Raja Muhammad Yusuf
| Muhammad Yussuf | |||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Yang Dipertuan Muda Negeri Riau | |||||||||||||
| Yang Dipertuan Muda Riau 10 | |||||||||||||
| Didahului oleh | Raja Haji Abdullah | ||||||||||||
| Diikuti oleh | Sultan Abdul Rahman II Muazzam Shah | ||||||||||||
| Keputeraan | Raja Muhammad Yussuf II bin Raja Abdullah | ||||||||||||
| |||||||||||||
| Ayahanda | Raja Haji Abdullah bin Raja Haji Jaafar | ||||||||||||
Yamtuan Muda Riau X Raja Muhammad Yusuf Ibni Yamtuan Muda Riau IX Raja Haji Abdullah ialah Yang di-Pertuan Muda Riau ke-10 (1858-1899), cucu Raja Jaafar, Yamtuan Muda Riau VI.
Beliau dilantik oleh Sultan Sulaiman II Badrul Alam Shah Ibni Almarhum Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah, Sultan Lingga-Riau.
Beliau dilantik selepas kemangkatan bapanya, Raja Haji Abdullah, Yamtuan Muda Riau ke-9.
Baginda dianggap sebagai Yamtuan Muda terakhir kerana selepas kemangkatan baginda, jawatan tersebut telah disatukan dengan jawatan sultan oleh putera baginda dengan Tengku Ambung, puteri Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah iaitu Sultan Abdul Rahman II Muazzam Shah, Sultan Riau-Lingga Ke-8 dan terakhir, (Wangsa Diraja Bugis Luwu) sehingga tahun 1911 apabila baginda diturunkan takhta dan Riau-Lingga menjadi jajahan Belanda pada tahun 1913.
Kematiannya
[sunting | sunting sumber]Baginda mangkat di Pulau Penyengat pada tahun 1899 dan dimakamkan berhampiran Masjid Raya Pulau Penyengat.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Virginia Matheson Hooker (1998). Tuhfat Al-Nafis. Yayasan Karyawan dan Dewan Bahasa Pustaka(DBP). ISBN 9839510029.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]| Penyandang Terdahulu | Yang Dipertuan Muda Riau Ke-10 1858 - 1899 |
Penyandang Kemudian |
| Raja Haji Abdullah | Jawatan disatukan dengan jawatan Sultan |