Pergi ke kandungan

Rajapathy Kuppusamy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rajapathy Kuppusamy
ராஜபதி குப்புசாமி
Ahli
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang
(Kesihatan, Kebajikan, dan Masyarakat Penyayang)
Dalam jawatan
1999–2004
Ketua MenteriKoh Tsu Koon
Didahului olehIbrahim Yaakob
(Kesihatan)
Kee Phaik Cheen
(Kebajikan)
Digantikan olehSubbaiyah Palaniappan
Kawasan pilihan rayaPerai
Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
bagi Perai
Dalam jawatan
25 April 1995  8 Mac 2008
Didahului olehValli Muthusamy
(BNMIC)
Digantikan olehRamasamy Palanisamy
(PRDAP)
Majoriti1,690 (1995)
2,739 (1999)
583 (2004)
Maklumat peribadi
Lahir
Rajapathy a/l Kuppusamy

(1946-06-10) 10 Jun 1946 (umur 80)[1]
Pulau Pinang, Malayan Union
KewarganegaraanMalaysia
Parti politikKongres India Malaysia (MIC)
Gabungan politik
lain
Barisan Nasional (BN)
PekerjaanAhli Politik

Rajapathy a/l Kuppusamy (Tamil:ராஜபதி குப்புசாமி, Rājapati kuppucāmi) ialah seorang ahli politik Malaysia berketurunan India yang pernah aktif dalam Kongres India Malaysia (MIC), sebuah parti komponen dalam gabungan Barisan Nasional (BN). Beliau memainkan peranan penting dalam politik negeri Pulau Pinang, terutamanya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perai, sekitar pertengahan 1990-an hingga awal 2000-an[2]. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang dari tahun 1999 ke 2004 bagi Kesihatan, Kebajikan, dan Masyarakat Penyayang.[3]

Kerjaya Politik

[sunting | sunting sumber]

ADUN Perai

[sunting | sunting sumber]

Rajapathy dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kawasan Perai dalam pilihan raya tahun 1995. Beliau mencatat kejayaan mengejut apabila menewaskan tokoh veteran DAP, P. Patto. Beliau memegang jawatan ini sehingga tahun 2008.[4][5]

Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang

[sunting | sunting sumber]

Beliau dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Pulau Pinang dari tahun 1995 hingga 2004, memainkan peranan dalam pentadbiran negeri.

Pengerusi Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang

[sunting | sunting sumber]

Rajapathy juga merupakan pengerusi Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang sejak tahun 1996, yang menguruskan hal ehwal berkaitan institusi keagamaan Hindu di negeri itu.

Jawatan dalam MIC

[sunting | sunting sumber]

Beliau dilantik sebagai Pengerusi MIC Pulau Pinang pada tahun 1996 dan dipilih sebagai ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC pada tahun yang sama, menunjukkan pengaruh dan peranannya yang penting dalam parti.

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang[6][7]
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
1995 N09 Perai Rajapathy Kuppusamy (MIC) 9,047 55.15% Patto Perumal (DAP) 7,357 45.85% 16,849 1,690 72.86%
1999 Rajapathy Kuppusamy (MIC) 9,174 58.10% Neelamekan Selamutu (DAP) 6,435 40.75% 16,176 2,739 70.27%
Vijayakumari Karuppayah (Bebas) 182 1.15%
2004 N16 Perai Rajapathy Kuppusamy (MIC) 5,060 53.06% Chong Eng (DAP) 4,477 46.94% 9,748 583 70.57%
  1. "SENARAI PENERIMA DARJAH-DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT-PINGAT KEHORMATAN NEGERI PULAU PINANG 2004" (PDF). Warta Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
  2. https://www.themalaysianinsight.com/s/449146
  3. https://adun.penang.gov.my/soalan/displayportal?soal_id=1063&pers_id=39
  4. https://undi.info/seat/PN.N.PERAI
  5. https://www.themalaysianinsight.com/s/445035
  6. "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 September 2011. Dicapai pada 27 May 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan) Percentage figures based on total turnout.
  7. "Keputusan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri 2013". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 11 May 2013.[pautan mati kekal] Percentage figures based on total turnout.