Rampasan kuasa Guinea-Bissau 2012

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rampasan kuasa Guinea Bissau 2012 telah berlaku pada 12 April 2012 di negara Guinea-Bissau. Pada masa ini, beberapa anasir daripada angkatan tentera telah melakukan rampasan kuasa, hanya dua minggu sahaja sebelum pusingan kedua di antara Carlos Gomes Júnior dan Mohamed Ialá Embaló.[1]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Peristiwa ini berlaku berturutan selepas pergolakan tentera pada tahun 2010 dan satu percubaan rampasan kuasa yang gagal pada tahun 2011 hasil daripada pergolakan dalaman di antara Tentera Laut dan Darat. Negara ini memang terdedah kepada ketidakstabilan[2] kerana lokasinya sebagai saluran penghantaran dadah dari Amerika Latin ke Eropah,[3] dengan tuduhan bahawa para menteri kerajaan dan anggota tentera telah dirasuah bagi mendiamkan diri, menjadikan negara ini sebagai sebuah negara dadah.[4]

Berikutan kematian Malam Bacai Sanhá pada 9 Januari 2012, satu pilihan raya dijadualkan akan diadakan dalam tempoh 90 hari mengikut perlembagaan.[5] Walaupun kempen pilihan raya dijalankan dengan aman, namun terdapat kebimbangan mungkin berlakunya keganasan atau rampasan kuasa jika pihak tentera tidak menerima siapa yang memenangi pilihan raya. Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon meminta supaya pilihan raya itu diadakan secara aman, telus dan teratur.[6]

Rampasan[sunting | sunting sumber]

Pada 12 April 2012, pasukan tentera Guinea-Bissau cuba untuk menggulingkan kerajaan. Pasukan itu merampas kuasa di kawasan ibu negara ketika sedang berlakunya insiden tembak-menembak dan letupan bom mortar. Laporan awal oleh diplomat di negara itu mengatakan Perdana Menteri dan Presiden Sementara telah hilang. Pihak tentera kemudiannya menguasai pejabat parti pemerintah dan stesen radio serta berlawan dengan pihak polis yang setia terhadap kerajaan, yang dipaksa untuk berundur setelah diserang.[7] Insiden tembak-menembak pada mulanya dilaporkan ketika jam 7.00 hingga 9.00 malam waktu tempatan.[8]

Pihak tentera juga mengepung rumah calon Presiden, Carlos Junior, di mana tembakan dilaporkan berlaku berhampiran.[9] Mereka turut menutup kedutaan dari pelbagai negara untuk menghalang anggota kerajaan daripada melarikan diri dan bersembunyi dengan diplomat asing.[10]

Reaksi[sunting | sunting sumber]

ECOWAS telah mengeluarkan satu kenyataan yang mengatakan:

ECOWAS secara rasminya dengan tegas mengutuk sebarang cubaan untuk membuat rampasan kuasa.[11]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "The Associated Press: Military: Guinea-Bissau prime minister arrested". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-13. Dicapai pada 2012-04-13.
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan fate tidak disediakan
  3. ^ Country profile: Guinea-Bissau - Africa - Al Jazeera English
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan washingtonpost1 tidak disediakan
  5. ^ https://archive.is/20121205200059/www.google.com/hostednews/afp/article/ALeqM5jQ_g50A9P12C5ScvEpONCJS7PTZQ?docId=CNG.f8db5baad7ae448fa2cbc149e29e6ae8.01
  6. ^ http://www.news24.com/Africa/News/Guinea-Bissau-wraps-up-poll-campaign-20120316
  7. ^ http://www.aljazeera.com/news/africa/2012/04/2012412211055817993.html
  8. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-13. Dicapai pada 2012-04-13.
  9. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-12. Dicapai pada 2012-04-13.
  10. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-13. Dicapai pada 2012-04-13.
  11. ^ http://www.aljazeera.com/news/africa/2012/04/2012412211055817993.html