Rantau Selamat (drama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rantau Selamat
GenreDrama
PenciptaAbdullah Hussain
Ditulis olehAbdullah Hussain
PengarahZainuddin Nordin
Dibintangi oleh
  • P. Ramlee
  • Noor Sabariah
  • Hussein Abu Hassan
  • Mahmud Jun
  • Basri Dawan
  • Sujiah Salleh
  • Tamam Idris
  • A. K. Jailani
  • R. Suriani
  • Maznah Ali
  • Idris Hashim
  • Goh Swee Leong
  • Hashim Hamzah
  • Norsati
  • Azharuddin Darjat
  • Bakhtiar Effendi
  • Er Choon Seng
  • Mohd. Noor Azam
  • Michael Leong
Penggubah lagu tema
P. Ramlee
Lagu pembukaan"Rantau Selamat"
PenggubahP. Ramlee
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
PenerbitZainuddin Nordin
PenyuntingS. Maniam
SinematografiJoseph Lau
Penyiaran
Saluran asalTV1
Julung kali ditayangkan di
Malaysia
Siaran asal1972

Rantau Selamat merupakan sebuah siri televisyen yang bersiaran di Malaysia pada tahun 1972. Cerita ini menampilkan pelbagai barisan pelakon seperti P. Ramlee, Noor Sabariah, Hussein Abu Hassan, Mahmud Jun dan ramai lagi. Dalam cerita ini, P. Ramlee telah sekali lagi bekerjasama dengan Zainuddin Nordin sebagai pengarah dan penerbit. Sebelum ini, P. Ramlee telah berlakon dalam drama televisyen arahannya iaitu Intan.[1]

Cerita ini telah dirancang untuk dibuat secara bersiri yang mengandungi 13 episod berdasarkan karya Abdullah Hussain yang juga menjadi penulis untuk lakon layar. Tanpa sebab yang kukuh, hanya tujuh episod yang berjaya diselesaikan penggambarannya. Cerita ini sempat ditayangkan dalam televisyen untuk tiga episod antara tujuh episod secara keseluruhannya. Manakala empat lagi episod tidak dapat diketahui mengapa ia tidak ditayangkan. Episod pertama mengandungi dua bahagian yang bertajuk Perantau Pulang manakala episod ketiga pula bertajuk Padi Menguning Lagi. Ketika berlakon di dalam cerita ini, P. Ramlee sedang bekerjasama dengan A. R. Tompel dalam menjayakan filem Laksamana Do Re Mi dan terpaksa berlakon secara bergilir-gilir dalam dua cerita yang berlainan.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • P. Ramlee
  • Noor Sabariah
  • Hussein Abu Hassan
  • Mahmud Jun
  • Basri Dawan
  • Sujiah Salleh
  • Tamam Idris
  • A. K. Jailani
  • R. Suriani
  • Maznah Ali
  • Idris Hashim
  • Goh Swee Leong
  • Hashim Hamzah
  • Norsati
  • Azharuddin Darjat
  • Bakhtiar Effendi
  • Er Choon Seng
  • Mohd. Noor Azam
  • Michael Leong

Lagu[sunting | sunting sumber]

  1. Rantau Selamat oleh P. Ramlee
  2. Keroncong Rantau Selamat oleh P. Ramlee dan Saloma
  • Lagu Rantau Selamat diiring oleh kumpulan Orkes RTM pimpinan Johari Salleh. Lagu ini tidak pernah dirakamkan dalam bentuk piring hitam, tetapi Radio Televisyen Malaysia (RTM) pernah memainkannya dan mempunyai pita rakamannya sebagaimana lagu Intan.
  • Lagu Keroncong Rantau Selamat diiring oleh kumpulan Ben Puteh & 5 Merdu pimpinan P. Ramlee. Lagu ini adalah hasil ciptaan dan gubahan P. Ramlee manakala liriknya ditulis oleh Abdullah Hussain.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Filem-Filem P. Ramlee. Kerajaan Negeri Sarawak. 2008. m/s. 352. ISBN 978-983-43591-0-2. |first1= missing |last1= (bantuan); |first2= missing |last2= (bantuan); |editor1-first= missing |editor1-last= (bantuan)