Rancangan Uganda British

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rancangan Uganda British ialah satu rencana bagi memberi sebahagian Afrika Timur British kepada Yahudi bagi dibuat tanah air mereka.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Tawaran itu dibuat oleh Setiausaha Kolonila British, Joseph Chamberlain kepada kumpulan Zionis Theodor Herzl pada tahun 1903. Chamberlain menawar untuk memberikan 5,000 batu persegi (13,000 km2) Penara Mau dalam apa yang kini Kenya dan Uganda.[2] Tawaran dibuat sebagai gerak balas kepada pogrom terhadap Yahudi di Rusia, dan diharapkan kawasan itu boleh dijadikan kawasan berteduh daripada penindasan terhadap orang [3]

Cadangan ini dibincangkan dengan hangatnya di Kongres Organisasi Zionis Antarabangsa pada mesyuarat keenamnya pada tahun 1903 di Basel. Tanah Afrika itu diperikan sebagai "bilik antara kepada Tanah Suci" dan sebagai Nachtasyl (tempat berteduh pada waktu malam), namun ada kelompok yang berpendapat bahawa menerima tawaran tersebut akan menyulitkan lagi penubuhan negara Yahudi di Palestin Uthmaniyah, dan juga bahawa bangsa Yahudi tidak akan dapat membuat tuntutan sebagai penghuni asli memandang tiada pertalian sejarah atau budaya antara Ibrani dan Afrika Timur. sebelum penduian dijalankan, delegasi dari Rusia keluar dari bilik mesyuarat kerana membantah. Denagn keputusan undian 295 melawan 177, mesyuarat telah menetapkan bagi 'menghantar "suruhanjaya penyiasat" bagi memeriksa kawasan yang ditawarkan.

Pada tahun berikutnya satu delegasi terdiri daripada tiga ahli pergi memeriksa penara . Kedudukan tingginya memberinya iklim sederhana, yang sesuai bagi penempatan orang Eropah. Walau bagaimanapun, para pemeriksa mendapati ia sebuah kawasan yang berbahaya yang dihuni singa dan makhluk lain. Tambahan pula, mahupun ia juga dihuni penduduk bangsa Masai yang tidak berapa ramai, puak Masai tidak senang dengan suku kaum lain dan orang luar.

Berikutan laporan suruhanjaya, Kongres tahun berikutnya, pada tahun 1905 memutuskan untuk menolak tawaran British. Beberapa orang yahudi melihat ini sebagai satu kesilapan; mereka meninggalkan pertubuhan Zionis dan menubuhkan Pertubuhan Kewilayah Yahudi dengan tujuan tersurat menubuhkan negara Yahudi di mana jua, bukan sahaja di Palestin. Beberapa keluarga Yahudi berpindah ke Kenya tetapi menetap di pusat-pusat bandar sehingga ke hari ini.

Perdebatan Uganda masih ditimbulkan dalam perdebatan politik Israel kini. Penduduk haram Israel yang berfahaman keagamaan-kebangsaan, yang menitik bertakan pendudukan di Judea dan Samaria, (yakni Tebing Barat, telah menggunakan kata Latter-Day Ugandists ('Pro-Uganda baru') bagi menggambarkan golongan Israel yang mahukan keamanan, yang rela memberi Tebing Barat kepada Palestin, dan menubuhkan negara berpusat di Tel Aviv dan kawasan pesisiran Laut Mediterranean (Dataran Pantai Mediterranean) — wilyah yang tidak pernah dihuni luhur Ibrani zaman Bible yang tinggal di kawasan tinggi. Apa yang tersirat dalam tohmahan 'Uganda baru' ini ialah bahawa orang Israel yang berpandangan liberal tidak benar-benar minat mengembalikan martabat keagamaan dan sejarah bangsa tetpai hanya berminat mencari kawasan berteduh bagi orang Yahudi.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "The Uganda Proposal". Jewish Virtual Library. Dicapai pada 2009-07-08.
  2. ^ Joseph Telushkin (1991). Jewish literacy. HarperCollins. ISBN 0-688-08506-7. Britain stepped into the picture, offering Herzl land in the largely undeveloped area of Uganda (today, it would be considered an area of Kenya). ... Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  3. ^ Theodor Herzl's biography at Jewish Virtual Library

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]