Rampasan kuasa Zimbabwe 2017

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rampasan kuasa Zimbabwe 2017
{{{alt}}}

Lokasi Harare di Zimbabwe
Tarikh 14 November 2017 - kini
Lokasi Harare, Zimbabwe
Hasil Masih berlangsung
Pihak yang terlibat
Tentera rampasan kuasa Kerajaan Zimbabwe
Komandan
* Emmerson Mnangagwa
Bekas Timbalan Presiden Pertama
* Robert Mugabe
Presiden Zimbabwe

Pada petang 14 November 2017, Tentera Darat Zimbabwe berkumpul di sekitar Harare, ibu negara Zimbabwe, dan menguasai stesen televisyen kebangsaan Zimbabwe serta kawasan lain di bandar ini. Keesokan harinya, mereka mengeluarkan kenyataan bahawa ia bukanlah rampasan kuasa dan Presiden Robert Mugabe berada dalam keadaan selamat, walaupun keadaan itu akan kembali normal selepas mereka menangani "penjenayah" di sekitar Mugabe yang bertanggungjawab atas masalah sosio-ekonomi Zimbabwe.[1] Jacob Zuma, Presiden Afrika Selatan telah menghubungi Mugabe dan mengesahkan bahawa Mugabe "baik-baik sahaja", namun berada dalam tahanan rumah.[2]

Rampasan kuasa berlaku di tengah-tengah ketegangan dalam parti pemerintah, ZANU-PF antara bekas Naib Presiden Emmerson Mnangagwa yang disokong oleh tentera, dan Wanita Pertama Zimbabwe, Grace Mugabe, disokong oleh golongan muda G40, mengenai siapa yang akan menggantikan Presiden Mugabe. Seminggu selepas Mnangagwa dipecat dan dipaksa meninggalkan negara, dan sehari sebelum tentera bergerak ke Harare, ketua tentera Constantino Chiwenga mengeluarkan kenyataan bahawa pembersihan dalaman pegawai kanan ZANU-PF seperti Mnangagwa perlu dihentikan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Burke, Jason (15 November 2017). "Military urges calm in Zimbabwe after it seizes key sites in capital". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Dicapai 15 November 2017. 
  2. ^ "African Union head says Zimbabwe army takeover 'seems like a coup'". Sky News (dalam bahasa Inggeris). 15 November 2017. Dicapai 15 November 2017.