Rangpur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rangpur City Corporation

Rangpur (Bahasa Benggali: রংপুর) ialah salah 1 bandar besar di negeri Rangpur, Bangladesh.[1] Rangpur diisytiharkan sebagai pusat daerah pada 16 Disember 1769 dan dibangunkan sebagai kawasan perbandaran pada tahun 1869, oleh itu, tempat ini merupakan antara salah 1 kawasan perbandaran paling tua di Bangladesh.

Istana Tajhat (Muzium dan Bangunan Pusat Negeri Rangpur)

Rangpur ditakluki oleh pasukan tentera Raja Man Singh, iaitu ketua pemerintah Mughal, Akbar, pada tahun 1575, tetapi tempat ini tidak dirangkumi sepenuhnya dalam Empayar Mughal sehingga tahun 1686. Nama tempat seperti Mughalbasa dan Mughalhat menunjukkan hubungan kukuh dengan Empayar Mughal dan sejarah Rangpur serta kawasan setempat. Bandar Rangpur ialah pusat negeri ini. Kandungan tanahnya terdiri daripada tanah aluvium (80%) dari lembangan Sungai Teesta dan selainnya ialah tanah barind. Rangpur mengalami iklim subtropika lembap. Klasifikasi iklim Köppen-Geiger untuk tempat ini ialah Cwa. Bandar ini merupakan pusat perdagangan untuk daerah di sekitarnya. Pusat bandar ini ada beberapa bank kerajaan dan swasta, syarikat insurans, hotel, restoran Cina dan India, makanan segera, kedai gula-gula, kedai cenderamata dan banyak lagi.

Universiti Begum Rokeya

Antara tempat menarik di bandar ini ialah Istana Tajhat, Kolej Carmichael, Dewan Bandar, Jadu Nibash dan lain-lain. Istana Tajhat terletak di Tajat, iaitu hujung selatan Bandar Rangpur. Kolej Carmichael yang ditubuhkan pada tahun 1916 merupakan salah 1 kolej paling tua di Bangladesh. Terdapat auditorium kuno yang dipanggil "Dewan Bandar" di tengah bandar, dan berbagai-bagai program kebudayaan diadakan. Jadu Nibash terletak di Radhaballav yang bersebelahan Kolej Kerajaan Rangpur. Antara institut pengajian di bandar ini ialah: Universiti Begum Rokeya, MATS dan IHT Bandar Rangpur, Kolej Perubatan Rangpur, Kolej Perubatan Prime dan lain-lain.

Rangpur dikenali dengan kemudahan perkhidmatan kesihatannya di seluruh daerahnya di Bengal utara. Terdapat beratus-ratus hospital, klinik swasta dan pusat diagnostik di seluruh bandar. Sistem pengangkutan utama yang digunakan di bandar ini ialah beca, beca automatik, bas, bas mini dan kereta. Terdapat hampir 50000 beca yang bergerak setiap hari. Banyak penduduk Rangpur bertutur dalam bahasa Rangpur. Rangpuri ialah bahasa Indo-Europah yang digunakan oleh 10 juta orang Rajbongshi di Bangladesh dan 5 juta lagi di India, dan mereka dikenali sebagai Rajbanshi. Sukan yang paling masyhur di Rangpur ialah kriket, namun, bola speak juga terkenal. Terdapat stadium yang dapat memuatkan 10000 orang dalam bandar ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Journey to Rangpur City Corporation". Diarkibkan daripada yang asal pada 17 June 2015. Dicapai pada 17 June 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)