Pergi ke kandungan

Rapang sisir besar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rapang sisir besar
frames
Pengelasan saintifik

Rapang sisir besar (Anarhynchus leschenaultii), turut dikenali sebagai rapang besar, merupakan burung randuk dalam subkeluarga rapang yang terdapat di Malaysia.

Terdapat tiga spesies kecil: Spesies kecil dilantik ("Nominate subspecies"), C. l. columbinus dan C. l. scythicus. Yang terakhir diketahui adalah C. l. crassirostris sehingga ia ditentukan bahawa nama ini digunakan oleh spesies kecil rapang Wilson, C. w. crassirostris.[1]

Ciri-ciri

[sunting | sunting sumber]

Rapang sisir besar adalah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan, filum : kordata, sub-filum : bertulang belakang (vertebrata), kelas : burung. Rapang sisir adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruh rapang sisir besar tidak bergigi.

Makanannya terdiri daripada serangga, krustakea dan cacing anelid, yang ditangkap melalui teknik lari dan berhenti seketika, berbanding pencarian sekata oleh kumpulan peranduk yang lain.

Wynnum Esplanade, tenggara Queensland, Australia


Pembiakan

[sunting | sunting sumber]

Rapang sisir besar membiak di separa gurun di Turki dan ketimur melalui Asia Tengah. Ia bersarang di atas tanah. Rapang sisir besar kuat berhijrah, menghabiskan musim sejuk di pantai berpasir di Afrika timur, Asia selatan dan Australasia. Ia jarang mengembara di Eropah barat, di mana ia direkodkan sejauh ke barat sehingga ke Great Britain, Perancis dan Iceland. Ia telah dilihat dua kali di Hemisfera Barat, terakhir pada 14 May 2009, di Jacksonville, Florida.[2]

Charadrius leschenaultii
  1. Carlos, C. J., S. Roselaar, & J-F. Voisin (2012). A replacement name for Charadrius leschenaultii crassirostris (Severtzov, 1873), a subspecies of Greater Sand Plover. Bulletin of the British Ornithologists' Club 132(1): 63–65.
  2. "From Asia by air, rare bird visits Huguenot". Times-Union, Florida. Jacksonville.com. 2009-05-15. Dicapai pada 2009-05-17.

Shorebirds by Hayman, Marchant and Prater ISBN 0-7099-2034-2

  • (National Parks and Wildlife Services NSW Australia PDF)

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
  • Taylor, P.B. (1987) Field identification of Greater and Lesser Sandplovers, pp. 15–20 in International Bird Identification: Proceeedings of the 4th International Identification Meeting, Eilat, 1st - 8th November 1986 International Birdwatching Centre Eilat

    Pautan luar

    [sunting | sunting sumber]
    Senarai burung Burung merpati
    A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z