Tukana besar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Ramphastos toco)

Tukana besar
Tukana besar di taman Birdworld,
Surrey, England
CITES Appendix II (CITES)
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Ramphastos
Spesies:
toco
Nama binomial
R. toco
Subspecies

See text

Tukana besar (Portugis: tucano-grande atau tucanuçu dari bahasa Tupi: tukanu'su;[2] nama saintifik: Ramphastos toco) ialah spesies terbesar dan terkenal dalam keluarga burung tukana atau Ramphastidae. Bahkan, ia juga merupakan spesies terbesar dalam ordo Piciformes.[3]

Habitat burung ini merangkumi beberapa kawasan berhutan dalam benua Amerika Selatan iaitu timur dan selatan Brazil, utara dan timur Bolivia, timur dan tengah Paraguay sampai ke selatan Argentina.

Ciri[sunting | sunting sumber]

Panjang badannya dari antara 55 hingga 65 sentimeter hampir sepenuhnya berbulu warna hitam di kepak, dada badan dan kepala manakala lehernya berbulu putih; warna hitam putih ini boleh menyamarkan burung ini jika membentuk kawanan di balik tompok cahaya.[4] Panjang sayapnya berjarak hingga 22 hingga 26 sentimeter, ekornya berukuran 14.1 hingga 17.9 sentimeter manakala tarsus tengkoraknya berukuran 4.8 hingga 6.5 sm.[5]

Paruhnya besar berukuran dari 15.8 hingga 23 sentimeter berwarna kuning kejinggaan sampai kemerahan di bahagian bawahnya dengan hujung berwarna hitam.[5] Paruh ini diperbuat daripada keratin berangka tulang nipis; ia mempunyai sisi bergerigi membolehkan mencengkam buah atau mengelupas kulit buah.[4] Saiz besarnya membolehkan pelepasan haba yang menyejukkan badan burung.[6] Lidahnya hampir sepanjang paruh dengan permukaan kasar.[7]

Kebiasaan[sunting | sunting sumber]

Burung-burung tukana ini berkawanan paling banyak sehingga 6 ekor.[4]

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Burung-burung tukana besar bersarang dalam lubang pokok-pokok yang dahulunya ditebuk burung pelatuk.[8] Sepasang burung bertelurkan 2-4 biji telur.[4]

Pemakanan[sunting | sunting sumber]

Burung tukana memakan buah-buahan di puncak pohon,[8] serangga, telur, anak-anal burung tertentu serta juga reptilian kecil termasuk kadal.[4][9] Paruhnya yang panjang itu memungkinkan ia dapat mencapai buah-buahan yang tumbuh di ranting atau dahan yang jauh.[10]

Pergerakan[sunting | sunting sumber]

Burung-burung ini tidak mampu terbang dengan baik[10] tetapi bergerak hanya secara melompat-lompat sambil mengepak kuat dengan meluncur ke pohon selanjutnya.[9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ BirdLife International (2012). "Ramphastos toco". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2012. Dicapai pada 26 November 2013.
  2. ^ Ferreira, A. B. H. (1986). Novo Dicionário da Língua Portuguesa (ed. ke-2). Rio de Janeiro: Nova Fronteira. m/s. 1724.
  3. ^ "Toco Toucan (Ramphastos toco)". National Finch and Softbill Society. 26 Januari 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Mei 2004.
  4. ^ a b c d e "Toco Toucan". Photo Ark. National Geographic. Dicapai pada 22 Oktober 2021.
  5. ^ a b Toucans, Barbets and Honeyguides (Bird Families of the World) by Lester Short & Jennifer Horne. Oxford University Press (2001), ISBN 978-0198546665.
  6. ^ Tattersall, GJ. Andrade DV. Abe AS. (2009). "Heat Exchange from the Toucan Bill Reveals a Controllable Vascular Thermal Radiator". Science. 325 (5939): 468–470. doi:10.1126/science.1175553. PMID 19628866. S2CID 42756257.
  7. ^ "Salinan arsip". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-12-15. Dicapai pada 2011-12-25. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  8. ^ a b Tukan (Toco toucan) « Fajar Ichwan's Blog
  9. ^ a b Toco Toucan Facts for Kids
  10. ^ a b Ganeri, Anita. (n.d.) Pointers: Burung Rimba (terjemahan). Jakarta: Karisman Publishing Group