Rangkaian komputer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Rangkaian Komputer adalah sekumpulan peranti, dikenali juga sebagai nod, yang berhubungan dengan media penghubung. Nod boleh terdiri dari komputer, pencetak atau lain-lain peranti yang menghantar dan menerima data yang dihasilkan oleh nod-nod lain dalam rangkaian. Media penghubung juga dikenali sebagai media komunikasi.

Rangkaian yang pertama ialah pada sekitar akhir 1960-an dan awal 1970-an, iaitu ARPANET yang dibina oleh ARPA untuk Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Pada hari ini, terdapat pelbagai jenis rangkaian, antaranya rangkaian kawasan setempat (LAN) dan rangkaian kawasan luas (WAN). Rangkaian yang paling besar di dunia ialah Internet.

Perkembangan[sunting | sunting sumber]

Rangkaian bermula dengan binaan yang kecil, dengan penyambungan lebih kurang sepuluh komputer dan satu pencetak. Teknologi yang wujud di masa itu menghadkan bilangan komputer yang disambung dan panjang kabel komunikasi yang boleh dibenarkan dalam rangkaian. Di awal tahun sembilan puluhan kabel komunikasi boleh ditarik sejauh kira-kira 600 kaki dengan penyambungan sebanyak lebih kurang 30 komputer sahaja. Rangkaian seperti ini sesuai untuk organisasi yang kecil dan dikenali sebagai rangkaian kawasan setempat (LAN).

LAN biasanya menghubungkan peranti dalam satu pejabat atau satu bangunan. Satu LAN boleh dibina hanya dengan dua komputer dan satu pencetak sahaja atau boleh diperluaskan dalam satu bangunan dengan memasukkan perisian audio dan video. Saiz LAN adalah terhad kepada jarak beberapa kilometer sahaja. LAN mempunyai kadar data daripada 4 Mbps sehingga 100 Mbps.

Perhubungan pengguna rangkaian dari berlainan negara telah mewujudkan perkembangan LAN kepada rangkaian kawasan luas (WAN). WAN boleh menghantar data, audio dan video pada jarak yang jauh sehingga merangkumi sebuah negara atau benua atau seluruh dunia.

Kelebihan rangkaian[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah beberapa kelebihan rangkaian komputer:

  • Perkongsian Maklumat
  • Perkongsian Sumber Perkakasan
  • Perkongsian Sumber Perisian
  • Utusan Elekronik (E-Mail)
  • Keselamatan Data
  • Sokongan

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sebelum kewujudan jaringan komputer yang berasaskan jenis system telekomunikasi tertentu, perhubungan antara mesin pengira dan computer awal dilaksanakan oleh pengguna manusia dengan melaksanakan arahan antara mereka. Kebanyakan tingkah laku yang dilihat di Internet pada hari ini ditujukkkan pada abad ke-19 dan boleh dikatakan pada jaringan lebih awal menggunakan isyarat boleh dilihat.

  • Pada September 1940, George Stibitz menggunakan mesin Teletaip bagi menghantar arahan bagi set masaalah daro Modelnya di Kolej Dartmouth ke Mesin Kira Nombor Rumit (“Complex Number Calculator”) di New York dan menerima balasan melalui cara yang sama. Menyambung system output seperti teletaip kepada computer merupakan minat Agensi Projek Penyelidikan Maju (“Advanced Research Projects Agency - ARPA) apabila, pada tahun 1962, J.C.R. Licklider diambil dan membangunkan kumpulan kerja yang digelarnya "Jaringan Intergalaktik", awalan pada ARPANET.
  • Jaringan awal komunikasi computer termasuk system radar tentera Persekitaran Darat Separa Automatik (Semi-Automatic Ground Environment-SAGE), bermula lewat tahun 1950-an
  • Sistem penempahan penerbangan komersial persekitaran penyelidikan business separa automatik (“semi-automatic business research environment – SABRE”) yang mula dalam talian dengan dua computer kerangka pada tahun 1960.[1][2]
  • Pada tahun 1964, penyelidik di Dartmouth membangunkan Sistem Perkongsian Masa Dartmouth bagi penguna tersebar sistem komputer besar. Pada tahun yang sama, di Institut Teknologi Massachusetts, satu kumpulan penyelidik yang disokong oleh General Electric dan Bell Labs menggunakan komputer bagi mengarah dan mengurus sambungan telefon.
  • Sepanjang tahun 1960-an Leonard Kleinrock, Paul Baran dan Donald Davies secara bebas membangunkan konsep dan sistem jaringan yang menggunakan paket yang boleh digunakan dalam jaringan antara sistem komputer.
  • 1965 ahli sains Thomas Merrill dan Lawrence G. Roberts mencipta jaringan kawasan luas ("wide area network - WAN").
  • Suis telefon pertama yang digunakan secara meluas yang menggunakan kawalam komputer sebenar diperkenalkan oleh Western Electric pada tahun 1965.
  • Pada tahun 1969 Universiti California di Los Angeles, Institut Penyelidikan Stanford, Universiti California di Santa Barbara, dan Universiti Utah disambung pada permulaan jaringan ARPANET menggunakan litar 50 kbit/sesaat.[3]
  • Perkhidmatan komersial menggunakan X.25 dilaksanakan pada tahun 1972, dan kemudiannya digunakan sebagai struktur asas bagi mengembangkan jaringan TCP/IP.

Pada masakini, jaringan computer merupakan teras perhubungan moden. Kesemua aspek moden bagi jaringan ibu sawat telefon (“public switched telephone network-PSTN”) adalah dikawal komputer, dan computer semakin kerap melalui Protokol Internet, sungguhpun tidak semestinya Internet awam. Rangkuman perhubungan telah meningkat dengan banyaknya pada abad lalu, dan ledakan pada perhubungan tidak mungkin boleh terjadi tanpa kemajuan meningkat jaringan komputer. Jaringan komputer, dan teknologi yang diperlukan bagi menyambung dan berhubung melalui dan antara mereka, teres memancu hardware, perisian dan atal tambahan computer. Perkembangan ini selari dengan pertumbuhan dalam jumlah dan jenis pengguna jaringan dari penyelidik kepada pengguna di rumah.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Jaringan komputer:

Memudahkan perhubungan 
Menggunakan jaringan, orang mampu berhubung dengan efisen dan mudah melalui surat eletronik, perutusan segera, bilik borak, telefon, panggilan telefon video, dan sidang video.
Membenarkan perkongsian file, data, dan maklumat jenis lain
Dalam persekitaran jaringan, pengguna dibenarkan mampu mencapai data dan maklumat tersimpan pada komputer lain di jaringan. Keupayaan memberikan capaian pada data dan maklumat di peranti simpanan berkongsi merupakan ciri penting kebanyakan jaringan.
Berkongsi sumber jaringan dan komputer
Dalam persekitaran jaringan, setiap komputer di jaringan mampu mencapai dan menggunakan sumber diberikan oleh peranti di jaringan, seperti mencetak dokumen pada pencetak jaringan dikongsi. Pekomputeran taburan menggunakan sumber komputer di jaringan bagi melaksanakan sesuatu tugasan.
Mungkin tidak selamat
Jaringan komputer mungkin boleh digunakan oleh hacker komputer bagi melaksanakan viris komputer atau cecacing komputer pada peranti yang disambung pada jaringan atau menghalang peranti ini daripada mencapai jaringan secara normal (serangan penafian perkhidmatan).
Mungkin mengganggu teknologi lain
Talian kuasa perhubungan menganggu dengan kuat bentuk perhubungan radio tertentu, contoh., radio amateur.[4] Ia juga mungkin mengganggu dengan teknologi langkah terakhir ("last mile") seperti ADSL dan VDSL.[5]
Mungkin lebih sukar untuk disediakan
Jaringan komputer rumit mungkin sukar untuk disediakan. Ia juga mungkin amat mahal bagi memasang jaringan komputer efektif dalam organisasi atau syarikat besar.

Perhubungan media[sunting | sunting sumber]

Jaringan komputer boleh dikelaskan menurut teknologi berkait hardware dan software yang digunakan bagi saling menyambung perandi individual di jaringan, seperti kabel eletrik (HomePNA, komunikasi talian kuasa, G.hn), fiber optik, dan gelombang radia (LAN tanpa wayar). Bagi model OSI, ini terletak pada paras 1 dan 2.

Salah satu keluarga media perhubungan yang terkenal adalah secara keseluruhannya dikenali sebagai Ethernet. Ia ditakrifkan oleh IEEE 802 dan menggunakan pelbagai piwaian dan media yang membolehkan perhubungan antara peranti. Teknologi LAN tanpa wayar direka bagi menyambung peranti tanpa pendawaian. Peranti ini menggunakan isyarat gelombang radio atau infra sebagai perantaraan pemancaran.

Teknologi dengan wayar[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Templat:FS1037C

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]