Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim
Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim
Temenggung Johor
Tempoh pemerintahan 19 Ogos 1841 - 10 Mac 1855
Didahului oleh tiada
Diikuti oleh Temenggong Sri Maharaja Wan Abu Bakar
Sultan/Maharaja Johor (De facto)
Tempoh pemerintahan 10 Mac 1855 – 1862
Didahului oleh Sultan Ali Iskandar Shah (Sultan Johor)
Diikuti oleh Maharaja Abu Bakar (Maharaja Johor)
Pasangan 1. Inche Ngah
2. Engku Long Muda
3. Tengku Andak
Putera-puteri
1. Abu Bakar
2. Ungku Muhammad Daeng Ibrahim
3. Ungku Abdullah
4. Ungku Abdul Rahman
5. Ungku Abdul Majid
6. Ungku Muhammad Khalid
7. Ungku Daud
8. Ungku Besar
9. Ungku Pah
10. Ungku Khadija
11. Ungku Zaharah
12. Ungku Nong Hawa
Kerabat diraja Wangsa Temenggung
Ayahanda Temenggung Abdul Rahman
Bonda Inche Yah
Agama Sunni Islam

Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim bin Temenggung Tun Abdul Rahman (8 Disember 1810 - 31 Januari 1862) ialah Maharaja Johor/Sultan de facto Johor ke-20, sebuah negeri di selatan Semenanjung Malaysia, antara tahun 1855 dan 1862. Beliau tidak memakai gelaran sultan untuk menghormati Sultan Ali.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Daeng Ibrahim dilahirkan di Pulau Bulang, Kepulauan Riau, anak kepada Temenggung Abdul Rahman dan isteri pertamanya, Inche Yah, dan menerima pendidikan swasta di Singapura. Beliau juga dikenali dengan panggilan Daeng Ronggek, Tengku Chik dan Daeng Kechil.

Pemerintahan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1833, Daeng Ibrahim menggantikan abangnya sebagai Tengku Temenggong Sri Maharaja, dan berkhidmat di bawah dua Sultan, iaitu Sultan Hussain Shah dan Sultan Ali.

Walau bagaimanapun, secara rasminya beliau telah memegang jawatan ini pada 19 Ogos 1841. Majlis pelantikan beliau yang diadakan di New Harbour, Singapura, telah disaksikan oleh Gabenor Bonham dan Bendahara Tun Ali dari Pahang.

Pada 10 Mac 1855, Sultan Ali memeterai sebuah perjanjian dengan pihak British di Singapura. Dalam perjanjian ini, Sultan Ali bersetuju untuk memindahkan semua kuasanya di Johor kepada Daeng Ibrahim, Temenggungnya, kecuali Kesang yang terletak di sebelah tebing utara Sungai Muar di daerah Muar. Dengan itu, Daeng Ibrahim menjadi pemerintah Johor dengan gelaran "Maharaja Johor". Antara lain, perjanjian itu mengiktirafkan Sultan Ali sebagai Sultan Johor, tetapi gelarannya tidak boleh diwariskan kepada keturunannya.

Sebagai Maharaja Johor, Daeng Ibrahim mengasaskan pentadbirannya di Tanjung Puteri atau Iskandar Puteri yang kemudian digelarkan Johor Bahru oleh anaknya, Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim, pada tahun 1866. Beliau mewujudkan suatu sistem pentadbiran kerajaan yang teratur and tersusun. Baginda memperkenalkan "Sistem Kangcu" pada tahun 1833 untuk memajukan perusahaan ladang lada hitam dan gambir di Johor.

Mangkat[sunting | sunting sumber]

Baginda mangkat pada 1 Februari 1862 di Teluk Belanga, Singapura dan dimakamkan di Makam Temenggong, Masjid Teluk Belanga.

Sistem Kangcu[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Sistem Kangcu

"Kangcu" ialah bahasa Cina untuk "Tuan Sungai". Melalui sistem ini, Daeng Ibrahim membawa orang-orang Cina dari Singapura ke Johor untuk mengerjakan ladang lada hitam di sepanjang Sungai Johor. Orang-orang Cina diberikan "Surat Sungai" yang merupakan surat kebenaran untuk menetap dan mengusahakan pertanian di Johor. Kawasan perladangan dikenali sebagai "kangkar", iaitu perkataan bahasa Cina untuk "kaki sungai". Setiap kangar diketuai oleh seorang kangcu yang memerintah dan memungut cukai untuk kerajaan Johor.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Isteri[sunting | sunting sumber]

Daeng Ibrahim mempunyai tiga orang isteri, iaitu:-

  1. Inche Ngah
  2. Engku Long Muda
  3. Tengku Andak (anak perempuan ketiga kepada Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah, Sultan and Yang di-Pertuan Besar Lingga-Riau.

Anak Lelaki[sunting | sunting sumber]

Daeng Ibrahim mempunyai tujuh orang anak lelaki:-

  1. Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim, Sultan Johor (anak Inche Ngah)
  2. Ungku Muhammad Daeng Ibrahim
  3. Ungku Abdullah Daeng Ibrahim, Ungku Sri Paduka Pemangku Raja
  4. Ungku Abdul Rahman Daeng Ibrahim (anak Engku Long Muda)
  5. Ungku Abdul Majid Daeng Ibrahim, Ungku Sri Paduka Pemangku Raja
  6. Ungku Muhammad Khalid Daeng Ibrahim
  7. Ungku Daud Daeng Ibrahim

Anak Perempuan[sunting | sunting sumber]

Daeng Ibrahim mempunyai lima orang anak perempuan:-

  1. Ungku Besar Daeng Ibrahim
  2. Ungku Pah Daeng Ibrahim
  3. Ungku Khadija Daeng Ibrahim
  4. Ungku Zaharah Daeng Ibrahim
  5. Ungku Nong Hawa Daeng Ibrahim

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Penyandang Terdahulu Sultan Johor ke-20
1862 – 1895
Penyandang Kemudian
Sultan Ali Sultan Abu Bakar