Rama Duwaji
Rama Duwaji Mamdani | |
|---|---|
| Wanita Pertama New York City | |
| Dijangka mula menjawat 1 Januari 2026 | |
| Datuk Bandar | Zohran Mamdani (menjawat) |
| Menggantikan | Tracey Collins (de facto) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Rama Sawaf Duwaji 30 Jun 1997 Houston, Texas, AS |
| Pasangan | Zohran Mamdani (k. 25) |
| Pendidikan | |
| Pekerjaan |
|
| Laman web | ramaduwaji.com |
Rama Sawaf Duwaji Mamdani (née Duwaji; lahir 30 Jun 1997) ialah seorang animator dan ahli seramik Amerika-Syria. Sepanjang kerjayanya, ilustrasinya telah banyak diserlahkan dalam The New Yorker, The Washington Post dan Tate Modern. Duwaji dikenal sebagai seorang seniwati yang membuat karya mengenai Genosid Gaza dan Pembunuhan Al-Fashir di Sudan.[1]
Duwaji adalah isteri daripada ahli politik Amerika-Uganda, Zohran Mamdani yang telah menang sebagai datuk bandar New York City pada pilihan raya 2025. Duwaji akan memegang jawatan sebagai Nyonya Besar New York City pada 1 Januari 2026.
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Rama Sawaf Duwaji lahir dan membesar di Houston, Texas. Beliau berasal dari keluarga Arab di Syria. Ayahnya ialah ketua CEO syarikat teknologi, sedangkan ibunya seorang dokter. Keluarga mereka memutuskan untuk pindah ke Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu semasa berumur 9 tahun. Duwaji semasa kecilnya dikenal sebagai anak yang pendiam, beberapa kali dia dimarahi oleh gurunya kerana diam-diam menggambar semasa pelajaran darjah di buku nota. Duwaji melanjutkan pendidikan tinggi selepas menamatkan sekolah menengah di Doha, Qatar. Duwaji kemudian pindah ke Richmond, Virginia dan menamatkan gelar bachelor pada 2019 dengan peringkat cum laude.
Pada 2021, Duwaji bertemu dengan seorang ahli politik Amerika-Uganda, Zohran Mamdani dari perjodohan kedua orang tua mereka. Keduanya menikah pada Februari 2025, walimah diadakan di New York dan Kampala, Uganda.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Sutherland, Callum. "Meet Rama Duwaji, the Artist Who Met Zohran Mamdani on Hinge". TIME (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-11-09.