Ramlee Abu Bakar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Datuk Ramlee Abu Bakar merupakan Ketua Pegawai Eksekutif / CEO FELCRA . [1] Beliau merupakan seorang lulusan akauntan dan sarjana pentadbiran perniagaan dari Universiti Malaya.

Beliau memulakan kerjaya sebagai akauntan di Felcra pada 1988 . Kemudian dilantik sebagai Ketua Pegawai Kewangan Felcra. Seterusnya dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah Sinergi Perdana pada Julai 2013. Beliau juga ahli Institut Akauntan Malaysia.[2]

Felcra disiasat[sunting | sunting sumber]

Pada 27 Mei 2015, Nur Jazlan Mohamed selaku Pengerusi PAC memanggil Datuk Ramlee Abu Bakar bagi meneruskan prosiding yang dijalankan pada November 2014. Prosiding itu adalah mengenai bayaran sagu hati sebanyak RM723,000 kepada anggota Lembaga Pengarah FELCRA sejak 2010 didapati tidak mendapat kelulusan Kementerian Kewangan. Prosiding itu mengenai isu pembayaran 'in-kind' (bukan tunai) yang telah diberikan atau diluluskan oleh Lembaga Pengarah FELCRA untuk 2010 hingga 2012. Turut dipanggil ialah Pengurus Besar Pelaburan FELCRA Adnan Yusof dan bekas CEO FELCRA Datuk Juzilman Basir.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]