Rancangan Manstein

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rancangan Manstein/Fall Gelb (Kes Kuning)
Sebahagian dari Perang Dunia Kedua
Skop operasi Strategik
Lokasi Barat daya Belanda, tengah Belgium, utara Perancis
Koordinat: 50°51′00″N 04°21′00″E / 50.85000°N 4.35000°E / 50.85000; 4.35000
Pelan 1940
Dirancang oleh Erich von Manstein
Objektif Mengalahkan Belanda, Belgium dan Perancis
Tarikh 10 Mei 1940 (1940-05-10)
Pelaksanaan oleh Kumpulan Tentera Darat A
Hasil Kemenangan

Rancangan Manstein adalah satu nama yang digunakan untuk rancangan peperangan Tentera Darat Jerman semasa Pertempuran Perancis pada tahun 1940. Pelan pencerobohan asal adalah satu kompromi yang dibuat oleh Franz Halder dan tidak memuaskan sesiapapun. Sesetengah dokumen yang mengandungi butiran pelan itu telah jatuh ke tangan pihak Belgium sewaktu peristiwa Mechelen pada 10 Januari 1940 dan pelan itu telah diubah beberapa kali. Versi pelan ini lebih menekankan serangan dari Kumpulan Tentera Darat A melalui hutan Ardennes, yang secara progresif mengurangkan penyerangan dari Kumpulan Tentera Darat B melalui Negeri-Negeri Pamah untuk pemesongan.

Secara kebetulan, pada versi akhir rancangan itu, gerakan utama pencerobohan Jerman dibuat terhadap hutan Ardennes, bahagian paling lemah dalam garisan Sekutu, dimana pertahanan telah diberikan kepada divisyen kelas kedua, manakala Tentera Darat Ke-7, bahagian simpanan strategik Perancis yang paling kuat, telah diletakkan bersama dengan Tentera Darat Belanda yang jauh ke utara, dalam varian Breda Pelan D, iaitu rancangan aturgerak Bersekutu.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Ikut arah jam: Evolusi rancangan Jerman: Fall Gelb (Kes Kuning), pencerobohan Perancis dan Negeri-Negeri Pamah

Rancangan Manstein adalah pelan yang bersamaan dengan Rancangan Dyle Perancis untuk Pertempuran Perancis. Mejar Jeneral Erich von Manstein membantah versi 1939 [Fall Gelb] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) (Kes Kuning), iaitu pelan untuk pencerobohan Perancis dan Negara-Negara Pamah, dibuat oleh Leftenan Jeneral Franz Halder, iaitu Ketua Staf Am Tentera Darat Jerman. Aufmarschanweisung N°1, Fall Gelb (Arahan Kempen No 1, Kes Kuning) asal, adalah rancangan untuk menolak tentera Bersekutu kembali menerusi tengah Belgium ke sungai Somme, di utara Perancis, dengan persamaan kempen 1914 Perang Dunia Pertama.[1] Pada 10 Januari 1940, peristiwa Mechelen berlaku, apabila sebuah pesawat Jerman yang membawa dokumen serta sebahagian rancangan operasi untuk Fall Gelb terhempas di Belgium, mendorong satu lagi kajian semula pelan pencerobohan. Fall Gelb telah diubah oleh Halder, bukannya perubahan dasar dalam Aufmarschanweisung N°3, Fall Gelb, Manstein dapat menyakinkan Hitler dalam suatu mesyuarat pada 17 Februari, bahawa strategi Wehrmacht harus membuat serangan melalui hutan Ardennes, diikuti dengan kemaraan ke pantai.[1]

Persediaan[sunting | sunting sumber]

Manstein, Ketua Staf Kumpulan Tentera Darat A, pada asalnya merumuskan rancangannya pada Oktober 1939 di Koblenz atas desakan panglimanya Jeneral Gerd von Rundstedt, yang menolak pelan Halder, melalui persaingan dan kerana ia tidak akan membawa kemenangan muktamad ke atas Perancis. Manstein mulanya berfikir untuk mengikuti teori pemusnahan (Vernichtungsgedanke), menjangkakan satu gerakan dari Sedan ke utara, dengan pantas memusnahkan ketumbukan Bersekutu dalam satu pertempuran melengkung (Kesselschlacht). Semasa membincangkan niatnya dengan Leftenan Jeneral Heinz Guderian, Panglima Kor XIX Panzer, dia mencadangkannya ditukar menjadi strategi bagi mengelak bahagian utama ketumbukan Bersekutu dan dengan pantas mara bersama divisyen-divisyen armor ke Selat Inggeris, bagi menyebabkan pihak Sekutu tumbang dengan serangan mengejut dan memotong laluan bekalan mereka. Guderianlah yang memperkenalkan unsur-unsur sejati "Blitzkrieg" kepada pelan itu, sementara Manstein pada mulanya banyak membuat bantahan terhadap aspek ini, terutamanya bimbang dengan pembukaan panjang sebelah sisi yang diwujudkan oleh kemaraan seperti itu. Guderian berjaya meyakinkannya bahawa bahaya serangan balas Perancis dari selatan dapat dielakkan oleh penyerangan serentak ke selatan, dalam laluan Reims.[2]

Sewaktu Manstein mula-mula mempersembahkan ideanya kepada OKH, beliau tidak menyebut nama Guderian dan membuat gerakan utamanya ke utara, sambil sejumlah divisyen armor yang terhad melindungi rusuk kiri gerakan ini, bertindak mengikut kavalri klasik yang berperanan rekonaisans strategik. Perubahan ini tidak mencerminkan perubahan fikirannya tetapi dimasukkan kerana konsep asal terlalu radikal untuk diterima dan ramai jeneral konservatif juga menganggap Guderian terlalu radikal. Pandangannya ditolak oleh Halder dan Jeneral Walther von Brauchitsch, iaitu Panglima Tentera Darat Jerman. Merumuskan semula pelan mereka dalam erti kata yang lebih radikal tidak membantu dan pada akhir Januari, Halder menukar Manstein sebagai Panglima Kor XXXVIII di timur Jerman. (Manstein dan Halder adalah musuh lama: pada tahun 1938 Manstein bakal menjadi pengganti Ketua Staf Left.Jen. Ludwig Beck tetapi telah disingkirkan apabila Beck hilang keyakinan Hitler akibat dari Peristiwa Blomberg-Fritsch.) Pada 1 September 1938, Halder menggantikan Beck bukannya Manstein.[3]

Pasa akhir Januari, Leftenan Kolonel Günther Blumentritt dan Mejar Henning von Tresckow, sebahagian dari kakitangan Manstein, menghubungi adjutan Tentera Darat Hitler, Leftenan Kolonel Rudolf Schmundt (kenalan lama Tresckow) semasa beliau melawat Koblenz, yang memberitahu Hitler tentang peristiwa 2 Februari. Mendapati rancangan Halder tidak memuaskan hati sejak awal lagi, Hitler mengarahkan perubahan strategi pada 13 Februari mengikut pemikiran Manstein, setelah mendengar pelan rangkanya. Jeneral ini telah dijemput ke Canseleri Reich di Berlin untuk menerangkan pelannya kepada Hitler pada 17 Februari, semasa makan tengahari di hadapan Brigedier Jeneral Alfred Jodl dan Brig.Jen. Erwin Rommel. Walaupun Hitler merasa benci terhadap Manstein kerana terlalu sombong dan menyendiri, beliau mendengar tanpa berkata-kata dengan ketelitiannya dan terkesan dengan logik Manstein. "Sudah tentu seorang sahabat yang pandai, dengan bakat operasi yang hebat, tetapi saya tidak mempercayainya" Hitler berkata selepas Manstein pergi.[4]

Rancangan[sunting | sunting sumber]

Peta menunjukkan kawasan Ardennes

Manstein tidak lagi mengambil bahagian dalam perancangan dan kembali ke timur Jerman. Halder terpaksa menyemak semula pelan itu, menjadi Aufmarschanweisung N°4, Fall Gelb. Pelan baru sesuai dengan pemikiran Manstein dalam Kumpulan Tentera Darat A yang akan memberikan teras utama pencerobohan melalui Ardennes di selatan Belgium. Selepas menyeberangi Sungai Meuse antara Namur dan Sedan, Kumpulan Tentera Darat A akan berpusing ke arah barat laut Amiens, manakala Kumpulan Tentera Darat B melakukan serangan palsu di utara untuk menarik ketumbukan Bersekutu ke arah Belgium dan memerangkap mereka.[2][1] Semakan itu adalah perubahan yang ketara dalam penekanan, dimana Halder tidak lagi membayangkan serangan sekunder serentak ke barat tetapi menjadikan ia gerakan utama (Schwerpunkt). Serbuan ke Abbeville telah dibuang, penyeberangan sungai akan dibuat oleh pasukan infantri dan akan ada fasa pengukuhan yang panjang, sementara sejumlah besar divisyen infantri menyeberang ke pengkalan terdepan. Divisyen armor kemudiannya akan mara bersama divisyen infantri, bukan dalam operasi penyusupan yang bebas. Halder menolak idea serangan serentak ke selatan untuk menduduki kawasan yang digunakan Perancis bagi menyusun penyerangan balas, untuk mengalahkan percubaan sebelum ia bermula.[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Jackson 2003, m/s. 30.
  2. ^ a b c Frieser 2005, m/s. 77–78.
  3. ^ Frieser 2005, m/s. 74, 69.
  4. ^ Frieser 2005, m/s. 81.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Ciano, Galeazzo (1946). The Ciano Diaries, 1939–1943: The Complete, Unabridged Diaries of Count Galeazzo Ciano, Italian Minister for Foreign Affairs, 1936–1943. 2. 9 September 1942. London: Doubleday. OCLC 245645.CS1 maint: ref duplicates default (link)
  • Doughty, R. A. (2014) [1990]. The Breaking Point: Sedan and the Fall of France, 1940. Stackpole Military History (ed. Stackpole, Mechanicsburg, PA). Hamden, CN: Archon Books. ISBN 978-0-8117-1459-4.CS1 maint: ref duplicates default (link)
  • Frieser, K-H. (2005). The Blitzkrieg Legend (ed. English trans.). Annapolis, MD: Naval Institute Press. ISBN 978-1-59114-294-2.CS1 maint: ref duplicates default (link)
  • Guderian, H. (1976) [1952]. Panzer Leader (ed. Futura repr.). London: Michael Joseph. ISBN 978-0-86007-088-7.CS1 maint: ref duplicates default (link)
  • Halder, F. (1949). Hitler als Feldherr (dalam bahasa German). München: Münchener Dom-Verlag. OCLC 2150152. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) CS1 maint: ref duplicates default (link)
  • Jackson, Julian (2003). The Fall of France: The Nazi Invasion of 1940. New York: Oxford University Press. ISBN 978-0-19-280300-9.CS1 maint: ref duplicates default (link)
  • Tooze, Adam (2006). The Wages of Destruction: The Making and Breaking of the Nazi Economy. London: Allen Lane. ISBN 978-0-7139-9566-4.CS1 maint: ref duplicates default (link)

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Cooper, M. (1978). The German Army 1933–1945, Its Political and Military Failure. Briarcliff Manor, NY: Stein and Day. ISBN 978-0-8128-2468-1.
  • Doughty, R. A. (2014) [1990]. The Breaking Point: Sedan and the Fall of France, 1940. Stackpole Military History (ed. Stackpole, Mechanicsburg, PA). Hamden, CN: Archon Books. ISBN 978-0-8117-1459-4.
  • Doughty, R. A. (2014) [1985]. The Seeds of Disaster: The Development of French Army Doctrine, 1919–39 (ed. Stackpole, Mechanicsburg, PA). Hamden, CT: Archon Books. ISBN 978-0-8117-1460-0.
  • Hinsley, F. H.; dll. (1979). British Intelligence in the Second World War: Its Influence on Strategy and Operations. I. London: HMSO. ISBN 978-0-11-630933-4.
  • May, Ernest R. (2000). Strange Victory: Hitler's Conquest of France. London: I.B.Tauris. ISBN 978-1-85043-329-3.
  • Rowe, V. (1959). The Great Wall of France: The Triumph of the Maginot Line (ed. 1st). London: Putnam. OCLC 773604722.
  • Vaïsse, Maurice (2000). Mai–juin 1940: défaite française, victoire allemande, sous l'oeil des historiens étrangers. Autrement. Collection Mémoires (dalam bahasa French). Paris: Éd. Autrement. ISBN 978-2-86260-991-1. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)