Ramlan Abdul Aziz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz adalah Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) yang terletak di Bukit Jalil.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Dr Ramlan adalah lulusan Sarjana Sains dan Perubatan Sukan, University of London mempunyai pengalaman lebih 22 tahun dalam bidang perubatan dan sains sukan bermula sebagai pegawai perubatan di ISN.

Penulisan[sunting | sunting sumber]

Beliau menghasilkan tiga buah buku berkaitan sains sukan :

  1. 'Buku Panduan Perubatan untuk Jurulatih-jurulatih di Malaysia' (1993)
  2. 'Buku Panduan Perubatan Sukan untuk Atlit dan Jurulatih (2001)
  3. 'Case Histories in Joint and Muscle Injury' (2004) (penulis bersama)


Beliau pernah menjadi ketua kontinjen negara ke Sukan SEA 2009 di Vientiane, Laos dan Sukan Para Asia 2010 di Guangzhou, China.

Adamas[sunting | sunting sumber]

Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) telah menubuhkan Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas). Adamas ditubuh pada tahun 2005 , bertindak sebagai badan untuk mengendalikan pemeriksaan anti-doping ketika dan selepas kejohanan sebaliknya memberi pendidikan dan pencegahan. Malaysia menjadi negara anggota Agensi Anti-Doping Dunia (Wada) yang memainkan peranan utama memerangipenyalahgunaan dadah dalam sukan.

Pengambilan dadah dalam sukan bukanlah satu perkara baru sebaliknya perkara itu mula timbul sejak zaman olimpik kuno lagi.Dahulu atlet sukan menggunakan daun-daun, akar kayu, rempah ratus dan organ binatang yang dirasakan mampu memberi kelebihan luar biasa kepada mereka.

Dadah steroid seperti jenis Anabolic steroids boleh mengundang maut dalam jangka masa panjang.Selain itu akan menyebabkan kerosakan kepada organ jantung, buah pinggang, hati, ginjal dan alat kelamin sehingga tidak mampu untuk mendapatkan zuriat.

Dadah jenis Drostanolone Metabolite (meningkatkan prestasi), Metandienone Metabolite (membina otot), propranonol (penenang) dan Anabolic steroids (membina otot) telah disalahguna oleh para atlet Malaysia. Tujuannya untuk menguatkan otot, pengambilandadah jenis ini boleh menyebabkan otot mudah koyak. Psikologi atlet akan menjadi lebih agresif daripada kebiasaannya di mana personaliti atlet boleh menjadi panas baran, ingkar perintah dan tidak mampu melakukan pertimbangan secara normal sehingga boleh bergaduh dengan rakan mahupun dengan jurulatih. Amat tidak berbaloi apabila atlet sanggup menggadaikan kesihatan dan nyawa sendiri sebagai tukaran untuk mendapat pingat dengan jalan mudah sedangkan harga nyawa dan kesihatan adalah jauh lebih mahal daripada itu.


Majlis Sukan Negara, Majlis Olimpik Negara, persatuan sukan kebangsaan dan penguatkuasa undang-undang perlu bergabung tenaga bagi memerangi penggunaan dadah di kalangan atlet. [1]


Rujukan[sunting | sunting sumber]