Rani Embi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Biodata

Ab.Rani Embi juga dikenali dengan nama pena A.Rani Embi @ Ibnu Salleh, dilahirkan di Kampung Ayer Molek,Melaka. Mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah, Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) dan Universiti Sains Malaysia. Kerjaya beliau ialah seorang guru. Beliau pernah bertugas di beberapa buah sekolah di Jasin.

    Beliau mula menulis semasa menuntut di MPSI pada tahun 1981 dan puisi pertamanya diterbitkan berjudul, ‘Pada Tuhanku’ dalam majalah Cenderamata. Selepas itu beliau terus aktif berkarya dan lebih daripada 150 puisi telah dihasilkan. Karya-karyanya mendapat tempat dalam akhbar dan majalah tanah air seperti Anis, Nur, Al-Islam, Mastika, Dewan Sastera, Mingguan Malaysia, Jendela Selatan, Sabah Times dan Daily Express.
    A.Rani Embi bukan saja menulis puisi tetapi juga menghasilkan cerpen,skrip teater dan esei. Bersama –sama penulis muda Labuan, beliau telah turut sama menyumbang puisinya dalam antologi bersama yang di beri judul, Tarian Laut. Selain itu beliau juga turut menyumbang puisinya dalam antologi Di Sini Segalanya Bermula (DBP) dan Gema Membelah Gema (GAPENA).
Beliau bukan sahaja menulis puisi tetapi juga seorang pendeklamator yang handal. Beliau pernah diundang membaca puisi di Batam, Indonesia pada Pertemuan Penyair Selat Selatan. Beliau turut diundang untuk mendeklamasikan puisi pada Malam Puisi Usman Awang di Johor Bahru sempena perasmian DBP Wilayah Selatan.

Ab. Rani juga aktif dalam persatuan penulis. Pernah menganggotai Persatuan Penulis ASASMU semasa di MPSI. Beliau juga turut menjadi ahli PERWILA di Labuan serta menganggotai Persatuan Penulis Johor (PPJ). Sekarang beliau menganggotai Ikatan Persuratan Melayu (IPM).


Karya Diterbitkan 2000-2015

a) Cerpen Eceran

1. Nostalgia Seorang Guru Tua

Antologi Sajak Persendirian

1) Kembara Malam

B) Antologi Bersama

1) Tarian Laut

2) Di Sini Segalanya Bermula

3)Ombak dan Pantai

4) Lantera Zaman

5)Astaka Bahasa

Tajuk Sajak Eceran

1. Meracik Cinta Di Raudhah

2. Cacatan Rindu

3. Tukang kayu dan Ceritanya

4. Jodoh

5. Seruling Cinta Jiwa Zulaikha

6. Di rumah Bonda

7. Sekuntum Doa