Raja Zainal Abidin Raja Tachik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Datuk Raja Zainal Abidin Raja Tachik adalah bekas Ketua Setiausaha di Kementerian Kesihatan di bawah pentadbiran Perdana Menteri Malaysia ke-2, Tun Abdul Razak. Beliau merupakan penjawat awam buat beberapa lama di Malaysia. Beliau pernah menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis .

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Bapa mentua beliau, Dato’ Dr Haji Mustapha Albakri Hassan ialah pengerusi pertama Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia dan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa zaman pemerintahan Perdana Menteri Malaysia pertama Tunku Abdul Rahman.

Anaknya Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dilantik menjadi Senator di Dewan Negara pada 2008 oleh Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Tokoh perniagaan[sunting | sunting sumber]

Pada 8 Jun 1979, syarikat Kumpulan RZA Sdn Bhd (RZA) (No. Syarikat 48009-V) ditubuhkan dan RZA bermaksud Raja Zainal Abidin. Syarikat ini terlibat dalam hartanah dan pasaran saham, membekal peralatan-peralatan pejabat, cenderamata dan alat-alat bantuan mengajar , ubat-ubatan kepada kerajaan Malaysia, institusi-institusi pengajian tinggi serta Syarikat pengangkutan (forwarding) dan gudang awam berlesen.

Antara ahli lembaga pengarah RZA ialah Raja Dato' Zainal Abidin bin Raja Haji Tachik ; Datin Che Nazlee @ Nazli Binti Datuk Mustapha AlBakri; Raja Datuk Sharifuddin Hizan bin Raja Dato' Zainal Abidin ; Raja Datuk Zaharaton Binti Raja Dato' Zainal Abidin ;Raja Dzahiruddin Bin Raja Dato' Zainal Abidin ;Raja Noor Ainon Zabariah Bt Raja Dato' Zainal Abidin dan Raja Dato' Nong Chik Najmuddin Bin Raja Dato' Zainal Abidin.[1]

Pingat dan anugerah[sunting | sunting sumber]

Pada 19 Julai 2005, Raja Zainal Abidin menerima Dato' Setia Negeri Sembilan (DSNS) yang membawa gelaran Dato' sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman yang ke-83 di Seremban, Negeri Sembilan.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]