Rangkaian Lebuh Raya Asia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Rangkaian Lebuhraya Asia)
Peta Rangkaian Lebuh Raya Asia

Projek Rangkaian Lebuh Raya Asia (AH) adalah projek kerjasama antara negara-negara di Asia dan Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial bagi Asia dan Pasifik PBB (UNESCAP) bagi memperbaiki mutu sistem jalan raya dan lebuh raya di Asia. Ia adalah salah satu daripada 3 "tiang" utama bagi projek Pembangunan Pengangkutan Darat Asia (ALTID), dikuat kuasakan oleh Suruhanjaya ESCAP di dalam persidangan ke-48 pada tahun 1992, merangkumi Rangkaian Lebuh Raya Asia, Kereta Api Rentas Asia (TAR) serta penyediaan kemudahan pengangkutan darat. Projek tersebut mula dicadangkan oleh PBB pada 1959 dengan matlamat untuk merancakkan perkembangan pengangkutan jalan raya antarabangsa di Asia. Pada fasa permulaan (1960-1970) terdapat sedikit perkembangan projek, namun perkembangan projek menjadi perlahan apabila bantuan kewangan dihentikan pada tahun 1975.

Perjanjian Antarabangsa Rangkaian Lebuh Raya Asia (IGA) dimeterai pada 18 November 2003 oleh Mesyuarat Antara Kerajaan; IGA turut menyertakan Annex I bagi mengenal pasti 55 laluan Lebuh Raya Asia yang merangkumi 32 negara anggota dengan jumlah jarak sepanjang 87,500 batu (140,000 km), serta Annex II bagi penetapan "Klasifikasi dan Piawaian Rekabentuk". Semasa Mesyuarat Suruhanjaya ESCAP sesi ke-60 di Shanghai, China pada April 2004, Perjanjian IGA telah ditandatangani oleh 23 buah negara. Setakat tahun 2007, 28 negara telah menandatangani perjanjian tersebut.

Konsep[sunting | sunting sumber]

Membina sebuah rangkaian lebuh raya antarabangsa adalah sangat mahal serta mengembil masa yang sangat lama, memandangkan masih banyak lagi negara Asia yang mundur serta tidak mempunyai rangkaian jalan raya yang baik. Oleh itu, pendekatan yang diamalkan di dalam projek Lebuh Raya Asia adalah dengan mengenal pasti laluan Lebuh Raya Asia serta menaik taraf jajaran jalan raya yang dikenal pasti dalam laluan tersebut.

Pengekodan laluan[sunting | sunting sumber]

Papan tanda kod laluan Lebuh Raya Asia 2 di sebelah papan tanda kod laluan Thailand.

Laluan Lebuh Raya Asia dikodkan mengikut format AHxxxModule:Jct error: Missing route marker graphics: Tabliczka AHxxx.svg di mana xxx mewakili nombor laluan yang diberi. Kod-kod laluan Lebuh Raya Asia adalah mengikut kawasan-kawasan berikut:-

Senarai laluan[sunting | sunting sumber]

Laluan satu angka yang menyeberangi seluruh benua:

10-29 dan 100-299 diberikan kepada Asia Tenggara:

30-39 dan 300-399 diberikan kepada Asia Tenggara dan Asia Timur Laut:

40-59 dan 400-599 diberikan kepada Asia Selatan:

60-89 dan 600-899 diberikan kepada Asia Utara, Asia Tengah dan Asia Barat Daya:

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]