Rambut Mohawk

Rambut Mohawk ialah sejenis gaya rambut di mana dua belah sisi kepala dicukur sampai botak licin namun sebaris rambut dibiarkan menonjol di bahagian tengahnya. Ia merupakan antara gaya paling lazim dilihat dalam subbudaya punk.
Nama "Mohawk" ini datang daripada masyarakat peribumi Mohawk, yang menduduki lembah Mohawk di pedalaman negeri New York[1] namun penamaannya tidak begitu ditonjolkan sehingga munculnya filem koboi Drums Along the Mohawk (1938) lakonan Henry Fonda.
Penggunaan Sejarah[sunting | sunting sumber]
Gaya rambut ini telah wujud di pelbagai bahagian dunia selama beribu-ribu tahun. Sebagai contoh, Lelaki Clonycavan, mayat rawa lelaki berusia 2000 tahun yang ditemui berhampiran Dublin, Ireland, pada tahun 2003, didapati memakai gaya rambut mohawk yang disusun dengan minyak tumbuhan dan resin pain.[2][3] Herodotus menyatakan bahawa suku Macai, sebuah puak Libya utara, "mencukur rambut mereka supaya tinggal berkas, membiarkan bahagian tengah rambut mereka tumbuh panjang, tetapi di sekelilingnya dicukur rapat ke kulit."[4][5][6] Di kalangan Orang Pawnee, yang secara sejarah tinggal di kawasan Nebraska dan utara Kansas, gaya rambut "mohawk" adalah lazim.
Apabila pergi berperang, Cossack Ukraine abad ke-16 akan mencukur kepala mereka, meninggalkan sebahagian panjang di tengah. Gaya rambut ini dikenali sebagai oseledets atau chupryna, dan sering dikepang atau diikat dalam topknot.[7][8][9]
Semasa Perang Dunia II, ramai GIs Amerika, khususnya paratrooper dari 17th Airborne Division, mengenakan mohawk untuk mengugat musuh-musuh mereka.[10][11] Ia juga kadang-kadang dipakai oleh tentera Amerika semasa Perang Vietnam.[12][13] Pada awal tahun 1950-an, mohawk dipakai oleh beberapa ahli muzik jazz seperti Sonny Rollins.[14][15]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Facts for Kids: Mohawk Indians (Mohawks)". www.bigorrin.org.
- ^ "Ireland Bog Bodies". Yahoo! News. Reuters. 1 Ogos 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Ogos 2006.
- ^ "Record Holder Profile: Kazuhiro Watanabe, the world's tallest mohican hairstyle". Guinness World Records (dalam bahasa Inggeris). 13 September 2012.
- ^ Herodotus. "Sejarah Herodotus, Buku IV, bab 175" – melalui Project Gutenberg.
- ^ Stephenson, Kristen (27 August 2020). "World's tallest mohawk takes the Guinness World Records 2021 edition to new heights". Guinness World Records (dalam bahasa Inggeris).
- ^ Johnson, Lauren M. (16 September 2020). "There is a new world record for tallest mohawk and it's a hair-raising accomplishment". CNN (dalam bahasa Inggeris).
- ^ Thompson, Ewa M. (1991). The Search for Self-definition in Russian Literature (ed. 1st). Amsterdam: John Benjamins Publishing. m/s. 22. ISBN 90-272-2213-4.
- ^ "Definition of Mohawk". education.yahoo.com. Diarkibkan daripada yang asal pada July 18, 2011. Dicapai pada May 24, 2011.
- ^ "Mohican". Oxford Dictionaries – English. Diarkibkan daripada yang asal pada December 4, 2011.
- ^ "Four Hours of Fury". Scribner. Dicapai pada April 21, 2020.
- ^ "Facts for Kids: Mohawk Indians (Mohawks)". www.bigorrin.org.
- ^ "wholesale vietnamese hair". apohair.com (dalam bahasa Inggeris). 2020-02-07. Dicapai pada 2023-12-02.
- ^ "Biography for Victor Magnotta". IMDb. Dicapai pada May 25, 2013.
- ^ "Sonny Rollins wore a Mohawk hairstyle". Audiophile Life. Dicapai pada May 25, 2013.
- ^ "Lost & Found: Sonny Rollins Interview". Lament For A Straight Line. July 23, 2009. Dicapai pada May 25, 2013.