Rampasan kuasa tentera Pakistan 1999

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rampasan kuasa tentera Pakistan 1999 telah berlaku pada 12 Oktober 1999 di Karachi, Pakistan. Perdana Menteri Pakistan ketika itu, Nawaz Sharif telah digulingkan oleh Jeneral Pervez Musharraf yang menjadi ketua tentera Pakistan.

Punca[sunting | sunting sumber]

Rampasan kuasa ini berlaku kerana berlaku ketegangan antara kerajaan awam pimpinan Nawaz Sharif dengan pihak tentera untuk beberapa lama. Jeneral Musharraf menjadi perancang dan melancarkan Perang Kargil bagi menentang tentera India di sempadan India-Pakistan tanpa pengetahuan Dewan Parlimen Pakistan. Pakistan telah didesak oleh Presiden Amerika Syarikat Bill Clinton supaya menamatkan perang dan berunding berhubung isu Jammu dan Kashmir. Nawaz Sharif telah memberi kenyataan bahawa Perang Kargil tidak dirancang oleh kerajaan awam. Semenjak itu tentera dan pentadbiran awam tidak sehaluan dan saling berprasangka.

Rampasan kuasa tentera[sunting | sunting sumber]

Pada 12 Oktober 1999 Nawaz Sharif kehilangan kepercayaan daripada ketua tentera Pervez Musharraf dan ketua agensi perisikan Pakistan, Leftenan Jeneral Khwaja Ziauddin. Pervez Musharraf yang berada di luar negara telah pulang ke Pakistan. Pegawai tentera kanan termasuk Leftenan Jeneral Muhammad Aziz Khan dan Leftenan Jeneral Mahmoud Ahmad telah melakukan rampasan kuasa di Rawalpindi. Leftenan Jeneral Muzaffar Usmani telah menguasai Karachi. Sementara Jeneral Musharraf telah menutup Lapangan Terbang Karachi dan menguasai kerajaan. Perdana Menteri Pakistan ketika itu, Nawaz Sharif dan beberapa menteri kabinet telah ditahan. Nawaz Sharif telah dibuang ke Arab Saudi dan hanya kembali ke Pakistan pada 10 September 2007.

Selepas rampasan kuasa[sunting | sunting sumber]

Pada 12 Mei 2000, Mahkamah Tinggi Pakistan telah membenarkan Pervez Musharraf, mengadakan pilihan raya Pakistan pada 12 Oktober 2002. Referendum telah diadakan pada 30 April 2002 di Pakistan dan tempoh Presiden Pervez Musharraf dilanjutkan lagi sehingga 5 tahun selepas pilihan raya.