Raja Stephan (Beethoven)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Raja Stephan, Op. 117 (König Stephan) ialah sebuah karya peringatan yang digubah oleh Ludwig van Beethoven pada tahun 1811. Ia termasuk overtur dalam E flet major dan sembilan nombor vokal. Hanya overturnya yang biasa dimainkan kini. Judul ini merujuk kepada Raja Stephen I, pengasas Kerajaan Hungary pada tahun 1000.

Pada tahun 1808, Maharaja Francis I dari Austria bertitah pembinaan sebuah teater yang besar di Budapest, untuk melegakan perasaan nasionalis awal di Hungary dan untuk menyambut taat setia Hungary terhadap pemerintahan beraja Hapsburg Austria. Pada waktu pembukaan rasmi teater ini pada tahun 1811, Beethoven telah ditugaskan untuk meletakkan ke muzik dua teks peringatan yang ditulis oleh August von Kotzebue: König Stephan (Raja Stephan) dan Die Ruinen von Athen (Puing Athens). Overtur ini merupakan antara karya orkestra yang kurang popular dan jarang dimainkan pada masa ini.

Pergerakan[sunting | sunting sumber]

  1. Overtur (Andante con moto - Presto, E-flet major)
  2. Korus lelaki: Ruhend von seinen Thaten (Andante maestoso e con moto, C major)
  3. Korus lelaki: Auf dunkelm in finstern Hainen Wandelten (Allegro con brio - C minor)
  4. March kejayaan (Feurig und stolz - G major)
  5. Korus perempuan: Wo die Unschuld Blumen streute (Andante con moto all'Ongarese - A major)
  6. Melodrama (Stéphan): Du hast dein Vaterland
  7. Korus: Eine neue strahlende Sonne (Vivace - F major)
  8. Melodrama (Stéphan): Ihr edlen Ungarn! (Maestoso con moto - D major)
    • a. March Agama (Moderato - B-flet major)
    • b. Melodrama dengan korus: Heil unserm Konige! (Allegro vivace e con brio - B-flet major)
  9. Final chorus: Heil! Heil unserm Enkeln (Presto - D major)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • [[scores:{{{id}}}|King Stephen Overture]]: Skor percuma dari "International Music Score Library Project".