Rancangan Malaysia Ketiga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Rancangan Malaysia Ketiga (RMK3) dijalankan dalam tahun 1976-1980 semasa tempoh Dasar Ekonomi Baru (DEB) berlangsung. RMK3 mempunyai matlamat yang sama dengan RMK2 iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

Tumpuan utama[sunting | sunting sumber]

RMK3 masih memberi tumpuan kepada bidang pertanian yang dilihat sebagai salah satu cara untuk merapatkan jurang ekonomi penduduk luar bandar dan penduduk bandar. Rancangan ini menyaksikan pembukaan bandar baru dan pembangunan tanah dipergiatkan antaranya KEJORA, DARA, KETENGAH dan KESEDAR. Bandar-bandar baru ini dibina menjelang akhir tempoh RMK3 iaitu 1980 dan pada masa itu terdapat sebanyak 28 buah bandar baru di kawasan rancangan pembangunan tanah.

Tanaman getah dan kelapa sawit juga telah dipertingkatkan dengan tujuan ekspot.

Kesan[sunting | sunting sumber]

RMK3 berjaya meningkatkan kadar perkembangan ekonomi kepada 8.6% setahun. Keluaran dalam negara kasar (KDNK) juga telah meningkat daripada RM12.308 bilion pada tahun 1970 kepada RM26.88 bilion pada 1980. Kadar pengangguran juga telah jatuh kepada 5.3%.

Penyertaan bumiputera dalam bidang pengurusan teknikal dan kemahiran telah bertambah. Kadar kemiskinan jatuh kepada 29.2% dengan kadar kemiskinan luar bandar jatuh kepada 38% berbanding 59% pada tahun 1970.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]