Pergi ke kandungan

Ramanan Ramakrishnan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ramanan Ramakrishnan
Menteri Sumber Manusia Malaysia
Menyandang jawatan
17 Disember 2025
RajaSultan Ibrahim Ismail
Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Timbalan MenteriKhairul Firdaus Akbar Khan
Didahului oleh Steven Sim Chee Keong
Pengerusi Jawatankuasa Khas Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA)
Menyandang jawatan
18 April 2023
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
MenteriJabatan Perdana Menteri Malaysia
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Sungai Buloh, Selangor
Menyandang jawatan
19 Disember 2022
Didahului oleh Sivarasa Rasiah
Majoriti2,693 (PRU-15)
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia
Dalam jawatan
12 Disember 2023 – 16 Disember 2025
RajaSultan Ibrahim Ismail
Al-Sultan Abdullah
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
MenteriEwon Benedick
Didahului oleh Saraswathy Kandasami
Digantikan oleh Mohamad Alamin
Maklumat peribadi
Lahir (1981-02-11) 11 Februari 1981 (umur 45)
Kuala Lumpur, Malaysia
Parti politikKongres India Malaysia (BN) (dahulu)
Parti Keadilan Rakyat (PH)
PertalianDevaki Krishnan (nenek)
Tempat belajarUniversiti Teknologi Queensland
PekerjaanAhli politik
Bidang pengkhususanUsahawan

Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan (Tamil: ரமணன் ராமகிருஷ்ணன்; lahir 11 Februari 1981) ialah ahli politik Malaysia berketurunan India. Beliau kini berkhidmat sebagai Menteri Sumber Manusia Malaysia. Sebelumnya adalah Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia dan Ahli Parlimen Sungai Buloh mewakili PH-PKR.Beliau berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) dari April 2023 hingga Februari 2024.

Beliau juga merupakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR)[1] meraih undi kedua tertinggi dalam Pemilihan 2025-2028 selepas Menteri Besar Selangor Dato' Seri Amirudin Shari dan dibelakang Ramanan ikuti Menteri Besar Negeri Sembilan Dato' Seri Aminuddin Harun dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia Chang Lih Kang.

Ramanan juga merupakan Ketua Cabang Sungai Buloh dimana beliau menang tanpa bertanding pada pemilihan peringkat Cabang PKR yang telah berlalu pada awal tahun 2025. [2]

Ramanan terkenal di kawasan parlimen Sungai Buloh sentiasa menyumbang keseluruhan gaji dan elaunnya kepada hampir 100 rumah ibadat termasuk Masjid, Surau, Tokong Cina, Kuil Hindu dan Gereja dalam kawasan Parlimen Sungai Buloh sejak menang sebagai Ahli Parlimen pada Disember 2022.[3]

Latar Belakang dan Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan pada 11 Februari 1981 di Kuala Lumpur, Ramanan berasal dari keluarga yang aktif dalam politik. Nenek beliau, Tan Sri Devaki Krishnan, merupakan wanita pertama yang dipilih ke jawatan awam di Malaysia pada tahun 1952.[4][5][6][7]Dari segi pendidikan, beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Teknologi dalam Kejuruteraan Mekanikal dari Queensland University of Technology (QUT), Australia

Karier Politik

[sunting | sunting sumber]

Ramanan memulakan kerjaya politiknya dalam Parti Kongres India Malaysia (MIC) dan Barisan Nasional (BN) sebelum menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada tahun 2020. Beliau kini memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Penerangan PKR dan Naib Presiden parti tersebut sejak Mei 2025. Wikipedia

Beliau pernah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) dari April 2023 hingga Februari 2024.

Keputusan Pilihan Raya

[sunting | sunting sumber]
Parlimen Malaysia[8]
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2022 P107 Sungai Buloh Ramanan Ramakrishnan (PKR) 50,943 39.30% Khairy Jamaluddin (UMNO) 48,250 37.22% 130,846 2,693 82.00%
Mohd Ghazali Md Hamin (PAS) 29,060 22.42%
Mohd Akmal Mohd Yusoff (PEJUANG) 829 0.64%
Ahmad Zuhri Faisal (PRM) 279 0.22%
Syed Razak Alsagoff (BEBAS) 165 0.13%
Nurhaslinda Basri (BEBAS) 113 0.09%
  1. ^ "Rasmi: Amirudin, Aminuddin, Chang kekal naib presiden, Ramanan muka baru". Malaysiakini. 2025-05-23. Dicapai pada 2025-05-27.
  2. ^ www.astroawani.com https://www.astroawani.com/berita-politik/ramanan-menang-tanpa-bertanding-ketua-cabang-pkr-sungai-buloh-512970. Dicapai pada 2025-05-27. Missing or empty |title= (bantuan)
  3. ^ BERNAMA (2025-03-09). "Ramanan serah elaun, gaji kepada 6 surau sekitar Sungai Buloh sempena Ramadan". Berita Harian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-05-27.
  4. ^ BERNAMA (2023-12-12). "RAMANAN CONTINUES GRANDMOTHER'S LEGACY WITH APPOINTMENT AS DEPUTY MINISTER". BERNAMA (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-12-12.
  5. ^ Vengadesan, Martin (2024-01-21). "Pioneering politician Devaki Krishnan dies aged 100". Malaysiakini. Dicapai pada 2024-02-08.
  6. ^ BERNAMA (2023-12-12). "RAMANAN CONTINUES GRANDMOTHER'S LEGACY WITH APPOINTMENT AS DEPUTY MINISTER". BERNAMA (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-12-12.
  7. ^ Vengadesan, Martin (2024-01-21). "Pioneering politician Devaki Krishnan dies aged 100". Malaysiakini. Dicapai pada 2024-02-08.
  8. ^ "MySPRSemak". mysprsemak.spr.gov.my. Dicapai pada 2025-05-27.
  9. ^ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1297440/al-sultan-abdullah-kurnia-darjah-kebesaran-pingat-kepada-27-penerima