Pergi ke kandungan

Ramlee Awang Murshid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ramlee Awang Murshid
Lahir (1967-11-04) 4 November 1967 (umur 58)
Papar, Sabah
Nama penaRamlee Awang Murshid
PekerjaanPenulis, kolumnis
PendidikanUniversiti Kebangsaan Malaysia (Bachelor Komunikasi Massa)
GenreNovel
PasanganDayang Aminah Datu Aliudin (k.1990)
AnakMuhammad Aizuddin

Ramlee Awang Murshid (lahir 4 November 1967) ialah novelis lelaki Malaysia dan juga bekas wartawan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dari 1986 hingga 2010.

Latar Belakang

[sunting | sunting sumber]

Ramlee Awang Murshid dilahirkan pada 4 November 1967 di Papar, Sabah. Beliau bersekolah di Sekolah Rendah Kapayan, Kota Kinabalu dari 1974 hingga 1979. Ramlee menamatkan pengajiannya selama 4 tahun di Kolej Sabah dalam tahun 1984 dan merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).[1]

Beliau pernah melibatkan diri dalam teater sejak zaman remaja lagi. Beliau banyak memainkan peranannya sebagai seorang pengarah, penulis dan juga pelakon. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai wartawan RTM selama lebih 20 tahun bermula 1986. Tugasan kewartawanan ada kalanya membawa Ramlee menjelajah ke pelbagai negara dan menjadi penyumbang besar terhadap karya-karyanya. Sebahagian hasil tulisannya yang berlatarkan negara luar seperti Jepun adalah diinspirasikan daripada pengalamannya.

Dalam dunia penulisan, Ramlee terkenal sebagai novelis seram dan sudah empat kali memenangi sayembara penulisan yang antaranya melalui kejayaan novel Pei Pan yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002.[2]

Pelajar Terbaik Komunikasi Massa 2000 UKM ini[2] menyifatkan kejayaan Pei Pan meninggalkan kenangan paling manis kepada Ramlee kerana beliau penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan bagi hadiah terbabit.

Beliau yang menerima Watikah Penghargaan Khas daripada UKM pada 2001 dan Pelajar Terbaik Keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (2002)[2] sudah menghasilkan lebih 13 buah novel (Rujukan lama, perlu pembaharuan) antaranya ialah Tombiruo, Ranggau, Mandatori, Satu Janji, A.D.A.M, Semangat Hutan dan Rahsia Perindu. Beliau banyak mempertaruhkan elemen seram dan seram ngeri dalam novelnya hingga mendapat julukan sebagai penulis novel thriller.

Novel terbarunya, Bagaikan Puteri, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Sastera Negeri Sabah dan sambutan daripada peminat menyebabkan dia teruja menyambung novel terbabit sehingga lahir trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta.

Adaptasi filem untuk salah satu daripada karyanya; Tombiruo di bawah kerjasama penerbitan Astro Shaw, penerbit buku Karangkraf, Ideate Media dan syarikat penerbitan milik Ramlee sendiri, Layar Sunan. Filem tersebut telah ditayangkan pada tahun 2017.[3]

Novel Mandatori karya beliau juga turut diadaptasi ke drama bersiri 6 episod dan telah ditayangkan pada tahun 2017 di saluran Astro. [4]

Kehidupan Peribadi

[sunting | sunting sumber]

Beliau sudah pun mendirikan rumah tangga dengan Dayang Aminah Datuk Aliudin pada 19 Februari 1990. Mereka mempunyai seorang anak lelaki bernama Muhammad Aizuddin.[2]

Latar belakang pendidikan

[sunting | sunting sumber]
  • Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979)
  • Sekolah Menengah Maktab Sabah (Dikenali juga dengan nama Sabah College) (1980-1984)
  • Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000)
  • Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Pemenang tempat kedua Pertandingan Menulis Novel Dewasa, anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka, cawangan Kota Kinabalu, menerusi novel Igauan Maut (1995)
  • Anugerah Sastera Negeri Sabah 1995/1996 menerusi novel Igauan Maut
  • Pemenang tempat kedua kategori novel nasional dalam Hadiah Sako Novel Nasional 2002 menerusi novel Pei Pan,
  • Anugerah Sastera Negeri Sabah 2004/2005 menerusi novel Pei Pan
  • Anugerah Sastera Negeri Sabah 2006/2007 menerusi novel Bagaikan Puteri
  • Pemenang tempat ketiga Anugerah Buku Pilihan Pembaca Popular Berita Harian 2009 menerusi novel Hijab Sang Pencinta.
  • Anugerah Buku Negara 2012 (Kategori Novel Remaja) menerusi novel 9 Nyawa

Penulisan

[sunting | sunting sumber]
Bil Terbit Tajuk Penerbit Catatan
1 Januari 1995 Igauan Maut Dewan Bahasa dan Pustaka
2 Januari 1998 Tombiruo Alaf 21 Diangkat menjadi filem arahan Seth Larney berjudul Tombiruo: Penunggu Rimba
3 Januari 1999 Ranggau
4 Januari 2000 Anugerah Pertama Creative Enterprise Sdn Bhd
5 Mandatori Alaf 21 Diangkat menjadi siri tv di saluran Astro
6 Januari 2001 Semangat Hutan
7 Januari 2002 Pei Pan Utusan Publications (UP&D)
8 ADAM Alaf 21
9 Mei 2003 Satu Janji
10 Januari 2004 Tombiruo Terakhir
11 Januari 2005 Rahsia Perindu
12 November 2005 Bagaikan Puteri Diadaptasi menjadi komik karya MF Ajif Mokhsin
13 Januari 2006 Hatiku Di Harajuku
14 Januari 2007 Cinta Sang Ratu
15 Januari 2008 Ungu Karmila
16 Ogos 2008 Hijab Sang Pencinta
17 Januari 2008 Personal Justice Alaf 21 / Bloom ADAM versi Bahasa Inggeris
18 Mac 2009 Mikhail Alaf 21
19 November 2009 9 Nyawa
20 April 2010 Cinta Sufi
21 Disember 2010 Rayyan Fantasi
22 Mei 2011 Sutera Bidadari
23 Disember 2011 Fiksyen 302
24 Mei 2012 Sunan Musafir
25 Januari 2013 Aku Bercerita
26 September 2013 Magis
27 Februari 2014 Sunan Nanggroe Sang Kembara
28 Januari 2014 Mitos RAM Typewriter Ventures Asal daripada cerpen bersiri yang disiarkan Berita Harian pada hari Sabtu sekitar 2013 dan pada tahun 2019, novel ini diterbitkan semula dengan berwajah baharu
29 Oktober 2014 Raudhah Alaf 21
30 November 2015 Sunan Cinta Nan Sakti
31 April 2016 Imaginasi
32 Februari 2017 Anding Ayangan I Buku Prima
33 Disember 2017 Legasi Tombiruo
34 April 2018 Banja Manggala
35 Oktober 2018 Kasyaf Ain RAM Typewriter Ventures
36 Disember 2018 Anding Ayangan II Buku Prima
37 Oktober 2019 Saifudin Jalis: Musafir Cinta Meraga Sukma RAM Typewriter Ventures Pada tahun 2023, tajuk ini ditukar kepada versi baharu yang bertajuk Laksamana Sunan: Musafir Cinta Meraga Sukma (2023)
38 Januari 2020 Haura Buku Prima
39 Oktober 2020 Carlos: Case Closed RAM Typewriter Ventures
40 Ogos 2021 Pei Pan 2.0 Versi baru dengan tambahan eksklusif
41 Disember 2022 Anding Ayangan III (Hikayat 1) Buku Prima
42 Januari 2022 Writer's Cut Time RAM Typewriter Ventures
43 Januari 2023 Laksamana Sunan: Musafir Cinta Meraga Sukma (Siri Kembara 1) Laksamana Sunan: Musafir Cinta Meraga Sukma adalah tajuk dan muka kulit baharu kepada novel bertajuk Saifudin Jalis: Musafir Cinta Meraga Sukma (2019)
Laksamana Sunan: Bertualang Merantau Sukma, Berkelana Meraga Jiwa (Siri Kembara 2)
44 Februari 2023 Camelia Gabriel
45 April 2024 Perempuan Busana Merah Buku Prima
46 Disember 2024 Anding Ayangan III (Hikayat 2)
47 Oktober 2025 Water Lily RAM Typewriter Ventures

Edisi Terhad

[sunting | sunting sumber]
Versi Hardcover
Bil Terbit Tajuk Penerbit Catatan
1 2011 Sutera Bidadari Alaf 21
2 2012 Sunan Musafir
3 2014 Sunan Nanggroe Sang Kembara
4 2017 Trilogi Tombiruo
Box Set Sunan I & II
Bil Terbit Tajuk Penerbit Catatan
1 2024
  • 1) Bagaikan Puteri
  • 2) Cinta Sang Ratu
  • 3) Hijab Sang Pencinta
Buku Prima
2 2025
  • 4) Cinta Sufi
  • 5) Sutera Bidadari
  • 6) Sunan Musafir
Bil Terbit Tajuk Penerbit Catatan
1 Oktober 2014 Raudhah Alaf 21 Sebahagian dari Antologi Jiwa Kacau 2 : Gaun Berdarah
2 Disember 2014 Tetamu Siang Sebahagian dari Antologi Mistik Jembalang

Rangkaian novel dalam semesta sama

[sunting | sunting sumber]

Laksamana Sunan

  1. Bagaikan Puteri
  2. Cinta Sang Ratu
  3. Hijab Sang Pencinta
  4. Cinta Sufi
  5. Sutera Bidadari
  6. Sunan Musafir
  7. Sunan Nanggroe Sang Kembara
  8. Sunan Cinta Nan Sakti [5]
  9. Laksamana Sunan: Musafir Cinta Meraga Sukma (Saifudin Jalis: Musafir Cinta Meraga Sukma)
  10. Laksamana Sunan: Bertualang Merantau Sukma, Berkelana Meraga Jiwa

Anding Ayangan

  1. Anding Ayangan I
  2. Anding Ayangan II
  3. Anding Ayangan III (Hikayat 1)
  4. Anding Ayangan III (Hikayat 2)

Tombiruo

  1. Tombiruo [6]
  2. Semangat Hutan [7]
  3. Tombiruo Terakhir [8]
  4. Legasi Tombiruo
  1. http://www.alaf21.com.my/penulis/?idWriter=2
  2. 1 2 3 4 http://www.sinarharian.com.my/hiburan/prinsip-ramlee-awang-murshid-1.276725
  3. http://www.forbes.com/sites/dongroves/2016/08/23/42-entertainment-creates-characters-for-malaysian-action-thriller-tombiruo/#16893f2d4ce5
  4. Mandatori (drama), 2023-03-14, dicapai pada 2024-06-22
  5. http://kasihkuamani.blogspot.com/2017/10/sunan-cinta-nan-sakti-oleh-ramlee-awang.html
  6. https://www.goodreads.com/book/show/2229016.Tombiruo
  7. https://www.goodreads.com/book/show/2229027.Semangat_Hutan
  8. https://www.goodreads.com/book/show/7120594-tombiruo-terakhir

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]