Ramlang Porigi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ramlang Porigi merupakan bekas imam, jurunikah dan ketua amil di Masjid Wilayah Persekutuan.[1]

Saksi sumpah laknat[sunting | sunting sumber]

Pada 15 Ogos 2008, Ramlang bersama 4 pegawai Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta,Kuala Lumpur menghadiri majlis sumpah laknat Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh penasihat PKR , Datuk Seri Anwar Ibrahim di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008 .[2]

Pada 7 Ogos 2008, Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur , Jalan Duta terhadap pertuduhan itu.

Penafian oleh Khairil Anas[sunting | sunting sumber]

Pada 4 Sptember 2008,Prof Madya Khairil Annas Jusoh selaku Pegawai Khas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan sekeras-kerasnya telah mengenali Ramlang .Beliau juga tidak mengatur majlis sumpah laknat Saiful pada 15 Ogos itu. Artikel dalam Suara Keadilan Bil 145 (27.8.2008-3.9.2008) bertajuk "Najib dalang sumpah-Imam Ramlang Porigi" dan artikel "Siapa malu besar di Permatang Pauh" terbitan akhbar Siasah Bil 0113 (31.8.2008-6.9.2008) adalah tidak benar. Ramlang, Suara Keadilan dan Siasah hendak mengemukakan permohonan terbuka di halaman utama media itu.

Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh menyatakan Ramlang selaku imam tidak mempunyai latar belakang dalam bidang fekah dan berjawatan pegawai rendah.[3]

Dipecat[sunting | sunting sumber]

Ekoran kontroversi itu, Ramlang ditukar serta-merta ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada September 2008 selepas terlibat dalam penjelasan isu semasa kempen Pilihanraya kecil Permatang Pauh 2008 . Peguam bekas imam itu ialah Ahmad Nizam Hamid.

Pada 20 Januari 2009 , Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz mengutus surat pemecatan kerana "bersalah dan dikenakan hukuman buang kerja".Selain itu, sebagai kakitangan awam beliau telah "mencemarkan nama perkhidmatan awam" apabila menyokong pembangkang dengan naik pentas politik dalam kempen Anwar pada 24 Ogos 2008. Pada 16 Januari 2008, mesyuarat Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No 1) Jakim terpaksa mengambil keputusan itu berdasarkan 4 pertuduhan berikut:

  1. berucap di tiga pentas ceramah berasingan di kawasan parlimen Permatang Pauh pada 24 Ogos 2008. Iaitu kira-kira 48 jam sebelum hari pembuangan undi dan mungkin mempengaruhi pola pengundian.
  2. mengadakan sidang media di Penanti, Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 25 Ogos 2008 - bagaimanapun peguam menyatakan kesalahan ke-4 tidak benar.Sidang media diadakan dan disertai oleh Naib Presiden PKR, Mohamad Azmin Ali dan beberapa pemimpin pembangkang.

Wan Mohamad selaku pengerusi Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No 1) Jakim mengambil tindakan berasaskan Peraturan 38(g) Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Jakim menghantar surat tunjuk sebab pada November 2008 sebagai prosedur biasa tindakan tata tertib.

Ramlang kini berehat panjang dan akan mengemukakan rayuan bertulis sebagaimana Peraturan 14 dan 15(1) peraturan yang sama.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]