Rancangan Malaya Kedua

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rancangan Malaya Kedua (RMK) mempunyai matlamat dan tujuan yang sama seperti Rancangan Malaya Pertama iaitu memajukan penduduk luar bandar untuk merapatkan jurang perbezaan antara kawasan bandar dan luar bandar.

Matlamat RMK adalah:

  1. meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar
  2. menggalak kepelbagaian tanaman pertanian dan kegiatan perusahaan di luar bandar
  3. menyedia lebih banyak kemudahan sosial untuk kawasan luar bandar
  4. menambah peluang pekerjaan.
  5. mengurangkan pergantungan kepada makanan import.

Strategi[1][sunting | sunting sumber]

Strategi pelaksanaan Rancangan Melaya Kedua ialah:

  1. merancang pembangunan ekonomi dengan menyediakan kemudahan asas.
  2. membuka lebih banyak tanah untuk pertanian dan penempatan semula.
  3. menggiatkan pemasaran bagi hasil pertanian dan nelayan.
  4. meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar dengan menyediakan peluang pekerjaan.
  5. menambahkan kemampuan merancang oleh FELDA dengan menjalankan projek Johor Tenggara dan Projek Segitiga Jengka di Pahang.
  6. menubuhkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rancangan Malaysia

Nota Kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ R. Kuberan, Foo Kok Man dan Mohd. Azami Ahmad. Teks Efektif STPM Pengajian Am Kertas 1 Edisi Baharu. Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd., 1971, p. 292.