Raja berperlembagaan
Sebahagian dari siri politik mengenai |
Pemerintahan beraja |
---|
![]() |
|
Magna Carta
Penubuhan Empayar Uthmaniyyah Revolusi Glorious Revolusi Perancis Perang Saudara Sepanyol Pertama Empayar Perancis Pertama Empayar Perancis Kedua Kejatuhan Wangsa Qing Revolusi Rusia (1917) Perang Saudara Sepanyol Kedua Kelahiran Republik Itali Revolusi Iran Kemboja Moden Perang Saudara Nepal |
|
Portal Pemerintahan beraja |
Sebahagian siri politik | ||||||||
Bentuk asas pemerintahan | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Sumber kuasa | ||||||||
|
||||||||
Ideologi kuasa | ||||||||
|
||||||||
Struktur kuasa | ||||||||
|
||||||||
Portal politik | ||||||||
Raja berperlembagaan (Tulisan Jawi: راج ڤرلمباݢاءن)adalah sejenis kerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem berperlembagaan yang mengiktiraf Raja sebagai ketua negara.[1]. Raja berperlembagaan yang moden biasanya menggunakan konsep trias politica, atau politik tiga serangkai. Ini bermaksud Raja adalah hanya ketua simbolik di dalam rangkai eksekutif dan kuasanya adalah terhad oleh perlembagaan negara. Apabila seorang Raja mempunyai kuasa pemerintahan yang penuh ia dipanggil monarki mutlak atau absolute monarchy.
Pada hari ini, raja berperlembagaan lazimnya digabungkan dengan perwakilan demokrasi. Oleh itu, kerajaan masih dibawah kuasa rakyat tetapi raja mempunyai peranan tradisional di dalam sesebuah negara. Pada hakikatnya Perdana Menteri, iaitu pemimpin yang dipilih oleh rakyat, yang memerintah negara dan bukannya Raja. Namun demikian, terdapat juga Raja yang bergabung dengan kerajaan yang tidak demokratik. Misalnya, sewaktu Perang Dunia II, raja Jepun bergabung dengan kerajaan tentera yang dipimpin seorang diktator.
Sesetengah Raja berperlembagaan adalah berlandaskan Sistem Perwarisan atau mewarisi takhta; manakala yang lain, adalah melalui sistem demokratik seperti di Malaysia di mana Yang di-Pertuan Agong adalah dipilih oleh Majlis Raja-Raja setiap lima tahun.
Sejarah سجاره[sunting | sunting sumber]
Sistem raja berpelembagaan telah dimulakan di England selepas pemberontakan Glorious Revolution pada 1688. Menurut Richard Buskin, pengarang buku British Royalty, sebab utama pemberontakan Oliver Cromwell yang disokong oleh 15,000 askar ialah semaraknya kemarahan rakyat akibat keengganan Raja Charles I mengadakan persidangan Parlimen kerana bimbang kuasanya akan terjejas. Selepas peristiwa itu, baginda dihukum pancung dan Cromwell dilantik menjadi presiden di mana England menjadi sebuah republik buat seketika waktu. Pemerintahan Cromwell tidak bertahan lama dan selepas lebih kurang 9 tahun berkuasa beliau meninggal dunia akibat malaria. Selepas itu, anak sulungnya Richard mengambil alih kuasa[2] namun hanya memerintah selama setahun. Maka, tanpa pilihan lain, Raja Charles II diangkat semula ke takhta. Namun demikian, raja pada kali ini naik takhta atas persetujuan parlimen dan pada detik itu bermulalah sistem raja berperlembagaan di England sampailah ke hari ini.[3].
Senarai Negara-Negara Raja Berperlembagaan سناراي نݢارا٢ راج برڤرلمباݢاءن[sunting | sunting sumber]
Sehingga ke hari ini, terdapat 43 buah negara mengamalkan sistem raja berpelembagaan di seluruh dunia.
- Antigua dan Barbuda (Ratu Elizabeth II)
- Australia (Ratu Elizabeth II)
- Bahamas (Ratu Elizabeth II)
- Barbados (Ratu Elizabeth II)
- Belanda (Raja Willem-Alexander)
- Belgium (Raja Philippe)
- Belize (Ratu Elizabeth II)
- Denmark (Ratu Margrethe II)
- Emiriah Arab Bersatu (Yang Mulia Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahayan)
- Greenland (Ratu Margrethe II)
- Grenada (Ratu Elizabeth II)
- Jamaika (Ratu Elizabeth II)
- Jepun (Maharaja Naruhito)
- Jordan (Raja Abdullah II )
- Kanada (Ratu Elizabeth II)
- Kemboja (Raja Norodom Sihamoni)
- Liechtenstein (Putera Hans Adam II)
- Luxembourg (Duke Besar Henri)
- Maghribi (Raja Mohammed VI)
- Malaysia (Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah)
- Monaco (Putera Albert II)
- New Zealand (Ratu Elizabeth II)
- Norway (Raja Harald V)
- Papua New Guinea (Ratu Elizabeth II)
- Saint Kitts dan Nevis (Ratu Elizabeth II)
- Saint Lucia (Ratu Elizabeth II)
- Saint Vincent dan the Grenadines (Ratu Elizabeth II)
- Kepulauan Solomon (Ratu Elizabeth II)
- Sepanyol (Raja Juan Carlos I)
- Sweden (Raja Carl XVI Gustaf)
- Thailand (Raja Maha Vajiralongkorn)
- Tonga (Ratu Elizabeth II)
- Tuvalu (Ratu Elizabeth II)
- United Kingdom (Ratu Elizabeth II)
Antigua dan Barbuda
Australia
Bahamas
Barbados
Belgium
Belize
Bhutan
Cambodia
Kanada
Denmark
Emiriah Arab Bersatu
Grenada
Jamaica
Jepun
Jordan
Kuwait
Lesotho
Liechtenstein
Luxembourg
Malaysia
Monaco
Maghribi
Belanda
New Zealand
Norway
Papua New Guinea
Saint Kitts dan Nevis
Saint Lucia
Saint Vincent dan Kepulauan Grenadine
Kepulauan Solomon
Sepanyol
Sweden
Thailand
Tonga
Tuvalu
United Kingdom
Lihat Juga ليهت جوݢ[sunting | sunting sumber]
Nota dan rujukan نوتا دان روجوعن[sunting | sunting sumber]
- ^ "Raja berperlembagaan". Majlis Keselamatan Negara (MKN).
- ^ "Oliver Cromwell, 1599-1658". David Plant.
- ^ Adam Kadir. "Menghayati maksud raja berperlembagaan", Utusan Malaysia. 24 Mac 2008