Ramli Awang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ustaz Dr. Ramli Awang adalah seorang penulis buku akademik di Malaysia. Beliau merupakan Professor (Teologi dan Pemikiran Islam) di Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Ramli Awang dilahirkan pada April 1960, di Kampung Jeram, Manir, Kuala Terengganu. Mendapat pendidikan asas di Sekolah Kebangsaan Banggol Peradong, Kuala Terengganu. Seterusnya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menegah Agama Tok Jiring sebelum meneruskan pelajarannya ke Kolej Islam Klang, diikuti selepas itu Sekolah Menengah Agama Atas, Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk, Kuala Terengganu. Melanjutkan pelajaran ke UKM Bangi di Fakulti Pengajian Islam, dalam Jabatan Usuluddin dan Falsafah. Mendapat ijazah B.A (Hons) dalam Usuluddin dan Falsafah tahun 1984.

Kelulusan[sunting | sunting sumber]

  • Diploma Falsafah Sains Islam dari Institut Pengajian Ilmu–ilmu Islam (IPI)
  • B.Is (Hons) (Usuluddin dan Falsafah) Universiti Kebangsaan Malaysia.
  • Ijazah M.Is dari Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
  • Ph.D (Usuluddin dan Falsafah) dari Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Karya[sunting | sunting sumber]

  • Dialog antara agama dari perspektif Al–Quran‎ (2008)
  • Islam Alternatif Perpaduan Sejagat (2003)
  • Falsafah Sains dan Pembangunan: Ke Arah Dimensi Baru (2003)
  • Akidah: Penghayatan Tauhid Al–Quran (2005)
  • Akidah Penghayatan Tauhid al-Quran (2013) Edisi Kedua
  • Syeikh Abdul Qadir Al–Mandili (1910–1965) Biografi dan Pendidikan Akhlak (2008)
  • Perkembangan Institusi Pondok Di Nusantara: Pengaruhnya Di Negeri Kedah (2006) - Monograf
  • Islam Pemikiran kenegaraan & Pemerintahan (2012)
  • Kemahiran Generik Menurut Perspektif Islam (2012) - Penulisan Bersama
  • Sains Tamadun Islam (2012) - Penulisan Bersama
  • Sejarah Tuhan (2003)
  • Akidah Dalam Kehidupan Muslim (2012)
  • Fiqh Tauhid dalam Akidah Islam (2014)
  • Pemikiran Islam: Aliran & Gagasan (2012).

Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

Pada 10 Disember 2014, Ramli telah dianugerahkan sebagai penerima anugerah Buku Umum Terbaik (Kategori Islamik) dalam Anugerah Buku Negara melalui buku karya asli beliau yang berjudul Pemikiran Islam : Aliran & Gagasan, terbitan Penerbit UTM Press[1].

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Pensyarah FTI dianugerahi penerima anugerah Buku Umum Terbaik (Kategori Islamik) Anugerah Buku Negara". News UTM. 21 Disember 2014. Dicapai pada 11 Mei 2023.