Rangka luar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
contoh eksoskeleton nimfa pepatung

Rangka luar atau Eksoskeleton (daripada Bahasa Yunani, éxō - exo "luar" dan, σκελετός sleletos "rangka") merupakan rangka bahagian luar yang menyokong dan melindungi tubuh haiwan, berbeza dengan rangka dalaman (endoskeleton), contohnya, manusia. Dalam penggunaan popular, beberapa jenis eksoskeleton yang lebih besar dikenali sebagai "cengkerang". Contoh haiwan yang mempunyai eksoskeleton termasuk serangga seperti belalang dan lipas, dan krustasea seperti ketam dan udang galah.