Pergi ke kandungan

Rampas Cintaku

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rampas Cintaku
GenreMelodrama
Cinta
Ngeri
Ditulis olehPuteri Jacaranda
PengarahEjump Mohd
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan musim2
Bilangan episod26
Syarikat penerbitan
MIG Productions
Penyiaran
Saluran asalIQIYI Malaysia
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal23 September 2022 – 24 Februari 2024
Status
  • 23 September 2022 – 4 November 2022 (musim 1)
  • 19 Januari 2024 – 24 Februari 2024 (musim 2)

Rampas Cintaku adalah sebuah drama iQIYI Original arahan Ejump Mohd, dibintangi oleh Fasha Sandha, Afieq Shazwan dan Zarul Husin. Drama ini bersiaran pada 23 September hingga 4 November 2022 bagi Musim pertama dan Musim kedua pula bersiaran pada 19 Januari hingga 24 Februari 2024. Original IQIYI dengan kerjasama diantara iQIYI Malaysia dan Grab Malaysia. Drama bersiri ini boleh ditonton di platform penstriman iQIYI melalui pautan: https://www.iq.com/play/rampas-cintaku-episode-1-1b5pco0vm50 atau di laman web: www.iQ.com/local.

Pada 2024, Rampas Cintaku ke musim baru dipanggil Rampas Cintaku 2 ditayangkan di 19 Januari dalam iQIYI Malaysia.

Rampas Cintaku merupakan adaptasi dari novel yang berjudul 'Rampas Cintamu' tulisan Puteri Jacaranda, terbitan NovelPlus.

Ringkasan siri

[sunting | sunting sumber]
SiriEpisodTayangan asal
Tayangan pertamaTayangan terakhir
11423 September 2022 (2022-09-23)4 November 2022 (2022-11-04)
21219 Januari 2024 (2024-01-19)24 Februari 2024 (2024-02-24)

Musim 1 (2022)

[sunting | sunting sumber]

Kisah Rizal (Afieq Shazwan), jejaka muda yang terdesak untuk keluar dari kemelut hutang, kemiskinan dan gangguan Ah Long. Beliau membuat keputusan bekerja di kelab malam untuk gaji lebih tinggi, Di situ, beliau bertemu dengan ahli perniagaan wanita kaya dan terbilang bernama Datin Safieya (Fasha Sandha). Walaupun sudah berkahwin dengan Dato Jeffri (Zarul Husin), Datin Safieya menggoda Rizal dan menjanjikannya kehidupan mewah sekiranya sanggup menjadi teman lelakinya.

Musim 2 (2024)

[sunting | sunting sumber]

Berkisarkan tentang Datin Safieya (Fasha Sandha) bergelut dengan dilema apabila kemunculan semula bekas suaminya, Dato’ Jefri (Zarul Husin) yang cuba menggugat rumah tangga bahagia yang dibina bersama Rizal (Afieq Shazwan).

Situasi menjadi semakin tragis apabila Safieya kehilangan Rizal secara tiba-tiba dan ini membuatkan dia berasa semakin tertekan.

Waktu tontonan

[sunting | sunting sumber]

Drama ini bersiaran sebanyak 14 episod, dengan penstriman episod baru adalah setiap Jumaat dan Sabtu, jam 9 malam.

  1. https://www.iq.com/album/rampas-cintaku-2022-v814laxpph?lang=ms_my
  2. https://www.myinfotaip.com/2022/06/rampas-cintaku.html
  3. https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2022/09/14/sedar-jabatan-netizen-akan-jalankan-tugas-fasha-sandha-profesional-dan-tahu-batasan-dengan-pelakon-lelaki