Pergi ke kandungan

Raja Jastina Raja Arshad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Mulia
Raja Jastina Raja Arshad
Kelahiran
Raja Jastina Adlina binti Raja Arshad

(1981-12-11) 11 Disember 1981 (umur 44)
WarganegaraMalaysia
PendidikanIjazah Sarjana Muda Ekonomi
Ijazah Sarjana dalam Komunikasi Pemasaran
Pusat pendidikanUniversiti Liverpool, United Kingdom
Universiti Westminster, United Kingdom
PekerjaanPengurus / Eksekutif, Penerbit Filem, Ahli perniagaan
Tahun aktif2007–kini
Terkenal keranaAstro Shaw
IbuPuan Sri Datin Seri Tengku Eusnie binti Tengku Mohd Yusof
BapaTan Sri Dato' Seri Raja Arshad bin Tun Dato' Seri Utama Sir Raja Uda Al Haj
Saudara4 adik-beradik (termasuk Datin Seri Utama Hajah Raja Johanna Adrina, Raja Jesrina Azlina dan Raja Amir Uda)
KeluargaDatin Seri Utama Hajah Raja Johanna Adrina Raja Arshad (kakak sulung)
Datuk Seri Utama Haji Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz (abang ipar)

Raja Jastina binti Tan Sri Dato' Seri Raja Arshad (lahir 11 Disember 1981) ialah seorang Ahli korporat dan Ahli perniagaan Malaysia.

Kehidupan Awal

[sunting | sunting sumber]

Raja Jastina Adlina binti Raja Arshad dilahirkan dalam keluarga kerabat diraja Selangor.[1] Beliau merupakan anak kepada Tan Sri Dato' Seri Raja Arshad bin Raja Sir Tun Uda Al Haj, seorang tokoh perniagaan terkemuka dan bekas Pengerusi Maxis, serta Tengku Eusnie Tengku Mohd Yusof, seorang kerabat diraja dari Selangor. Raja Jastina mempunyai seorang kakak yang terlibat dalam bidang usahawan—iaitu Raja Johanna Adrina, dan seorang lagi abang ipar yang terlibat dalam bidang politik—iaitu Datuk Seri Utama Haji Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz. Tiga lagi adik beliau ialah Raja Jesrina Azlina dan Raja Amir Uda.[2]

Raja Jastina menamatkan pengajian di University of Liverpool, England, dengan ijazah dalam bidang Ekonomi. Beliau kemudian melanjutkan pengajian ke Westminster University, England, dan memperoleh Ijazah Sarjana dalam Komunikasi Pemasaran.[3]

Raja Jastina memulakan kerjaya dalam industri media pada tahun 2007 bersama Astro Ceria, saluran televisyen kanak-kanak milik Astro Malaysia. Beliau kemudian beralih ke Astro Shaw, studio filem utama Malaysia, di mana beliau kini memegang jawatan sebagai Naib Presiden dan Ketua Perniagaan Melayu Nusantara.[4] Dalam kapasiti ini, beliau bertanggungjawab terhadap strategi kandungan premium, pengurusan bakat, dan platform digital seperti Astro First.

Di bawah kepimpinannya, Astro Shaw telah menghasilkan beberapa filem tempatan dengan kutipan tertinggi, termasuk Polis EVO 3 dan Mechamato Movie.[5]

Selain itu, Raja Jastina juga berkhidmat sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif di Frontken Corporation Berhad, sebuah syarikat tersenarai di Bursa Malaysia.[6]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Peranan / Jawatan
2019 Bumi Itu Bulat Penerbit Eksekutif
Hiruk-Pikuk Si Al-Kisah
Sangkar
The Garden of Evening Mists
Pusaka
2020 Bulan dan Pria Terhebat Penerbit Bersekutu
Mulut Masin Penerbit Eksekutif
Saka Nan Sepi
2021 Kerana Korona
Penunggang Agama
On Your Mark
18 Puasa Di Kampong Pisang
Kampong Pisang Muzikal Raya Istimewa
Chomel
Penunggang Agama 2
Backstage
2022 Kampong Pisang Berbuah Dua Kali
Ben & Jody
Juang
Abang Long Fadil 3
Talbis Iblis
Keluarga Cemara 2
Mencuri Raden Saleh
Qodrat
Mechamato Movie
2023 Ma, I Love You
Didi & Friends The Movie
Polis EVO 3
Merewang Keluarga Pak Awang
Rahsia
MALBATT: Misi Bakara
Geng Sakau vs. Hantu Ting Tong
Gemencheh Boys
2024 Sheriff: Narko Integriti
The Experts
Gold
Baik Punya Ah Long
Don Dukun
Kahar: Kapla High Council
2025 Money Games
Qodrat 2
Keluang Man
Martabat: Misi Berdarah
Abah Saya, Uncle Mike
Magik Rompak
3 Hajat
Malam Terlarang
Papa Zola: The Movie
2026 Baran
Black Ops: Operasi Serigala
Tahun Tajuk Peranan / Jawatan Saluran TV
2021 Projek: Anchor SPM Penerbit Eksekutif Astro Citra
2021–2022 Dukun Diva
2022 Kuasa
Histeria The Series
Kudeta
Murder By Moonlight
2022–2025 One Cent Thief
2023 Projek: High Council Astro Ria
Liar
Jack Yusof
Mystic Village Astro Premier
Riot!: Rebel With a Cause
2023–2024 Gamers Mangkuk
2024 I.D.
Framed
X-Change
Projek: Exit
2025 First Wives Astro Citra
Honey Trap
Generasi: Perfect 10
Ifrit Astro Ria
2025–2026 Bad Cop

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]