Ran Mouri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ran Mouri
Watak Detektif Conan
Ran neechan.jpg
Kemunculan pertama Anime Episod 1, Manga File 1
Dicipta oleh Aoyama Gosho
Disuarakan oleh Jepun: Wakana Yamazaki
Inggeris: Colleen Clinkenbeard
Profil
Jantina Perempuan
Saudara Kogoro Mouri (Ayah)
Eri Kisaki (ibu)

Ran Mouri (毛利 蘭 Mōri Ran?), ialah watak utama dalam siri anime dan manga Detektif Conan. Di Amerika Syarikat, Detektif Conan dikenali sebagai Case Closed. Ran bersahabat dengan Shinichi Kudo sejak kecil lagi, sepertimana Kaito Kid bersahabat dengan Nakamori Aoko. Perhubungan mereka yang rapat membuahkan perasaan cinta, namun mereka tidak berani meluahkannya. Apabila Shinichi Kudo dipaksa menelan pil APTX4869 oleh Organisasi Hitam, tubuhnya mengecil dan menjadi seorang budak. Shinichi mendapatkan bantuan Profesor Agasa untuk menyembunyikan identitinya dan dirinya mulai dikenali sebagai Edogawa Conan. Conan tinggal bersama Ran kerana ayah Ran, iaitu Kogoro Mouri ialah penyiasat persendirian. Oleh itu Conan berpendapat, jikalau dia tinggal bersama sama dengan Ran, dia boleh memperolehi maklumat mengenai Organisasi Hitam. Kadangkala Ran mengesyaki Conan ialah Shinichi, namun begitu keadaan selalu menyebelahi Conan untuk terus merahsiakan identitinya yang lain, iaitu Shinichi daripada Ran. Cita-cita Ran adalah untuk menjadi ahli karate di seluruh Jepun. Ran memiliki sifat yang lemah lembut, namun kadangkala memiliki sifat keras hati. Dia mudah menangis, apabila teringat akan Shinichi.

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Ran merupakan hasil daripada hubungan cinta antara Kogoro Mouri dengan Eri Kisaki. Ibu bapanya bukanlah calang-calang orangnya kerana masing-masing mempunyai kerjaya yang kukuh dan hebat. Ayahnya, Kogoro merupakan penyiasat persendirian dan jikalau melihat dari sudut sejarahnya, Kogoro adalah bekas anggota polis yang mempunyai kemahiran yang tinggi dalam menembak. Dia digelar sebagai penembak tepat. Eri pula seorang peguam yang handal mengendalikan kes di mahkamah. Rumah mereka berhampiran dengan rumah Shinichi, dan oleh sebab itu, ibu Ran, Eri amat rapat dengan ibu Shinichi iaitu Yukiko Kudo. Hubungan Eri dan Mouri tidak bertahan lama. Mereka berpisah apabila umur Ran mencecah 7 tahun. Mereka hanyalah berpisah rumah, bukan bercerai. Ran mempunyai sahabat karib iaitu Sonoko yang merupakan Cik Muda bagi keluarga Suzuki yang hartawan. Sonoko selalu mengusik Ran dengan mengaitkan dirinya dengan Shinichi.

Setahun sebelum permulaan siri anime ini, Ran dan Shinichi telah pergi ke Amerika Syarikat untuk melawat ibu bapa Shinichi di bandar New York. Mereka bertemu dengan ibunya, Yukiko dan juga sahabat Yukiko iaitu Vineyard Sharon. Sharon ialah pelakon pementasan opera. Namun begitu Sharon mempunyai sisi kehidupan yang lain yang mana dia juga merupakan ahli Organisasi Hitam yang dikenali sebagai Vermouth. Kemudian pada petang itu, Vermouth menyamar sebagai pembunuh bersiri untuk melakukan kerja-kerjanya yang berkaitan dengan Organisasi Hitam. Tiba-tiba Vermouth tergelincir dan sempat diselamatkan oleh Ran dan Shinichi. Oleh sebab itu, Ran digelar sebagai "Bidadari", dan Shinichi pula "Cool Guy".

Selepas Shinichi kembali ke bentuk kecil iaitu Conan, Ran bertemu dengan Profesor Agasa. Agasa pula mengatakan dirinya ialah saudara jauh Shinichi. Agasa meminta pertolongan Ran, supaya Conan dibenarkan tinggal bersama sama dengan Ran. Ran akhirnya membenarkan Conan tinggal bersamanya dan menganggap Conan sebagai adiknya tanpa mengetahui Conan sebenarnya ialah Shinichi.

Personaliti[sunting | sunting sumber]

Ran mempunyai hati yang baik. Dia sentiasa mengambil berat terhadap mereka yang dia sayangi. Contohnya, Ran amat berharap ibu bapanya akan bersatu. Kadangkala Ran membuat strategi untuk menyatukan kembali keluarganya namun semuanya gagal gara-gara sikap Mouri yang suka menawan hati wanita lain berbanding isterinya sendiri. Namun begitu, perasaan Mouri terhadap Eri amatlah mendalam tetapi kedua-dua mereka mempunyai sikap keras kepala dan ego untuk menyatakan perasaan masing-masing.

Di Sekolah Menengah Tinggi Teitan, Ran amat dikenali sebagai gadis yang kuat kerana dirinya menyandang jawatan Kapten bagi pasukan karate dan banyak mewakili dan memenangi Kejohanan peringkat Daerah. Dia juga mempelajari karate untuk melindungi Conan daripada sebarang masalah dan ancaman. Namun begitu, Ran juga mempunyai kelemahan kerana dia amat takut kepada hantu. Ran seorang gadis yang rajin kerana dirinya berbakat dalam memasak dan mampu menjaga ayahnya dan Conan, jauh sekali jikalau dibandingkan dengan ibunya, Eri yang tidak pandai memasak. Ran selalu bernasib baik kerana dia selalu menang dalam peraduan.

Kebolehan[sunting | sunting sumber]

Seperti sedia maklum, sememangnya Ran amat handal dalam karate. Bukan hanya untuk mempertahankan diri, malah mejadi peserta dan memenangi banyak pertandingan karate. Begitu juga dengan ayahnya, Mouri yang handal dalam Judo. Ran memegang gelaran Juara Serantau. Malah, Ran amat kuat sehinggakan dapat memecahkan batu dengan mudah. Dalam kebanyakan movie Detektif Conan, Ran menggunakan karatenya untuk menyelamatkan orang yang disayangi. Namun begitu, terdapat juga suatu ketika bila mana Ran tidak dapat menggunakan karate kerana terlalu takut atau terlalu lemah. Contohnya dalam filem keempat, Captured in Her Eyes, Ran tidak dapat gunakan karate untuk menyelamatkan Pegawai Sato kerana terkejut akan tembakan peluru sehinggakan menyebabkan dirinya hilang ingatan. Tetapi, di akhir filem itu, Ran akhirnya mendapatkan kembali ingatannya dan menggunakan sepenuh tenaga untuk menumpaskan musuhnya.

Gambaran keseluruhan plot[sunting | sunting sumber]

Keraguan tentang identiti Conan[sunting | sunting sumber]

Ran pernah mengesyaki bahawa Conan ialah Shinichi. Namun begitu, Conan selalu berjaya menipu Ran bahawa dirinya ialah Conan. Ran lebih kuat mengesyaki Conan apabila dia secara tidak sengaja membuka cermin mata Conan ketika Conan tidur di atas sofa. Wajah Conan amat seiras dengan Shinichi Kudo ketika kecil. Lagipun Conan juga mempunyai akal yang cerdik dan handal membuat kesimpulan dalam kes-kes pembunuhan. Namun begitu, ibu Shinichi yang tahu mengenai penyamarannya, iaitu Yukiko mengatakan Conan ialah saudara jauh Shinichi. Dan oleh sebab itu, wajah Conan kelihatan seperti Shinichi. Yukiko juga mengatakan bahawa Shinichi gemar mengajar Conan untuk menyelesaikan kes-kes pembunuhan, dan oleh sebab itu Conan handal membuat kesimpulan. Dan ketika di saat genting apabila Conan cedera dan memerlukan darah, Ran mendermakan darahnya kerana dia percaya bahawa Conan ialah Shinichi yang mempunyai jenis darah yang sama dengannya. Namun begitu, Conan sekali lagi membuat helah dengan kembali kepada bentuk Shinichi dan Haibara Ai menyamar sebagai Conan.

Ran, syak wasangka[sunting | sunting sumber]

Ran mengesyaki identiti Conan

Pada satu episod, Conan lupa bahawa telefon bimbitnya tertinggal di atas sofa. Pada masa itu juga, Ran menghantar e-mel kepada Shinichi untuk memaklumkan bahawa dia dan ayahnya, Mouri mengalu-alukan kedatangan Shinichi untuk menyelesaikan masalah kes pembunuhan yang baru. Setelah menghantar e-mel, telefon bimbit Conan yang terletak di atas sofa tersebut mula bergetar. Ran mengambil telefon itu untuk melihat kandungan e-mel yang diterima oleh telefon milik Conan. Conan secara tiba tiba masuk ke biliknya dan mengambil telefon bimbitnya daripada tangan Ran. Conan bertanya kepada Ran,"Adakah awak melihat e-melnya?"

Pada akhir hari, Ran akhirnya berjaya mendapatkan telefon Conan. Pada lewat malam, Ran menunggu semua orang untuk masuk tidur. Kemudian, Ran cuba untuk membuka telefon bimbit Conan. Malangnya, terdapat Kod PIN yang perlu diisi. Akhirnya, Ran berjaya memecahkan kod, dengan mengeja Sherlock. Ran terkejut kerana tiada sebarang e-mel baru yang diterima oleh telefon bimbit itu. Ran masih tidak berpuas hati, lalu menghantar e-mel sekali lagi. Malangnya, telefon Conan tidak menerima sebarang e-mel. Kemudian, Conan mengetuk pintu dan dia inginkan kembali telefon bimbitnya. Conan mengatakan dia memadam e-mel tersebut kerana tidak mahu Ran membacanya dan memberi alasan bahawa e-mel tersebut datangnya daripada seorang gadis yang dia suka. Oleh itu, dia tidak mahu Ran membacanya. Sebenarnya, sebelum Ran memperolehi telefon bimbit Conan, Conan terlebih dahulu menukar telefon bimbitnya dengan Professor Agasa. Model telefon itu sebenarnya sama. Ran akhirnya tidak mengesyaki Conan.

Analisis hubungan[sunting | sunting sumber]

Shinichi Kudo[sunting | sunting sumber]

Ran menikmati pemandangan luar bersama dengan Shinichi

Shinichi dan Ran berkawan sejak mereka kecil lagi. Mereka sering bertemu di tadika. Lagipun, ibu bapa mereka mempunyai hubungan yang baik dan sering menetapkan hari untuk Shinichi dan Ran bermain bersama. Rumah mereka berhampiran sehinggalah keluarga Kudo berpindah ke Amerika Syarikat. Daripada berkawan, perasaan cinta terhadap Shinichi mula berputik apabila mereka ke New York. Ketika itu, Ran dan Shinichi pergi ke New York bersama sama dengan Yukiko Kudo. Yukiko memandu kereta dengan hebat sekali. Shinichi pula mengeluarkan kepalanya dan Ran dari cermin kereta dan mereka berdua menikmati pemandangan kota New York dengan akrab sekali. Di New York juga terdapat pembunuh bersiri yang sedang merayau-rayau. Ran terserempak dengan pembunuh itu dan diancam akan dibunuh. Mujurlah Shinichi berada pada tepat masanya, lantas dia berjaya menyelamatkan Ran daripada bahaya.

Ran dipakaikan jaket setelah diselamatkan oleh Shinichi

Ran dan Shinichi telah berkongsi banyak saat-saat romantik yang berharga. Contohnya, apabila Shinichi membeli Ran sepasang sarung tangan merah untuk Hari Natal. Dan ketika Hari Valentine, Shinichi memakan coklat yang dihadiahkan oleh Ran, ketika Ran sedang tidur. Shinichi tahu Ran amat terseksa kerana terpaksa menunggunya. Shinichi memberitahu kepada Heiji Hattori yang merupakan sahabat karibnya, bahawa dia akan memberitahu Ran akan identitinya yang sebenar suatu hari nanti. Tetapi sekarang bukanlah masa yang sesuai kerana Organisasi Hitam sedang memburunya dan dia bimbang kalau Ran diapa-apakan. Di kota London, dalam bentuk Shinichi, Ran meluahkan segala yang ada di hatinya bahawa dia merasakan dirinya tidak dihargai dan dicintai oleh Shinichi. Ran menangis dan terus berlari. Namun, dengan pantas, Shinichi mengejarnya dan mengatakan dia memahami apa yang dirasakan oleh Ran. Dan begitulah jua apa yang dirasakan olehnya, iaitu perasaan cinta. Apabila pulang ke Jepun, Ran menceritakan peristiwa itu kepada Sonoko, dan Sonoko mengusiknya,"mengapa tidak membalas luahan Shinichi?" Pipi Conan menjadi merah menahan perasaan malu terhadap Ran dan Sonoko apabila secara tidak sengaja mendengar perbualan mereka mengenai dirinya.

Shinichi meluahkan perasaannya ketika di kota London

Kogoro Mouri dan Kisaki Eri[sunting | sunting sumber]

Kogoro Mouri dan Kisaki Eri ialah ibu bapa kepada Ran. Biapun mereka berdua telah berpisah selama sepuluh tahun, namun Ran amat berharap ibu bapanya dapat disatukan kembali. Bahkan kadangkala Ran membuat rancangan untuk menyatukan mereka, namun gagal kerana Mouri merupakan lelaki yang gemar berfoya-foya menyebabkan Eri terguris hati.

Ai Haibara[sunting | sunting sumber]

Haibara seorang kanak-kanak yang selamba dan memiliki pemikiran yang tenang. Hal ini kerana dia sebenarnya ialah Shiho Miyano iaitu seorang saintis bagi Organisasi Hitam. Jikalau diikutkan, umurnya lebih tua dan dipertanggungjawabkan untuk menguruskan APTX4869. Seluruh keluarganya diugut untuk memberikan kerjasama kepada Organisasi Hitam. Shiho menukarkan dirinya kepada Ai Haibara kerana bimbang dirinya dibunuh oleh Organisasi Hitam dengan menelan APTX4869. Haibara kelihatan cemburu akan Ran kerana Shinichi amat sayangkan Ran, sedangkan dirinya juga menyimpan perasaan terhadap Shinichi. Haibara kelihatan sangat dingin terhadap Ran, dan oleh sebab itu Ran beranggap bahawa dirinya dibenci oleh Haibara. Namun akhirnya, hubungan mereka menjadi baik apabila kedua-dua mereka mula menjalinkan persahabatan.

Ada ketikanya, Haibara menganggap Ran sebagai kakaknya yang telah meninggal dunia, iaitu Akemi Miyano. Perasaan itu bermula setelah Ran melindungi Haibara daripada Caldavos dan Vermouth daripada terkena tembakan. Pada saat itu, Haibara teringat akan kakaknya dan mula melayan Ran seperti kakak sendiri yang sentiasa melindunginya daripada bahaya. Ketika keadaan bahaya, apabila Korn, Chianti dan Organisasi Gelap mula mengintai Ran, Haibara inginkan Ran berada di rumah Profesor Agasa kerana Haibara tidak ingin Ran mati seperti kakaknya dan dia hanya ingin Ran selamat.

Eisuke Hondo[sunting | sunting sumber]

Eisuke ialah seorang lelaki yang mempunyai wajah yang comel. Dia jatuh cinta kepada Ran. Eisuke bercita-cita untuk menjadi pegawai polis di Amerika dan berhasrat untuk membawa Ran ke sana. Dia mengatakan dia ingin hidup bahagia bersama Ran di Amerika. Dia bertanya kepada Conan, adakah patut dia meminta kebenaran daripada Shinichi memandangkan Shinichi ialah orang yang Ran cintai. Namun begitu, Conan dengan selambanya, mendedahkan identitinya kepada Eisuke bahawa dia ialah Shinichi dan dia tidak membenarkan Eisuke membawa Ran ke Amerika.