mohd Salleh
  • Nurlin binti Dato' Seri Mohd Salleh
  • Abdul Azim bin Dato' Seri Mohd Salleh

Salah seorang puteri Raja Azureen, Nurlin, telah melangsungkan perkahwinannya dengan Syed Haizam Jamalullai pada 22 Disember 2012, yang merupakan cucunda kepada Sultan Selangor dan Perlis iaitu Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Almarhum Tuanku Syed Putra Al-Haj. Pasangan diraja ini telah dikurniakan seorang puteri, Yang Mulia Sharifah Nur Alara yang dilahirkan pada 14 Oktober 2014 dan seorang putera, Yang Mulia Syed Azlan Salahuddin Putra yang dilahirkan pada 22 Julai 2016.

Cucunda[sunting | sunting sumber]

  • YM Sharifah Nur Alara (dilahirkan pada 2014 (Umur 3 tahun, 1 bulan dan 5 hari))
  • YM Syed Azlan Salahuddin Putra (dilahirkan pada 2016 (Umur 1 tahun, 3 bulan dan 28 hari))

Putera dan Puteri[sunting | sunting sumber]

Nama Tarikh Lahir Tarikh Perkahwinan
Sumai/Isteri
Putera-Puteri
Cucunda
Abdul Latiff 12 Mei 1980
Azlin 6 April 1981
Nurlin 8 Ogos 1982 22 Disember 2012 Syed Haizam Jamalullai Sharifah NurAlara
Syed Azlan Salahuddin Putra
Abdul Azlin 12 Jun 1989

Gelaran Formal, Gaya Dan Penghormatan[sunting | sunting sumber]

Beliau telah dianugerahkan :-

  • MY-PERA Order of Cura Si Manja Kini - Grand Knight - SPCM.svg Pedang Cura Si Manja Kini (Pedang Diraja Kerajaan Perak, SPCM, 19.4.1989) dengan gelaran Datuk Sri
    • ribbon de the decoration : MY-PERA Order of Cura Si Manja Kini - Grand Knight - SPCM (new).svg

Gelaran rasmi Raja Azureen ialah[3] :-

Yang Teramat Mulia, Raja Datuk Sri Azureen binti Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, SPCM.[3]-

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "PERAK16". royalark.net. Dicapai pada 22 June 2014. 
  2. ^ http://investing.businessweek.com/research/stocks/people/person.asp?personId=34762782&ticker=MASEG:MK
  3. ^ a b "Sistem Protokol". Perak State Secretariat. Dicapai pada 29 February 2012.