Raja Eleena

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Raja Eleena
Yang Teramat Mulia
KeputeraanRaja Eleena binti Raja Azlan Shah
(1960-04-03) 3 April 1960 (umur 64)
Pulau Pinang, Malaya
PasanganYBhg. Dato' Seri Ismail Farouk Abdullah (k. 1989)
AnakandaOmar Azlan
Imran Azlan
Ashman Azlan
Puteri Nur Iman Sofia
Puteri Alia Azleena
Nama penuh
Raja Dato' Seri Eleena binti Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah
KerabatKesultanan Perak
AyahandaSultan Azlan Muhibbuddin Shah
BondaRaja Permaisuri Tuanku Bainun
AgamaIslam

Yang Teramat Mulia Raja Dato' Seri Eleena binti Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah (dilahirkan pada (1960-04-03)3 April 1960) merupakan anakanda keempat baginda dan puteri kedua kepada Sultan Perak ke-34, Sultan Azlan Shah, bersama isterinya, Tuanku Bainun.[1]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Raja Eleena dilahirkan di Pulau Pinang dan merupakan anak keempat daripada lima orang adik beradik. Adik beradik beliau termasuklah Raja Nazrin Shah (Sultan Perak sekarang), Raja Azureen, Raja Ashman Shah (mangkat pada 2012) dan adinda bongsu beliau, Raja Yong Sofia.[2]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Raja Eleena mendapat pendidikannya di SMK Convent Bukit Nanas di Kuala Lumpur. Beliau mengikut jejak langkah ayahandanya dan Raja Ashman dengan meneruskan pangajiannya di peringkat yang lebih tinggi di Universiti London, United Kingdom dalam bidang undang-undang. Beliau berjaya menamatkan pengajian dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Undang-undang.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Raja Eleena meneruskan kerjayanya sebagai peguam dan telah dipanggil serta diterima masuk ke Lincoln's Inn, London pada tahun 1985. Setelah pualng ke tanah air, beliau kemudian dipanggil oleh Malaysia Bar pada tahun berikutnya. Beliau menyertai Messrs Skrine & Co pada tahun yang sama. Raja Eleena merupakan rakan kongsi dan mempunai firma guamannya sendiri, Messrs, Raja Eleena, Siew Ang & Associate pada tahun 1987. Beliau juga merupakan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif di KAF-Seagroatt & Campbell Berhad semejak 23 November 1990.

Raja Eleena juga menjadi Pengarah untuk dua buah syarikat lain iaitu Danau Permai Resort Berhad dan Generasi Setia (M) Sdn Bhd. Beliau merupakan pemegang saham terbesar di Generasi Setia serta automatik menjadikanya sebagai pemegang saham terbesar di Gamuda Berhad, sebuah syarikat pembangunan terbesar di Malaysia, dan telah dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Gamuda pada 1 Jun 1992.[3][4]

Penaung Diraja[sunting | sunting sumber]

Yang Teramat Mulia Raja Eleena telah dilantik menjadi pemegang amanah untuk Yayasan Sultan Azlan Shah (Sultan Azlan Shah Foundation) dan menjadi Presiden bagi Malaysian Children's Aid Society (MACAS).

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Raja Eleena telah melangsungkan perkahwinannya dengan Yang Berbahagia Dato’ Seri Ismail Farouk bin Dato’ Abdullah, CEO The KAB Group of Companies dan juga Pengerusi Impiana Hotels & Resorts Management Sdn Bhd (IHRM). Mereka telah dikurniakan lima orang anak:

  • Omar Azlan
  • Imran Azlan
  • Ashman Azlan
  • Puteri Nur Iman Sofia
  • Puteri Alia Azleena

Pada Mei 2007, Raja Dato' Seri Eleena Sultan Azlan Shah telah dinamakan sebagai individu ke-25 terkaya di Malaysia dengan jumlah aset yang bernilai lebih daripada US$228 million (MYR 773 Juta). Beliau menjadi wanita kedua terkaya di Malaysia dibelakang Puan Sri Chong Chook Yew yang menduduki tangga ke 18 dengan jumlah aset yang bernilai US$320 million (MYR 1.085 billion).[5]

Darjah kebesara, terasul dan gelaran[sunting | sunting sumber]

Raja Eleena telah dikurniakan:

  • Darjah Kerabat Azlanii Kelas Kedua (D.K.A. II)
  • Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (S.P.C.M., 19.4.1989) - Dato’ Seri
Gelaran hormat bagi
Raja Eleena
Gaya panggilan Yang Teramat Mulia
Gaya pertuturan Yang Teramat Mulia
Gaya pilihan Engku

Gelaran penuh YTM Raja Eleena ialah:[6]

Yang Teramat Mulia Raja Dato' Seri Eleena binti Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, D.K.A. (II), S.P.C.M.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://www.royalark.net/Malaysia/perak16.htm
  2. ^ http://theadmirehunkz.blogspot.com/2012/01/pewaris-takhta-perak-darul-ridzuan.html
  3. ^ http://investing.businessweek.com/research/stocks/people/person.asp?personId=8744441&ticker=GAM:MK
  4. ^ Malaysian business, Issues 3-6, New Straits Times Press (Malaysia), 2004, m/s. 70
  5. ^ http://www.majalahniaga.com/senarai-unggul-10-usahawan-melayu-terkaya-di-malaysia-2013.html
  6. ^ "Sistem Protokol". Perak State Secretariat. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-01. Dicapai pada 29 February 2012.