Rambut puteri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rambut puteri
Rambut puteri di Pantai
Kanaio, Maui, Hawaii

Kelihatan terlindung (NatureServe)[1]
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Angiosperma
Klad: Magnoliid
Order: Laurales
Keluarga: Lauraceae
Genus: Cassytha
Spesies:
C. filiformis
Nama binomial
Cassytha filiformis
Sinonim[3]
Senarai
    • Calodium cochinchinense Lour.
    • Calodium cochinchinensis Lour.
    • Cassytha americana Nees
    • Cassytha americana var. brachystachya Meisn.
    • Cassytha americana var. brasiliensis (Mart. ex Nees) Meisn.
    • Cassytha americana var. puberula Meisn.
    • Cassytha aphylla Raeusch.
    • Cassytha archboldiana C.K.Allen
    • Cassytha brasiliensis Mart. ex Nees
    • Cassytha corniculata Burm.f.
    • Cuscuta reflexa Roxb.
    • Cassytha cuscutiformis F. Muell.
    • Cassytha dissitiflora Meisn.
    • Cassytha filiformis var. pseudopubescens Domin
    • Cassytha filiformis f. pycnantha Domin
    • Cassytha guineensis Schumach. & Thonn.
    • Cassytha lifuensis Guillaumin
    • Cassytha macrocarpa Guillaumin
    • Cassytha novoguineensis Kaneh. & Hatus.
    • Cassytha paradoxae Proctor
    • Cassytha senegalensis A.Chev.
    • Cassytha timoriensis Gand.
    • Cassytha zeylanica Gaertn.
    • Rumputris fasciculata Raf.
    • Spironema aphylla Raf.
    • Volutella aphylla Forssk.

Rambut puteri atau tali puteri (nama botani: Cassytha filiformis)[4] ialah sejenis tumbuhan parasit dalam keluarga Lauraceae.[3][5] Spesies ini ditemukan di hutan-hutan pantai tropika Asia Tenggara, Australasia, Polinesia dan Afrika.[6][7][8]

Botani[sunting | sunting sumber]

Rumpun rambut puteri menutup sebatang pokok.

Batang-batang[sunting | sunting sumber]

Pokok rambut puteri menjalar dengan batang berongga yang berwarna kuning, jingga atau hijau pucat dengan ukuran 3–8 meter panjang. Batang-batangnya menumbuhkan sulur yang melekat kepada tumbuhan perumahnya. Sulur-sulur batang menembus membran floem dan xilem sel menggunakan haustorium untuk menyerap air dan nutrien dalam tempoh yang lama sehingga tumbuhan perumah layu dan mati.[5][6]

Daun-daunnya kecil 1 mm panjang, berbentuk sisik dan tumbuh di hujung batang.[5][7]

Bunga dan buah[sunting | sunting sumber]

Bunga-bunga rambut puteri kecil dan muncul pada bulir 1–2 sm panjang bertangkai pendek. Sekuntum bunga rambut puteri mempunyai tiga kelopak luar yang bujur 1 mm panjang dan tiga kelopak dalam berukuran 2.5 mm panjang. Setiap kuntum bunga mempunyai sulur yang lebar dan licin dengan hujung tajam yang melengkung seperti bentuk paruh.[6]

Buah rambut puteri jenis drup bulat dan berwarna putih dengan ukuran garis pusat 7 mm. Isinya dimakan burung yang menyebarkan biji-biji benihnya.[5][7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Cassytha filiformis". NatureServe Explorer. NatureServe. 2023. Dicapai pada 5 Mac 2023.
  2. ^ "Cassytha filiformis". Rangkaian Maklumat Sumber Germplasma (GRIN). Perkhidmatan Penyelidikan Pertanian, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat. Dicapai pada 5 Mac 2023.
  3. ^ a b "Cassytha filiformis L." World Flora Online. World Flora Consortium. 2023. Dicapai pada 5 Mac 2023.
  4. ^ "Cassytha filiformis". Kamus Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  5. ^ a b c d Tan, Ria (13 Januari 2023). "Rambut putri (Cassytha filiformis)". Wild Singapore. Dicapai pada 5 Mac 2023.
  6. ^ a b c Nelson, Scot C. (July 2008). "Cassytha filiformis" (PDF). Plant Disease. Kolej Pertanian Tropika dan Sumber Manusia, Universiti Hawaiʻi di Mānoa. 42: 1–10.
  7. ^ a b c "Cassytha filiformis Linnaeus, Sp. Pl. 1: 35. 1753". Flora of North America. eFlora. n.d. Dicapai pada 5 Mac 2023.
  8. ^ Correll, Donovan Stewart; Johnston, Marshall Conring (1970). Manual of the Vascular Plants of Texas. Universiti Texas di Dallas.