Rancangan Malaysia Kesebelas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Rancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 (RMKe-11) merupakan rancangan pembangunan lima tahun Malaysia ke arah merealisasikan matlamat Wawasan 2020. Penyediaan RMKe-11 adalah berpandukan Strategi Pembangunan Nasional Malaysia (MyNDS) yang memberi tumpuan pada pembangunan ekonomi berteraskan rakyat dan ekonomi berteraskan modal dengan pelaksanaan projek berimpak tinggi. RMKe-11 dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak pada 21 Mei 2015.

Teras[sunting | sunting sumber]

RMKe-11 mempunyai enam teras:

  1. Memperkukuh Inklusiviti Ke Arah Masyarakat yang Saksama
  2. Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat
  3. Meningkatkan Pembangunan Modal Insan untuk Negara Maju
  4. Kemampanan dan Daya Tahan Pembangunan Melalui Pertumbuhan Hijau
  5. Memperkukuh Infrastruktur bagi Menyokong Pertumbuhan Ekonomi
  6. Merekayasa Pertumbuhan Ekonomi untuk Peningkatan Kemakmuran

Bacaan Lanjut[sunting | sunting sumber]