Sultan Nazrin Muizuddin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sultan Nazrin Muizuddin Shah
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Perak Darul Ridzuan XXXV
Raja Nazrin Shah.jpg
Potret rasmi Sultan Perak XXXV
DYMM Paduka Seri Sultan, Yang di-Pertuan dan Raja Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan dan Jajahan Takluknya
Pemerintahan 29 Mei 2014 – kini
Pertabalan 6 Mei 2015 bersamaan 17 Rejab 1436
Didahului oleh DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah
Raja Muda DYTM Raja Jaafar ibni Almarhum Raja Muda Musa
Menteri Besar Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Tuan Ahmad Faizal bin Azumu
Timbalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia
Pemerintahan 13 Disember 2016 – kini
Pelantikan 13 Disember 2016
Didahului oleh Sultan Muhammad ke-V, Kelantan
DYMM Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan
Pemerintahan pertama 26 April 1989 – 25 April 1994
Persetujuan Dewan Negara 18 April 1989
Sebab Paduka ayahanda baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong
Pemerintahan kedua 27 Januari 2008 – 29 Mei 2014
Sebab Paduka ayahanda baginda gering
DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan
Pemerintahan 15 April 1987 – 27 Januari 2008
Istiadat menjunjung duli 13 Jun 1987
Didahului oleh DYTM Raja Ahmad Saifuddin ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah
Pemerintahan kedua 25 April 1994 – 27 Januari 2008
Diikuti oleh DYTM Raja Jaafar ibni Almarhum Raja Muda Musa
YTM Raja Kechil Besar Perak Darul Ridzuan
Pemerintahan 16 Februari 1984 – 15 April 1987
Pemasyhuran 16 Februari 1984
Keputeraan YM Raja Nazrin Shah Ibni Raja Azlan Shah
(1956-11-27) 27 November 1956 (umur 61)
George Town, Pulau Pinang, Persekutuan Tanah Melayu
Raja Permaisuri DYMM Tuanku Zara Salim (k. 2007)
Anakanda
Butiran
Nama penuh
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah
Tempat persemayaman
Ayahanda DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah
Bonda YMM Raja Permaisuri Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali
Agama Islam

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah (diputerakan pada (1956-11-27)27 November 1956 di George Town, Pulau Pinang) ialah Sultan Perak ke-35. Baginda merupakan anakanda pertama baginda berdua dan putera sulung kepada Sultan Perak ke-34, Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah bersama Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali.[1][2]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Raja Nazrin Shah telah diputerakan pada 27 November 1956, ketika pemerintahan paduka nenda baginda, Sultan Yussuff Izzuddin Shah ibni al-Marhum Sultan Abdul Jalil Nasruddin Muhtaram Shah. Paduka ayahanda baginda, Raja Azlan Shah (kemudian Sultan Azlan Muhibbuddin Shah) merupakan paduka anakanda bongsu kepada Sultan Yussuff Izzuddin Shah. Paduka bonda baginda, Cikgu Bainun (kemudian Tuanku Bainun) ialah orang kebanyakan dari Pulau Pinang yang kemudian mengahwini Raja Azlan Shah pada tahun 1955. Semasa baginda diputerakan, paduka ayahanda baginda bertugas sebagai majistret sementara paduka bondanya bertugas sebagai seorang guru di Pulau Pinang. Baginda diputerakan di George Town, Pulau Pinang, Persekutuan Tanah Melayu.

Raja Nazrin Shah ialah paduka anakanda dan putera sulung daripada lima adik-beradik, Raja Azureen, Raja Ashman Shah, Raja Eleena dan Raja Yong Sofia. Kesemuanya telah berangkat ke luar negeri untuk melanjutkan pengajian tingginya.

Baginda memulakan alam persekolahan di Sekolah Jalan Kuantan, Kuala Lumpur sehingga darjah 5, dan menyambung pendidikan rendah dan menengah rendah dari darjah 6 hingga tingkatan 2 di Sekolah St. John, Kuala Lumpur. Setelah berusia 13 tahun, Baginda berangkat ke United Kingdom untuk meneruskan pengajian di The Leys School, Cambridge. Sekembalinya dari luar negara, baginda bertugas sebagai Pegawai Eksekutif Petronas dari 1979 hingga 1983.

Pewaris takhta[sunting | sunting sumber]

Semasa Raja Azlan Shah selamat diputerakan, paduka ayahanda baginda bukan tergolong dalam raja bergelar disebabkan baginda merupakan paduka putera yang bongsu dan menyebabkan baginda berada jauh dalam susur galur pewarisan takhta kerajaan Perak sekali gus membuatkan Raja Nazrin Shah turut jauh dalam pewarisan takhta. Pada zaman pemerintahan paduka ayahanda baginda pula, kedudukan baginda semakin dekat apabila paduka ayahanda baginda diangkat sebagai Sultan Perak setelah kemangkatan paduka nenda baginda. Pada 16 Februari 1984, Raja Nazrin Shah dimasyhurkan sebagai Raja Kechil Besar Perak dan telah menyempurnakan istiadat menjunjung duli pada 30 Ogos 1986. Dengan gelaran raja bergelar Perak baru ini, baginda berada di tempat ketiga mengikut sistem hierarki sistem pergiliran Kesultanan Perak.[3]

Pada tahun 1987 apabila Raja Muda Raja Ahmad Saifuddin Almarhum Sultan Iskandar Shah mangkat, Raja Ahmad Hisham Raja Abdul Malik, 80, Raja Di-Hilir pada masa itu telah memberi laluan kepada Raja Nazrin Shah untuk naik menjadi Raja Muda atas faktor usia. Baginda telah diisytharkan Raja Muda (Putera Mahkota) dari Perak pada 15 April 1984, mengambil alih daripada ayahanda baginda, Sultan Azlan Shah, yang menjadi Sultan Perak dua minggu lebih awal.

Pada tahun 2006, Raja Dr Nazrin Shah bertitah di Forum Khas Melayu Islam Beraja di Negara Brunei Darussalam bersempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-60.[4]

Perkahwinan[sunting | sunting sumber]

Raja Nazrin Shah berjumpa dan berkenalan dengan Zara Salim Davidson sejak baginda berusia 48 tahun.

Istiadat pernikahan diadakan secara sederhana dan ringkas dengan adat istiadat di Istana Iskandariah dengan mas kahwin 250 gram emas tulen dalam bentuk lima syiling.

Selepas lapan tahun berkenalan, Raja Nazrin Shah dan Tuanku Zara Salim diijabkabulkan pada 17 Mei 2007 di Istana Iskandariah.[5] Perkahwinan ini merupakan yang pertama kali dalam sejarah kerana semua Raja Muda yang dilantik sebelum ini telah berkahwin sebelum dilantik sebagai Raja Muda Perak. Raja Dr Nazrin Shah berpakaian persalinan baju songket tenunan Terengganu berwarna kuning diraja dengan baju melayu lengkap bersamping berserta setanjak. Raja Dr. Nazrin amat disenangi pelbagai lapisan masyarakat dan dibuktikan apabila berita perkahwinannya dengan Zara Salim Davidson disambut dengan penuh kesyukuran dan perasaan teruja.

Raja Nazrin Shah dikurniakan anakanda pertama baginda, Yang Mulia Raja Azlan Muzzaffar Shah pada 14 Mac 2008. Anakanda kedua, Yang Mulia Raja Nazira Safya telah diputerakan pada tahun 2 Ogos 2011.

Pemangku raja[sunting | sunting sumber]

Raja Nazrin Shah telah merangkap sebagai Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan selama dua kali iaitu apabila paduka ayahanda baginda diangkat sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia pada tahun 1989 hingga tahun 1994 serta sewaktu paduka ayahanda baginda gering bermula pada tahun 2008 sehingga kemangkatan paduka ayahanda baginda. Baginda telah menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-raja mewakili paduka ayahanda baginda.[6]

Baginda diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda yang di-Pertuan Agong dilantik sebagai Canselor Keempat Universiti Malaya berkuat kuasa 16 Julai 2014. Pada 14 Ogos 2014, Baginda telah berkenan menjadi Kolonel Yang Dipertuan Rejimen Jurutera Tentera Darat dan Kolonel Yang Dipertuan Kor Kesihatan Diraja Angkatan Tentera Malaysia.

Pemerintahan[sunting | sunting sumber]

Pemasyhuran dan pertabalan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2008, Raja Nazrin Shah mengambil alih tugas paduka ayahanda baginda sebagai Pemangku Raja Perak akibat gering. Setelah separuh dekad memegang jawatan sebagai Pemangku Raja, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah mangkat pada 28 Mei 2014. Pada hari yang sama, keputusan melantik baginda sebagai Sultan Perak yang baharu dibuat dalam mesyuarat khas Dewan Negara Perak dan mencapai kata sepakat menamakan Raja Nazrin Shah dengan nama Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Sultan Perak yang baru. Baginda dimasyhurkan sebagai Sultan Perak sehari selepas kemangkatan Almarhum paduka ayahanda baginda pada hari istiadat pemakaman Sultan Azlan Muhibbuddin Shah. Baginda dan Raja Puan Muda Perak berangkat berpindah ke Istana Iskandariah.

Istiadat pertabalan Sultan Perak XXXV diadakan setahun pada 6 Mei 2015 selepas kemangkatan paduka ayahanda baginda di Istana Iskandariah. Istiadat pertabalan ini disiar secara langsung di kaca mata televisyen tempatan Malaysia.

Sultan Perak[sunting | sunting sumber]

Sultan Nazrin dengan kerabat diraja Perak bersama Charles, Putera Wales dan Camilla, Duchess Cornwall.

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ialah penaung diraja Mercy Malaysia. Baginda berkenan berangkat ke Istanbul, Turki untuk mempengerusikan sesi khas mengenai pembiayaan sosial Islamik yang diadakan sempena Sidang Kemanusiaan Sedunia 2016.

Duli Yang Maha Mulia telah berkenan menerima jemputan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Tuan Yang Teruamat Ban Ki-moon untuk mengambil tanggungjawab sebagai Pengerusi Bersama Panel Kewangan Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan menerima penghargaan di UNGA-71.[7]

Timbalan Yang di-Pertuan Agong[sunting | sunting sumber]

Sultan Nazrin menghadap Raja Maha Vajiralongkorn selaku Timbalan Yang di-Pertuan Agong di istiadat persemadian mendiang Raja Bhumibol Adulyadej.

Pada 14 Oktober 2016, Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-243 (Khas) di Istana Negara telah memilih baginda untuk dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia apabila Sultan Muhammad ke-V dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong. Pelantikan itu berkuat kuasa 13 Disember 2016 untuk tempoh lima tahun.[8]

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bersama Raja Permaisuri Perak berkenan berangkat mencemar duli ke istiadat persemadian Kebawah Duli Yang Maha Mulia Mendiang Raja Bhumibol Adulyadej yang mangkat mewakili negara sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Besar, Thailand pada 25 Oktober 2017.[9]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Baginda ialah Felo Kehormat Worcester College, Universiti Oxford dan juga Magdalene College, Universiti Cambridge; Fellow Diraja Institusi Pertahanan dan Keselamatan Malaysia; Fellow Diraja kepada Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia.

Baginda berkelulusan dari Kolej Melayu Kuala Kangsar dan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Politik, Ekonomi dan Kerajaan dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat. Baginda juga memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi dari Universiti Oxford, England pada 1979 dan Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Awam dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat pada 1984.

Putera raja yang berjiwa rakyat, Raja Dr. Nazrin terlibat dalam program amal dan kemasyarakatan untuk kepentingan rakyat, khususnya bagi membantu golongan miskin dan kurang bernasib baik.

Putera raja berilmu tinggi dengan pandangan dan buah fikirannya dalam pelbagai isu mencakupi politik, sosial, ekonomi, kemasyarakatan, agama serta isu semasa sering diikuti dengan penuh minat oleh rakyat selain menjadi bahan perbincangan ilmiah serta bualan orang ramai.

Gelaran[sunting | sunting sumber]

Gelaran hormat bagi
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
Jata negeri perak.jpg
Gaya panggilan Duli Yang Maha Mulia
Gaya pertuturan Duli Tuanku
Gaya pilihan Tuanku
  • 27 November 1956 - 17 Jun 1965 : Yang Mulia Raja Nazrin Shah Ibni Raja Azlan Shah
  • 17 Jun 1965 - 12 Disember 1982 : Yang Mulia Raja Nazrin Shah Ibni Raja Tan Sri Azlan Shah
  • 12 Disember 1982 - 3 Februari 1984 : Yang Mulia Raja Nazrin Shah Ibni Raja Tun Azlan Shah
  • 3 Februari 1984 - 16 Februari 1984 : Yang Amat Mulia Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
  • 16 Februari 1984 - 15 April 1987 : Yang Teramat Mulia Raja Kechil Besar Perak Darul Ridzuan Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
  • 15 April 1987 - 26 April 1989 : Duli Yang Maha Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
  • 26 April 1989 - 25 April 1994 : Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
  • 25 April 1994 - 27 Januari 2008 : Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
  • 27 Januari 2008 - 29 Mei 2014 : Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
  • 29 Mei 2014 - Kini  : Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah, Sultan, Yang di-Pertuan dan Raja Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan dan Jajahan Takluknya

Kurniaan Darjah Kebesaran[sunting | sunting sumber]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

  • Anugerah Melvin Jones Fellowship
  • Anugerah Kepimpinan Kewangan Islam Global 2012

Senama[sunting | sunting sumber]

  • Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Lumut, Perak[10]
  • Pusat Sultan Nazrin Shah, Maktab Worcester, United Kingdom[11]

Kerabat[sunting | sunting sumber]

Sultan Nazrin Shah berkahwin dengan Tuanku Zara Salim Davidson, pasang ini dikurniakan dengan seorang putera dan seorang puteri.

Nama Keputeraan Tempat Keputeraan Umur
Duli Yang Maha Mulia
Tuanku Zara Salim
(Raja Permaisuri Perak)
(1973-03-22)22 Mac 1973 Ipoh 45 tahun, 1 bulan dan 29 hari
Yang Termat Mulia
Raja Azlan Muzzaffar Shah
(Raja Kechil Besar Perak)
(2008-03-14)14 Mac 2008 Hospital Pakar Damansara, Selangor 10 tahun, 2 bulan dan 7 hari
Yang Teramat Mulia
Raja Nazira Safya
(2011-08-02)2 Ogos 2011 Hospital Pakar Damansara, Selangor 6 tahun, 9 bulan dan 19 hari

Keturuan Diraja[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Anbalagan, V. (29 May 2014) Raja Nazrin proclaimed as the 35th Sultan of Perak, The Malaysian Insider.
  2. ^ Raja Nazrin proclaimed new Sultan of Perak, The Malay Mail. 30 May 2014
  3. ^ "Sultan Nazrin-Profil : Sultan Nazrin Muizzuddin Shah - Sultan Perak Yang Baharu". malaysiandigest.com. 29 Mei 2014. Dicapai 2 April 2018. 
  4. ^ "Raja Nazrin: Raja tidak semestinya perkenan semua perkara". malaysiakini. 22 September 2006. Dicapai 2 April 2018. 
  5. ^ Ak. Jefferi Pg. Durahman (9 Mei 2015). "Berangkat ke Majlis Santapan Pertabalan Sultan Perak". Pelita Brunei. Dicapai 24 April 2018. 
  6. ^ "Tuanku Muhriz pengerusikan mesyuarat". Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia. Dicapai 11 April 2018. 
  7. ^ Mohd Anwar Patho Rohman (20 September 2016). "Sultan Nazrin terima penghargaan di UNGA-71". Berita Harian. Dicapai 2 April 2018. 
  8. ^ "Sultan Muhammad V dipilih YDP Agong Ke-15". Kosmo! Online. 14 Oktober 2016. Dicapai 2 April 2018. 
  9. ^ "Sultan Nazrin wakili Malaysia ke upacara persemadian Diraja Thailand". Astro Awani. 23 Oktober 2017. Dicapai 2 April 2018. 
  10. ^ "Sultan Nazrin rasmi Kolej Perikanan Malaysia Lumut". Utusan Online. 4 Julai 2017. Dicapai 2 April 2018. 
  11. ^ "Sultan Nazrin Shah Centre" [Pusat Sultan Nazrin Shah]. Conferences at Worcester College (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 2 April 2018. 
  • Berita Harian 18-19 Mei 2007
  • Utusan Malaysia 18-19 Mei 2007
  • Metro Harian 17-19 Mei 2007

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Lampiran
Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muihbbuddin Shah
Tarikh keputeraan: 27 November 1956
Kerabat diraja Malaysia
Gelaran pemerintah
Susunan penggantian
Didahului oleh
Raja Ahmad Saifuddin Ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah Kaddasullah
Raja Muda Perak
11 Mei 1987 - 28 Mei 2014
Diikuti oleh:
Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
Didahului oleh
Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
Raja Muda Perak
20 Jun 2014- Kini
Diikuti oleh:
Raja Jaafar
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah
Tarikh keputeraan: 27 November 1956
Kerabat diraja Malaysia
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
Sultan Perak
28 Mei 2014 - Kini
Pemegang jawatan kini