Ramuan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ramuan (Jawi: راموان) ialah bahan yang dikumpulkan dari persekitaran (yakni diramu; Jawi: درامو dari kata dasar ramu رامو‎) dan digunakan[1][2] amnya membentuk sebahagian campuran termasuk dalam masak-memasak yakni menyukat berapa banyak rempah ratus untuk membuat suatu lauk hidangan, dedaun akar untuk membuat ubatan mahupun kayu-kayan untuk bertukang membina suatu binaan rumah.[1][2][3] Banyak produk perdagangan mengandungi ramuan rahsia yang dipasarkan untuk menjadikannya lebih baik daripada produk saingan. Dalam industri farmaseutikal, bahan aktif ialah bahan formulasi yang membekalkan kesan yang diperlukan oleh pelanggan.

Undang-undang negara biasanya memerintah bahawa produk makanan yang disediakan untuk memaparkan senarai ramuan, dan secara tertentu memerintah bahan tambahan tertentu untuk disenaraikan.

Di kebanyakan negara maju, undang-undang memerintah bahawa ramuan disenaraikan menurut berat nisbinya[4] di dalam produk. Sekiranya suatu ramuan itu sendiri terdiri daripada lebih daripada satu ramuan (seperti kepingan biskut yang merupakan sebahagian daripada aiskrim perisa "biskut dan krim"), kemudian bahawa ramuan disenarikan mengikut peratusan jumlah produk yang digunakan, dengan ramuannya sendiri dipaparkan di sebelahnya di dalam tanda kurungan.

Ramuan buatan[sunting | sunting sumber]

Ramuan buatan biasanya merujuk ramuan yang merupakan buatan, seperti:

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Lihat:
    • "ramu". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
    • "ramu". Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. ke-3). Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Republik Indonesia. 2016.
  2. ^ a b Wilkinson, Richard James (1932). "ramu". A Malay-English dictionary (romanised). II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 308 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  3. ^ Khir Johari (Oktober 2021). "The Role of Foraging in Malay Cuisine". BiblioAsia (dalam bahasa Inggeris). Perpustakaan Negara Singapura. Dicapai pada 10 November 2021.
  4. ^ "FDA: A Food Labeling Guide", April 2008.