Pergi ke kandungan

Raja Bahar bin Raja Sakti

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Raja Bahar
Sultan Kelantan
Fail:-
Bhahhar Sakthie I
Raja Jembal -
Pemerintahan-
Kemahkotaan-
Didahului olehRaja Loyor
Diikuti oleh-
Pemangku raja-
Raja Muda Kelantan -
Pemerintahan-
Kemahkotaan-
Didahului oleh-
Diikuti oleh-
Pemangku raja-
Raja Temenggung Kelantan -
Pemerintahan-
Kemahkotaan-
Didahului oleh-
Diikuti oleh-
Pemangku raja-
Keputeraan-
-
-
Kemangkatan-
-
Pemakaman-
Pasangan-
Anakanda
Nama penuh
-
Nama diraja
-
Nama selepas mangkat
-
Kerabat-
Wangsa-
AyahandaAlmarhum Raja Hajji Shaktie I Ibni Almarhum Sultan Hajji Abdull Qaddir Shah I
Bonda-
AgamaSunni Islam

Raja Bahar/Raja Bakar/Raja Bakal ibni almarhum Raja Vijaya Indera @ Long Betong (Raja Sakti 1) juga dikenali sebagai Raja Hud Din. Baginda merupakan putera kedua Raja Sakti 1 (Raja Vijaya Indera @ Long Betong) ibni almarhum Sultan Abdul Qadir hasil perkahwinan dengan bonda baginda iaitu Puteri Mani Kemeyan. Ayahnda baginda iaitu Raja Sakti 1 telah memerintah Kelantan pada tahun 1638 - 1649 berpusat di Kota Jembal sebagai Raja Jembal 1 kesinambungan dari sebuah kerajaan yang agung dan terkenal di bawah pimpinan keluarga Raja Jembal yang memerintah Kelantan dalam abad ke 17 - 18 iaitu antara tahun 1600-an hingga tahun 1733 M. Setelah Raja Sakti 1 merasa dirinya sudah tua dan putera-puteri baginda meningkat dewasa Raja Sakti 1 telah menyerahkan pentadbiran negeri kepada anakanda baginda. Pada tahun 1649 M, Raja Adiluddin Shah ditabalkan sebagai Raja Loyor bagi memerintah kerajaan Jembal. Raja Bahar/Raja Bakar/Raja Bakal (Raja Hud Din) ditabal sebagai Raja Bendahara, Raja Omar sebagai Raja Muda dan Raja Sungai sebagai Raja Temenggung. Setelah menyerah semua pemerintahan Kerajaan Jembal, maka baginda Raja Sakti 1 pun mengadakan "Istiadat Bersiram" di pinggir Sungai Babong sekarang hanya kelihatan sebagai lembah sahaja yang dijadikan sawah padi, terletak di belakang Sekolah Menengah Raja Sakti. Selama 7 hari 7 malam setelah sampai malam ke-7 maka baginda Raja Sakti 1 dan Puteri Mani Kemeyan pun "ghaib" dan tidak diketahui riwayatnya sehingga hari ini. Baginda Raja Bahar telah memerintah di Patani pada tahun 1688 - 1690. Di Patani baginda lebih dikenali dengan panggilan Raja Bakar/Raja Bakal. Selain dari itu baginda juga menjadikan Raja Mas Kelantan sebagai permaisuri. Permaisuri baginda Raja Mas Kelantan turut memerintah pada tahun 1690 - 1670. Hasil perkahwinan baginda dengan Raja Mas Kelantan telah dikurniakan dua orang putera dan satu puteri. Yang putera bernama Raja Abdullah ibni almarhum Raja Bahar dan Raja Abdul Rahim ibni almarhum Raja Bahar serta puteri bernama Raja Mas Chayam binti ibni almarhum Raja Bahar[1]


Selepas kemangkatan kekandanya Raja Loyor, baginda dilantik sebagai raja Jembal antara tahun 1663 - 1667 Masihi.

Baginda mangkat sekitar tahun 1675 dan dimakamkan di Kampung Tok Kambing, Sering, Kota Bharu, Kelantan.

Beliau digantikan oleh Raja Ekok (Sultan Umar).

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Kollengode, Vasudeva Raja, Raja Sir Vengarad, Valiya Nambidi, of, (8 Oct. 1873–8 April 1940), Raja, 1901, Oxford University Press, 2007-12-01, dicapai pada 2025-06-11