Rama-rama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rama-rama
frames
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Artropoda
Kelas: Insecta
Order: Lepidoptera


Rama-rama (bahasa Inggeris: moth) merupakan sejenis serangga dalam pengkelasan dikelompokkan kepada order Lepidoptera, sama seperti kupu-kupu. Pembahagian susunan Lepidoptera kepada rama-rama dan kupu-kupu merupakan pembahagian popular, namun bukan merupakan pembahagian taksonomi saintifik.

Kupu-kupu dan rama-rama[sunting | sunting sumber]

Ramai orang keliru antara kupu-kupu dan rama-rama. Perbezaan fizikal utama ialah pada sesungutnya. Kebanyakan kupu-kupu mempunyai sesungut berfilamen yang langsing dan berbentuk belantan di hujungnya. Sesungut rama-rama pula lebih berbulu.

Perbezaan lain ialah rama-rama akan merentangkan sayapnya apabila berehat, sementara kupu-kupu sayapnya terlipat tegak di atas tubuh pada waktu berehat.

Kebanyakan kupu-kupu aktif pada siang hari dan oleh itu berwarna-warni, manakala rama-rama aktif pada malam hari dan tertarik kepada cahaya lampu.

Galeri[sunting | sunting sumber]