Raja Ilya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Raja Ilya
Kelahiran Raja Ramilah Begum Raja Mohammad
(1985-07-11) 11 Julai 1985 (umur 32)
Ipoh, Perak, Malaysia
Pendidikan Ijazah dalam Pengurusan Perniagaan
Pekerjaan Pelakon, model, usahawan
Tahun aktif 2010–kini

Raja Ramilah Begum Raja Mohammad atau lebih dikenali sebagai Raja Ilya (lahir 11 Julai 1985) merupakan seorang pelakon, model dan usahawan Malaysia. Beliau terkenal menerusi watak Azura Hanim dalam filem Suamiku Encik Perfect 10 (2015) dan Inspektor Shakila dalam siri drama kepolisan Gerak Khas.

Kehidupan dan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Raja Ilya memiliki darah keturunan Melayu, Cina, India, Arab dan Malayalam merupakan anak bongsu daripada empat beradik. Beliau memiliki Diploma dalam Pengurusan Perniagaan di sebuah universiti terkemuka negara.

Beliau memulakan kerjaya lakonannya pada 2010 menerusi pembikinan semula filem Papadom yang bertajuk Appalam arahan Afdlin Shauki yang merupakan versi bahasa Tamil, Ilya memegang watak sebagai Shruti. Beliau kemudiannya memegang watak sampingan dalam filem bertemakan 1Malaysia, Estet arahan Mamat Khalid.[1]

Pada 2015, beliau membintangi bersama Aaron Aziz dan Lisa Surihani menerusi filem Suamiku, Encik Perfect 10 arahan Mohd Feroz Abdul Kadir dimana beliau memegang watak Azura Hanim.[2]

Pada tahun yang sama, beliau melakonkan watak Inspektor Shakila dalam siri drama kepolisan RTM, Gerak Khas.[3][4]

Beliau menyertai rancangan realiti TV Gempak Superstar yang bersiaran di Astro Ria dan hanya bertahan sehingga minggu keempat.[5]

Pada 2017, beliau dilaporkan bakal membintangi sebuah filem Hollywood terbitan Marvel.[6][7][8][9][10]

Beliau juga menceburi bidang perniagaan dengan menubuhkan kafenya yang diberi nama Richiamo Coffee dengan cawangan pertamanya dibuka di Varsity Mall, Universiti Utara Malaysia.[11]

Gempak Superstar[sunting | sunting sumber]

Persembahan[sunting | sunting sumber]

Raja Ilya merupakan salah seorang peserta Gempak Superstar 2016. Sepanjang persembahannya di Gempak Superstar, Ilya menyanyikan lagu:

  1. Minggu 1: "Terukir Di Bintang" nyanyian asal Yuna
  2. Minggu 2: "Selamat Malam" nyanyian asal Faizal Tahir
  3. Minggu 3: "Pulangkan" nyanyian asal Misha Omar
  4. Minggu 4: Tiada

Carta penyingkiran[sunting | sunting sumber]

Minggu: 1 (10/Apr) 2 (17/Apr) 3 (24/Apr) 4 (1/Mei)
Kedudukan Peserta Keputusan
7 Ilya Kekal ke-7 ke-9 (3 tercorot) Tersingkir

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

  • Kala Hati
  • Cinta Ibadah
  • Seludup
  • Bila Hati Berbicara
  • Dahlia
  • Malam Tujuh Likur
  • Kekasihku Seru
  • Penghujung Rindu
  • Pantai Keramat
  • Biru Cinta Laguna
  • Majal
  • Mana Hilang Juwita
  • Kiah Spy
  • Anjali
  • I Know What You Did Last Deepavali
  • Kalimah Jiwa
  • Tuan Anas Mikael
  • Gerak Khas
  • Cinta Masam Manis
  • Dia Bidadariku

Filem[sunting | sunting sumber]

Telefilem[sunting | sunting sumber]

  • Jelmaan

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

  • Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Drama) - Anugerah Skrin 2015
  • Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (TV) - Anugerah Sri Angkasa 2016
  • (Pencalonan) Pelakon TV Wanita Popular - Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2014
  • (Pencalonan) Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem) - Anugerah Skrin 2015
  • (Pencalonan) Pelakon Baru Wanita Terbaik - Festival Filem Malaysia ke-28

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Marina Shabudin (19 Ogos 2015). Raja Ilya tahu jaga batas Sinar Harian. Dicapai pada 11 Jun 2017.
  2. ^ Raja Ilya gementar dengan Aaron Aziz Cari.com.my. Dicapai pada 11 Jun 2017.
  3. ^ Raja Ilya Tak Bimbang Populariti Terjejas Kerana 'Gerak Khas 2016' mSTAR Online (14 Februari 2016). Dicapai pada 11 Jun 2017.
  4. ^ Aqmar Mustaza (18 Februari 2016). Gerak Khas lunas impian Raja Ilya Sinar Harian. Dicapai pada 11 Jun 2017.
  5. ^ Raja Ilya akan terus menyanyi - Video Astro Awani (5 Mei 2016). Dicapai pada 11 Jun 2017.
  6. ^ Kenneth Chaw (February 9, 2017). Update: Malaysian actress Raja Ilya to appear in Marvel film? Star2. Retrieved June 11, 2017.
  7. ^ Dan Zinski (February 18, 2017). Malaysian Actress Raja Ilya Has A Secret Marvel Role Screenrant. Retrieved June 11, 2017.
  8. ^ Adam Holmes (February 18, 2017). [1] Cinemablend. Retrieved June 11, 2017.
  9. ^ Raja Ilya bintangi filem terbitan Marvel? Astro Awani (11 Februari 2017). Dicapai pada 11 Jun 2017.
  10. ^ [2] Astro Gempak (21 Februari 2017). Dicapai pada 11 Jun 2017.
  11. ^ Syarrizuan Abdul Rashid (27 September 2016). Raja Ilya nafi ditaja buka kedai kopi Berita Harian. Dicapai pada 11 Jun 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]