Raline Shah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Raline Shah
Raline Shah on Festival Film Indonesia 2015.jpg
Raline di Festival Film Indonesia 2015.
Kelahiran
Raline Rahmat Shah Simalungun

(1985-03-04) 4 Mac 1985 (umur 37)
PendidikanIjazah B.A dalam Sains Politik dan Media & Komunikasi Baru (Kepujian)
Pusat pendidikanUniversiti Kebangsaan Singapura
Pekerjaan
Tahun aktif2008 - kini
Ketinggian171 cm (5 ka 7 in)
Ibu bapaRahmat Shah (bapa)
Roseline Rahmat (ibu)
SaudaraRollin Shah (adik)
Rollan Shah (adik)
Laman web rasmiwww.ralineshah.com

Raline Rahmat Shah Simalungun atau yang lebih akrab dipanggil ”Raline Shah” (lahir di Jakarta, 4 Mac 1985; umur 37 tahun) ialah seorang pelakon, tokoh masyarakat, dan usahawan Indonesia.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Beliau mula bergiat aktif sebagai salah seorang finalis Puteri Indonesia 2008 dan menjadi peserta paling diminati.[1][2] Beliau terkenal di Malaysia menerusi lakonannya dalam filem Polis EVO 2 (dikenali sebagai Police Evo di Indonesia).[3]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Raline dilahirkan pada 4 Mac 1985 di Jakarta kepada ibu bapanya, Rahmat Shah berasal dari Medan, Sumatera Utara dan Roseline Rahmat, ialah seorang suri rumah yang juga aktif dalam kegiatan sosial dan kini menjadi pengerusi YPAC Medan. Raline ialah anak sulung daripada tiga beradik dan mempunyai dua adik lelaki—Rollin dan Rollan. Bapanya ialah ahli perniagaan, diplomat, dan ahli politik (tahun 1999 terpilih menjadi anggota Majelis Permusyawaratan Rakyat Utusan Daerah Sumatera Utara), banyak membina dan memimpin organisasi. Beliau menerima pendidikan tinggi dari Universiti Kebangsaan Singapura (NSU) dalam bidang sains politik, dan mendapat ijazah B.A dalam Sains Politik dan Media & Komunikasi Baru (Kepujian).[4]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Raline memegang watak Meirose dalam filem Surga yang Tak Dirindukan (2015) arahan Kuntz Agos, yang turut dibintangi oleh Fedi Nuril, Laudya Chintya Bella dan Zaskia Adya Mecca. Beliau kembali melakonkan watak sama dalam kesinambungannya yang ditayangkan pada 2017 arahan Hanung Bramantyo.[5] Beliau turut menyumbangkan suaranya untuk runut bunyi filem ini yang bertajuk "Kekasih di Surga".[6] Beliau seterusnya muncul bersama lagu "Jadi Milikku", berduet bersama Marcell.[7][8]

Pada 22 November 2018, Raline memegang watak sebagai Rian, pegawai Polis Republik Indonesia (POLRI) dalam filem Polis EVO 2, yang ditayangkan di Indonesia pada 18 April 2019 dengan judul Police Evo dan menampilkan poster berbeza, ia menjadi filem Polis EVO pertama yang ditayangkan di sana.[9][10] Beliau dilaporkan sanggup menolak tawaran lain semata-mata bagi menjayakan filem ini.[11]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Pada April 2019, Raline telah dipanggil oleh polis Korea Selatan bagi membantu siasatan terhadap penyanyi dan bekas ahli kumpulan Big Bang, Seungri yang berhadapan dengan tuduhan terbabit aktiviti pelacuran. Menurut laporan Allkpop, beliau terpalit dengan kontroversi tersebut ekoran foto yang memperlihatkan beliau berada di acara sambutan hari lahir Seungri yang diadakan di Filipina pada 2017.[12][13]

Cabang lain[sunting | sunting sumber]

Pada 8 Ogos 2017, Raline dilantik sebagai pengarah bebas Indonesia AirAsia, anak syarikat Indonesia milik syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia.[14][15][16]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem
Tahun Tajuk Peranan Catatan
2012 5 cm Riani
2013 99 Cahaya di Langit Eropa Fatma
2014 99 Cahaya di Langit Eropa Part 2 Fatma
Supernova Rana
2015 Surga yang Tak Dirindukan Meirose
2016 Terpana Adaline
2017 Surga yang Tak Dirindukan 2 Meirose
2018 Polis EVO 2 Rian

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single
Tahun Tajuk Catatan
2015
"Kekasih di Surga"
OST Surga Yang Tak Dirindukan
2017
"Jadi Milikku"
Duet bersama Marcell

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2014 Festival Film Bandung 2014 Pemeran Pembantu Wanita Terpuji Tercalon
2015 Festival Film Bandung 2015 Pemeran Pembantu Wanita Terpuji Menang
Festival Film Indonesia 2015 Piala Citra untuk Pemeran Pendukung Wanita Terbaik Tercalon
2016 Indonesia Box Office Movie Awards 2016 Pemeran Pendukung Wanita Terbaik Tercalon
2018 Indonesian Box Office Movie Awards 2018 Pemeran Pendukung Wanita Terbaik Tercalon
Ensemble Talent Terbaik (bersama Fedi Nuril, Laudya Cynthia Bella, dan Reza Rahadian) Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Profil Raline Shah, inilah model yang disebut-sebut bakal... (Julai 2010). Dicapai pada 22 Disember 2013.
  2. ^ Rachmawati, Yunita (2 August 2008). "Raline Rahmat Shah, Siap Melaju ke 'Putri Indonesia'". Kapanlagi.com. Dicapai pada 16 March 2019.
  3. ^ Shelbi Asrianti (11 April 2019). Police Evo soroti kisah polisi dan kemanusiaan Republik.co.id. Dicapai pada 23 Jun 2019.
  4. ^ Biodata Raline Shah Diarkibkan 2016-11-02 di Wayback Machine Biodata Lengkap (April 2016). Dicapai pada April 2016.
  5. ^ "Surga Yang Tak Dirindukan 2 raih kutipan lebih RM2 juta". utusan.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-07. Dicapai pada 2017-02-28.
  6. ^ Nor Eryani Yusop (11 March 2017). Keutamaan, falsafah Raline Shah Kosmo!. Retrieved on June 30, 2017.
  7. ^ Jadi Milikku, kolaborasi syahdu Marcell and Raline Shah Kumparan (25 July 2017). Retrieved on 1 August 2017.
  8. ^ Kolaborasi dengan Marcell, bukti Raline Shah juga jago nyanyi Brilio (25 August 2017). Retrieved on 25 August 2017.
  9. ^ Eric Iskandarsjah (18 April 2019). Kisah adu kuat polisi dan teroris dalam Police Evo Republik.co.id. Dicapai pada 23 Jun 2019.
  10. ^ Ruly Riantrisnanto (18 Mac 2019). Police Evo, debut Raline Shah di film action bakal tayang April 2019 Liputan6. Dicapai pada 23 Jun 2019.
  11. ^ Kemalia Othman (11 November 2018). "Demi 'Polis Evo 2', Raline Shah tolak tawaran lain 2 tahun". MStar Online. Dicapai pada 24 November 2017.
  12. ^ Raline Shah buka mulut isu kes aktiviti pelacuran Seungri mStar Online (12 April 2019). Dicapai pada 2 Julai 2019.
  13. ^ Indonesian actress Raline Shah Opens Up About Her Presence at Seungri’s Birthday in 2017 Allkpop (10 April 2019). Dicapai pada 2 Julai 2019.
  14. ^ Actress Raline Shah appointed independent director of AirAsia Indonesia The Star Online (8 August 2017). Retrieved on 10 August 2017.
  15. ^ Actress Raline Shah joins AirAsia Indonesia The Jakarta Post (8 August 2017). Retrieved on 10 August 2017.
  16. ^ Selebriti Raline Shah dilantik pengarah AirAsia Indonesia Astro Awani (8 August 2017). Retrieved on August 10, 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]