Raja Zarith Sofiah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Raja Zarith Sofia
Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Johor
Raja Zarith Sofiah.jpg
Pemerintahan

23 Januari 2010 - kini

(8 tahun, 5 bulan dan 29 hari)
Kemahkotaan 23 Mac 2015
Didahului oleh Sultanah Zanariah binti Tengku Ahmad Panglima Raja
Keputeraan (1959-08-14) 14 Ogos 1959 (umur 58)
Hospital Batu Gajah, Perak
Pasangan Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Baginda Al Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj (k. 1982)
Anakanda Tunku Ismail Idris (Tunku Mahkota Johor)
Tunku Aminah Maimunah Iskandariah (YAM Paduka Puteri Johor)
Tunku Idris Iskandar (Tunku Temenggong Johor)
Tunku Abdul Jalil (Mangkat 5 Disember 2015) (Mantan Tunku Laksamana Johor)
Tunku Abdul Rahman Hassanal Jefri (Tunku Panglima Johor)
Tunku Abu Bakar Iman (Tunku Paduka Putera Johor)
Nama penuh
Permaisuri Tuanku Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah II Afifurlah
Kerabat Istana Bukit Serene, Johor Bahru, Johor
Ayahanda Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah II Ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah Kaddasullah
Bonda Raja Muzwin Binti Raja Arif Shah
Gelaran hormat bagi
Raja Zarith Sofia
Bendera Sultanah Johor.gif
Gaya panggilan Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Johor
Gaya pertuturan Permaisuri Johor
Gaya pilihan Tuanku

Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Tuanku Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah II Afifurlah merupakan Permaisuri negeri Johor Darul Takzim dan isteri kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ismail, Sultan Johor ke 5. Baginda tidak memakai gelaran Sultanah Johor, sebaliknya memakai gelaran yang buat pertama kalinya digunakan dalam sejarah Kesultanan Johor iaitu Permaisuri Johor ketika Istiadat Kemahkotaan Sultan Ibrahim Ismail pada 23 Mac 2015. Baginda ialah puteri kepada Sultan Perak ke-33, Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah II Ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah Kaddasullah. Baginda (diputerikan pada (1959-08-14)14 Ogos 1959 di Hospital Batu Gajah, Perak). Baginda merupakan anakanda ketiga baginda empat dan puteri bongsu kepada Paduka Seri Sultan Idris Shah dan Raja Muzwin.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Baginda telah mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Datin Khadijah, Kuala Kangsar sehingga tamat darjah enam. Setelah pengajiannya tamat, baginda meneruskan pelajaran ke tingkatan satu di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan Kalsom, Kuala Kangsar. Selepas itu, baginda belajar di Cheltenhem Ladies' College, Gloucestershire pada usia 13 tahun. Pada September 1977, baginda pula belajar di Davies' College, London. Seterusnya, baginda diterima masuk ke Somerville College, yang bertempat di Universiti Oxford setelah lulus peperiksaan Oxford Entrance Examination. Pada Jun 1983, baginda telah mendapat Ijazah Bachelors of Arts dan seterusnya menerima Ijazah Master of Arts selepas tiga tahun iaitu dalam tahun 1986.[1][2]

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Raja Zarith Sofiah anakanda ketujuh dan puteri ketiga Sultan Idris. Bondanya, Raja Perempuan Perak Raja Muzwin binti Raja Ariff Shah mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pada 6 Oktober 2011.[3]

Sultan Ibrahim Ismail telah berkahwin dengan baginda pada September 1983. Mereka mendapat lima putera dan satu puteri, iaitu: Tunku Ismail (1984) (Tunku Mahkota Johor), Tunku Aminah (1986), Tunku Idris (1988), Tunku Abdul Jalil (5 Julai 1990 - 5 Diember 2015), Tunku Abdul Rahman (1993), dan Tunku Abu Bakar (2001).

Kerabat dan Keluarga[sunting | sunting sumber]

Sultan Ibrahim Ismail yang berkahwin dengan Raja Zarith Sofiah yang dikurniakan pasangan diraja 5 seorang putera dan 1 seorang puteri.

Nama Keputeraan Tempat Keputeraan Umur
Kemangkatan
Tarikh berkahwin Pasangan diraja Cucundanya
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor
Tunku Ismail
(1984-06-30)30 Jun 1984 Johor, Malaysia 34 tahun dan 22 hari 24 Oktober 2014 Yang Mulia Che Puan Khaleeda Binti Bustamam YAM Tunku Khalsom Aminah Sofiah
YAM Tunku Iskandar Abdul Jaili Abu Bakar Ibrahim
Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah (1986-04-08)8 April 1986 Johor 32 tahun, 3 bulan dan 14 hari 14 Ogos 2017 Encik Dennis Muhammad Abdullah
Yang Amat Mulia Tunku Temenggong Johor
Tunku Idris Iskandar Ismail
(1987-12-25)25 Disember 1987 Johor 30 tahun, 6 bulan dan 27 hari
Yang Amat Mulia Tunku Laksamana Johor
Tunku Abdul Jalil Iskandar
(1990-07-05)5 Julai 1990 Johor 5 Disember 2015(2015-12-05) (umur 25) Tidak pernah berkahwin
Yang Amat Mulia Tunku Panglima Johor
Tunku Abdul Rahman
Yang Amat Mulia Tunku Putera Johor
Tunku Abu Bakar Mahmood Iskandar
(2001-05-30)30 Mei 2001 Johor 17 tahun, 1 bulan dan 22 hari

Minat[sunting | sunting sumber]

Selain bahasa ibunda, baginda turut fasih berbahasa Mandarin, Inggeris, Perancis dan Itali.

Sempena Majlis Anugerah Buku Kebangsaan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia, Raja Zarith Sofiah telah dianugerahi "Ilustrator Terbaik" bagi kategori buku kanak-kanak. Raja Zarith Sofiah juga meneruskan penulisannya di ruang akhbar The New Straits Times Malaysia, setiap dua minggu di bawah tajuk "On Common Ground".

Raja Zarih Sofiah turut menjadi penaung kepada Yayasan Kelab Rotary Tebrau, Johor Bahru, Naib Presiden Majlis Wanita Johor (MAWAR) dan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Johor.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]