Rajendran Rengasamy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rajendran Rengasamy dilahirkan di Ipoh, Perak pada tahun 1965. Beliau menerima pendidikan awal di SR Methodist, Tanjung Rambutan, Sekolah Aminuddin Baki, Chemor dan Sekolah Raja Chulan sehingga tamat STPM (1984) sebelum menuntut dalam bidang perakaunan di politeknik Ungku Omar, Ipoh. Cerpen beliau pernah memenangi hadiah penghargaan Hadiah Cerpen Malayan Banking-DBP I & III. Mengikut maklumat terakhir dalam antologi cerpen Tanpa Mengira Warna (DBP: 1993), Rajendran bertugas sebagai Pegawai Akaun di Ipoh.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]