Rama-rama Tebuan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bagi kapal terbang bersayap kembar British 1930-an, lihat de Havilland Hornet Moth.

Rama-rama Tebuan
Sesia apiformis on leaf.jpg
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Artropoda
Kelas: Serangga
Order: Lepidoptera
Suborder: Ditrysia
Superkeluarga: Sesioidea
Keluarga: Sesiidae
Genus: Sesia
Spesies: S. apiformis
Nama binomial
Sesia apiformis

Rama-rama Tebuan (Sesia apiformis) merupakan rama-rama yang besar di mana bentuk fizikalnya seakan-akan tebuan, namun ia tidak berbahaya.

Pengecaman[sunting | sunting sumber]

Rama-rama Tebuan mudah dikelirukan dengan tebuan sebenar dan Rama-rama Tebuan Bulan. Rama-rama ini sebesar tebuan malah tingkah lakunya serupa apa yang dilakukan tebuan yakni terbang tersentak-sentak apabila diganggu tetapi ia mempunyai lebih warna kuning dan tiada pinggang di antara abdomen dan toraks. Rama-rama Tebuan Bulan memiliki warna kuning yang sedikit pada kepala dan bahu dan berkolar hitam, tidak seperti Rama-rama Tebuan yang berkolar kuning.

Penerangan[sunting | sunting sumber]

Rama-rama Tebuan sedang mengawan.

Rama-rama Tebuan memiliki rentang kepak berukuran antara 33 hingga 48 mm dan kepak hadapan antara 17 hingga 21 mm.[1][2] Ia terbang pada pertengahan bulan Jun hingga Julai, kadangkala hingga Ogos dan boleh ditemui di bawah batang pokok poplar seawal pagi.

Jangka hayat[sunting | sunting sumber]

Kemandirian musim sejuknya sebagai larva adalah sekali dan kadangkala dua kali, selepas ia berada dalam kokun bagi musim sejuk seterusnya. Rama-rama Tebuan dewasa sering dijumpai pada pokok poplar berturut-turut selepas kemunculannya. Rama-rama Tebuan betina pula bertelur di dasar pokok poplar, makanan bagi larva. Larva menetas dan hanya makan di bawah permukaan kulit kayu, berhampiran tanah atau di bawahnya seperti akar.[3] Lubang keluar selalunya dilihat berdekatan dasar pokok poplar dan mungkin terdapat kelongsong kepompong di situ.

Habitat[sunting | sunting sumber]

Taman, tumbuhan pagar, balapan golf, kuari, tanah paya, pinggir ladang dan tepi tasik. Pokok dalam habitat terbuka yang dikelilingi dengan sedikit tumbuh-tumbuhan merupakan kesukaannya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "UKMoths: Hornet Moth Sesia apiformis". UKMoths.org. Dicapai 14 September.  Parameter |accessyear= tidak diketahui diabaikan (guna |access-date=) (bantuan); Check date values in: |access-date= (bantuan)
  2. ^ "The Moths of Suffolk: Sesia apiformis". Dicapai 14 September.  Parameter |accessyear= tidak diketahui diabaikan (guna |access-date=) (bantuan); Check date values in: |access-date= (bantuan)
  3. ^ "Sesia apiformis (Clerck, 1759)". Dicapai 14 September.  Parameter |accessyear= tidak diketahui diabaikan (guna |access-date=) (bantuan); Check date values in: |access-date= (bantuan)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]